Jumaat, 3 Ogos 2012

SEGMEN : Kad Hari Raya Eksklusif by mrpetak.com


Hahaha is join segmen lagi, segmen kali nie leh dapat kad raya jugak. Jadi segmen ini berbunyi macam nie:


Assalamualaikum Kawan-kawan, 




Menjelang Perayaan Hari Raya Aidilfitri ini MrPetak dengan rasa rendah diri ingin memberi Kad Raya Eksklusif untuk kawan-kawan MrPetak sebagai tanda Terima Kasih yang selama ini memberi sokongan dan nasihat kepada Mr.Petak.


Kawan-kawan yang dapat Traffic URL tertinggi akan terima DUIT RAYA RM50 dari MrPetak.Com.. :) Mudah kan ??..


Pengalaman pose petak ketika zaman sekolah ..  dulu pas sekolah petak akan jalan kaki dari jalan besar hingga la sampai ke rumah mengambil masa dalam 20 minit macm tue.. 

Hari tu baru balik dari sekolah Agama la..mase tu baru darjah 3.. sebb terlalu panas ari tu petak pun g la surau kat tepi jalan tu.. *konon2 ambik air sembahyang la.. Hahaha.. padahal time berkumur-kumur tue boleh pulak minum air paip.. haha.. memang kalau ingat balik memang kelakar la..  Memang menyesal la pulak... orang memang tak nampak tp Allah nampak.. P/s: kawan2 jgn ikut cara petak yer.. x baik !!~ ehhee


Syarat nya MUDAH je :

  1. Mesti Follow MrPetak.Com dan LIKE page MrPetak.Com
  2. Buat entri 'SEGMEN : Kad Hari Raya Eksklusif by MrPetak.Com' dan tampal banner di atas dan link ke entri ini ( Macam biase  hehe)
  3. Dalam entri itu ceritakan pengalaman ketika puasa yang tak dapat kawan-kawan lupakan (pendek2 pun tak pe.. kalau panjang lagi bagus!~)
  4. Tarikh Tutup : Akhir Bulan Ramadhan  
  5. Akhir sekali ... Isi borang di bawah untuk terima  Kad Hari Raya Eksklusif Mr.Petak , dan klik butang 'Submit Form'
  6. Nantikan Kad Hari Raya Eksklusif Mr.Petak :)

Ok kepada sesiapa yang nak join segmen nie sila klik banner kad raya Mrpetak tu atau pun kat sini je.

TAG:
cikmisi leen

Pengalaman berpuasa yang is tak leh lupa erkk? errmm is mulakan dengan cerita permulaan is hidup ok? is masa tu darjah satu, is bangun sahur pukul 4.30 pg, lepas tu is tengok tv dulu cerita drama tajuk dah tak ingat laa tapi mubarak majid yang berlakon kalu tak silap is.

Mak is cakap tadi niay puasa ke belum? is cakap niat dah sebulan, errmm bagus anak mak nie, kecik-kecik dah reti puasa. pukul 7 is pegi ke sekolah, macam biasa sekolah is (Sekolah Kebangsaan Genting) nie sekolah yang berdisiplin lah, setiap hari kitaorang beratur. Guru besar giler glamor sikit, dia suka dengar murid-murid nyanyi lagu sekolah dengan negeri Pulau Pinang dalam nada tak bermaya. Hampeh punya Guru Besar. Nasib baik guru Besar.

Lepas kitaorang habis nyanyi lagu Guru Besar akan bercakap tapi sebelum dia cakap dia suruh kitaorang duduk. Kemuadia dia akan berceramah panjang lebar dan kadang-kadang dia buat lawak. Memang geli perut geili hati semua pakat dok ada. Dah la puasa dia nak kitaorang gelak pulak. 

Habis selesai perhimpunan "BERSIH" kecil nie kami bersurai, dan masuk ke dalam bilik darjah masing-masing. Hahahahah masa is dulu kelas kitaorang panggil bilik darjah lagi, sekarang orang panggil kelas. Duduk dalam kelas, cikgu pun malas nak mengajar dia masuk lepas tu dia cakap ok murid-murid semua sila buat kerja masing-masing ok? Cikgu ada hal sikit. Ok cikgu, jawab semua. Is pun apa lagi cari kawan is Hafis, nak ajak dia lawan tangan.

Kami semua satu bilik darjah suka main lawan tangan, sapa kalah dia anak manja, so is pun turut bertanding dalam permainan pengukur kekuatan ala Barbarian nie. Tengah is lawan dengan mamat sorang nie, is lupa dah nama dia dia budak bilik darjah lain mai menyibuk kat bilik darjah is, is kata kat dorang, is nak terkentut, weeeyyy aku nak terkentut sat, rileks sat, kawan is cakap lah, is mana boleh kentut, kita tengah puasa nie, nanti batal lah puasa.

Alamak is dah tak leh tahan nie, is stop main lawan tangan lepas tu is duduk kat kerusi is sambil menahan dari nak lepas kan angin hitam tu. Is isk isk isk seksanya juga berpuasa nie yerrkk? Kentut pun tak boleh. Is tahan tahan sampai Ustazah datang masuk dalam kelas. Semua bangun bagi salam kat Ustazah tapi is tak bangun is duduk, jadi Ustazah tanya is awat hang biadap nie tak bagun pun masa Ustazah masuk, is cakap kat Ustazah, bukan is biadap tapi is tengah tahan kentut nie nanti kalau is bangun nanti mesti is terkentut, terus batal puasa rugi aaa.

Astaqfirullahalazim, budak nie sapa yang ajaq hang macam tu? tanya Ustazah, is tunjuk dengan muncung mulut kat kawan is. Ustazah pun menerangkan kalau terkentut tak batal puasa lah, sengaja kentut pun tak batal puasa sebab kentut tiada dalam senarai perkara-perkara yang membolehkan membatalkan puasa. Mendengarkan penjelasan Ustazah tu is dengan bangganya bangun dan lari kat kawan is tu dan terus lepas kan angin hitam kat dia, puuuttt, haa hambik hang padan muka buat pandai lagi.


Perlukah Kita Memaafkan Penghina Sahabat Rasulullah?



Sedangkan Rasulullah S.A.W pun memaafkan umatnya, Sedangkan Allah S>W.T Lagi Maha Pengampun inikan pula kita hanya manusia biasa? Mereka hanya menghina, maka hukuman terhina akan mereka tanggung.


Selepas gambar-gambar yang mempersenda-sendakan Sahabat-Sahabat r.a, seorang guru pusat tiusyen dan pengusaha pusat tiusyen di Permai Jaya, Johor Bahru, tampil memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

Dan yang pastinya, akan ramailah umat Islam terutama sekali yang bergelar ahli-ahli PAS akan berjejeh-jejeh air mata, amat terharu dengan 'keikhlasan' kedua-dua orang berkenaan memohon ampun secara terbuka dan mengakui kesalahan mereka.

Alasan yang paling best diberikan oleh guru terbabit ialah, dia tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti umat Islam, sebaliknya hanya ingin membuatkan para pelajarnya lebih mudah faham dengan subjek yang diajarnya. Anehnya, dia tidak pula menggunakan karektor 12 Hawariyun Jesus Christ. Tidak juga menggunakan Aaron, Ezra atau Ezekiel yang amat berjasa dalam pengumpulan Bible!

Barangkali kelebihan umat Islam iaitu mudah memaafkan dan mudah mempercayai, menyebabkan mereka terpedaya dan akhirnya terpaksa menerima penjajahan sepertimana terpedayanya pemerintah Granada terakhir yang menyaksikan Isabella, Ferdinand dan Katholik membunuh jutaan umat Islam dan Yahudi di seluruh kota di Sepanyol pada abad ke-15 dahulu walaupun sepanjang Islam memerintah Granada, Cordova bahkan seluruh Andalus, Katholik tidak dijentik dan mereka bebas mengamalkan agama masing-masing.

JOHOR BAHRU – Guru dan pengusaha pusat tuisyen di Tangkak, Muar yang menimbulkan kontroversi apabila memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas yang diedarkan kepada pelajar baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka semalam.

Ku Chong Yoong, 22, yang merupakan guru dan individu yang bertanggungjawab menyediakan bahan tersebut serta pengusaha pusat tuisyen Indah Permai Jaya, Lim Lee Yee, 26, mengaku tidak berniat untuk menyentuh sensiviti umat Islam apatah lagi menghina sahabat Nabi.

“Saya kesal perkara ini berlaku. Niat saya hanya ingin membantu pelajar agar lebih mudah faham dan saya tidak berniat untuk menyentuh isu sensitif orang Islam.

“Di sini, saya dengan ikhlas ingin memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya di Tangkak serta di seluruh dunia. Saya mengaku, tindakan saya ini kurang matang dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” kata Chong Yoong yang sudah dua tahun mengajar di pusat tuisyen terbabit.

Sementara itu, Lee Yee pula mengaku tidak tahu mengenai bahan yang disediakan tenaga pengajarnya sehinggalah isu terbabit disiarkan di akhbar.

“Selepas ini, saya janji akan lebih berhati-hati dan memantau bahan-bahan yang digunakan oleh guru tuisyen untuk mengajar. Kami juga telah meminta balik semua nota tersebut daripada pelajar dan telah menerangkan hal sebenar kepada mereka,” katanya. (SUMBER)

Lanie Najib Dok Pening Kepala Pasal Apa?




Pening!! apa lagi strategi nak kekal berkuasa?

Macam -macam dah buat tapi rakyat masih tak nampak lagi malah kena kutuk saban hari...

1.kes liwat DSA -tak jalan jugak

2.Sepol-tak boleh pakai,mana kau menghilang?

3.Nak kata MB Selangor tak bagus-rakyat boleh terima seadanya

4.Nak salahkan PAS-makin ramai pengikut nampaknya

5.Bersih tu haram,jahat,pengganas-mahkamah kata OK je sah,tak de salah apa pun

6.BAgi duit BRIM,TRIM-depa ambil sokongan belum pasti

7.Bagi bonus-depa ambil-bolehke dapat undi?

8.Bagi subsidi petrol-tetap rakyat merungut juga harga barang mahal

9.Buka kedai 1M-hangat hangat tahi ayam je,barang tak ada kualiti

10.Buka Klinik 1M-bagi panadol je,doktor pon tak ada

11.Suruh buat lagu Merdeka-aduiii kena kutuk pulak..apalah bala kau ni Rais!

12.Tangkap Rafizi-supaya dia tak bongkar banyak lagi rahsia!

13.Rahsia kerajaan-camana pulak boleh terlepas pada pembangkang,ni bukti ramai tak sokong kerajaan,adoiii semua pakat nak tolong bongkar

14-Polis-ramai yg dah insaf tengok ex-boss mereka join pakatan,tak semua polis tu bodoh dan jahat

15-SPRM-org dah makin tak pecaya

16-SPR-banyak sangt penipuan rakyat dah nampak,expalian camana pon,zama dah canggih..adoiii tak boleh tipu lagi....

15-apa lagi, Bank Negara - tarik masuk kancah politik, sbb yg lain dah tak boleh pakai.kot kot boleh membantu..kita tengok apa kesudahannya

16.mana pergi semua mentri aku ni??makan gaji buta ke,tolongla fikir kan camana lagi nak kekalkan kuasa?

17.Harap cai kat alamaya-otak tahap budak skolah tadika,camana nak bagi point yg org boleh terima..gaduh budak-budak bolehlah..

18.lepas ni tak yahu lah apa nasib...masuk penjara,hospital jiwa,lari keluar negara,kena malukan dgn orgramai,kalau Allah tunjjukkan kemungkaran sekarang camana?

19.Cai plak camana,sapa nak sponsor mereka,aaah biarlah diorag fikir!!sapa suruh bodek aku...

Ingat ,kita tak selalunya senang.andainya kita menganaiya sesama kita maka akan tiba balasannya kelak.

KUASA hanyalah pinjaman, gunakan se adilnya.kelak pasti akan di tanya

Biar Betul Lagu Kemerdekaan kita tiru lagu Gereja?


Kalau tak betui Datuk, tunggu apa jom kita pi ambik dia, jangan dok takut dekat Indon.

Rais nafi lagu merdeka ciplak lagu gereja

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menafikan dakwaan lagu kemerdekaan bertemakan "Janji Ditepati" tahun ini menciplak lagu gereja daripada Indonesia.

"Kami menyangkal dakwaan penulis blog dan akan melibat tindakan undang-undang yang boleh diambil sekiranya dia gagal mempertahankan dakwaannya," Rais dipetik sebagai berkata kepada New Straits Times hari ini.

Menurut harian itu, penulis blog yang beroperasi daripada Indonesia pada Isnin mendakwa penggubah lagu itu menciplak lagu pancaragam gereja True Worshippers berjudul "Serukan Namanya".

Rais yang juga penulis lirik "Janji Ditepati" menyalahkan pembangkang yang didakwa mengambil kesempatan atas tuduhan itu.

"Mereka tampil untuk mendapatkan publisiti murah dan gelojoh melalui dakwaan itu," katanya lagi.

Penggubah lagu "Janji Ditepati" Jasnie Mohd Yaakub juga semalam dilaporkan menafikan dakwaan sama.


‘Janji Ditepati’ diilhamkan dari lagu kerohanian Kristian Indonesia?

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Melodi lagu “Janji Ditepati” yang dipilih sebagai lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan heboh diperkatakan akan tetapi bukanlah disebabkan perkara positif masa kini.

Pengguna Internet mendapati melodi lagu tersebut menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008 yang turut membariskan penyanyi terkenal negara tersebut, Ruth Sahanaya.

Kontroversi terbaru, datang hanya beberapa hari selepas Putrajaya terpaksa menukar logo Hari Kemerdekaan ke 55 yang direka secara buruk kepada logo 1Malaysia, menambahkan lagi malu dikalangan pegawai kerajaan dan boleh menegangkan lagi hubungan dengan gergasi Asia Tenggara itu.

Pada mulanya, kritikan pengguna Internet Malaysia hanyalah pada lirik lagu “Janji Ditepati” akan tetapi empat hari lalu serangan di laman sosial YouTube dan Facebook terarah kepada melodi lagu tersebut apabila seorang penulis blog yang mengaku sebagai penganut agama Kristian menghebahkan bahawa melodi lagu “Janji Ditepati” menyamai lagu gospel Indonesia bertajuk “Serukan Namanya”.

Lirik “Janji Ditepati” ditulis oleh menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan, Datu Seri Dr Rais Yatim.

“Lagu tema KEMERDEKAAN MALAYSIA ke 55 kedengaran seperti LAGU Pujian di GEREJA,” kata penulis blog yang tidak menamakan dirinya pada posting 30 Julai.

“Hal ini lagi mengejutkan sekiranya lagu tema kebangsaan di ambil dari lagu rohani org Kristen.

“Mungkin kementerian tidak tau tapi seharusnya pencipta lagu ni tdk berbuat demikian (menciplak) sebab dia ditugaskan untk membuat lagu tema kemerdekaan,” katanya lagi.

Penulis blog tidak bernama itu menggesa kementerian untuk meminta kembali bayaran kepada penulis lagu tersebut yang liriknya ditulis sendiri oleh menteri dan menggantikan melodi lagu tersebut kepada melodi lain.

Klip video lagu “Janji Ditepati” dan “Serukan Namanya” telah dimasukkan dalam beberapa blog untuk dibuat perbandingan. Laman Miricommunity.net — popular di kalangan rakyat Malaysia berasal Sarawak — turut menyiarkan perbandingan antara dua klip video ini.

“Amen, Yesuslah Raja!! Tapi sorry ya, Rais Yatim dengan lagu ‘Janji Ditepati’nya sama style dengan lagu ni,” kata seorang pengkomen di YouTube yang menggunakan nama moniker amoker27 dalam satu video klip yang telah dilihat oleh 100,000 pengguna Internet sejak dimuat naik pada 5 September, 2008.

Lagu “Serukan Namanya” dinyanyikan oleh kumpulan True Worshippers, yang diketuai oleh Sidney Mohede, dimasukkan dalam album mereka yang dilancarkan pada 2008 bertajuk, “All Things New”.

“Sekarang saya benar-benar benci kepada kementerian kita kerana menciplak lagu ini dan menjadikan kes politik di Malaysia,” kata pengkomen lain YouTube yang menggunakan nama vandridel. “Betul-betul memalukan negara kerana tindakan bodoh menteri kita. Maaf Indonesia!”

Permintaan maaf terhadap Indonesia adalah merujuk kepada kekecewaan rakyat Indonesia sehingga menyerang pejabat kedutaan Malaysia di negara nusantara itu dengan melemparkan telur, batu dan kepingan kayu sehingga mencederakan kakitangan dan kerosakkan harta seperti pada bulan Jun baru-baru ini, apabila rakyat Indonesia mendakwa Malaysia mencuri kebudayaan mereka selepas Rais mengumumkan langkah untuk menambah tarian Tortor dari Sumatera Utara dan gendang Gordang Sambilan sebagai warisan negara.

Kedua-dua negara mempunyai pergeseran sejarah politik, ekonomi dan kebudayaan.

Akan tetapi, melodi lagu “Janji Ditepati” dikatakan dicipta oleh sekumpulan orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Aye, Jasnie, Arman E Six.

Dari posting video lagu tersebut di YouTube disini terdapat 255,000 kali tontonan semenjak dimuat naik pada 27 Julai dengan 30,600 tidak menyukai berbanding 415 yang menyukai pada pagi semalam.

Rais juga mengetahui kritikan ini apabila beliau telah menulis di Twitter dua hari lepas dan menjemput orang ramai untuk berkongsi pandangan mereka mengenai lagu yang beliau tulis liriknya.

“Apa pandangan sdr tntg lagu janji d tepati? Di utube dah cecah 140k lebih. Tapi yg ‘ibu jari k bawah’ ada juga,” kata menteri tersebut melalui akaun Twitternya @DrRaisYatim.

Beberapa penyanyi, penulis lagu dan komposer yang dihubungi oleh The Malaysian Insider, juga mengambil perhatian persamaan ketara antara melodi “Janji Ditepati” dan lagu injil ini akan tetapi tidak mengatakan ianya plagiarisme.

“Persamaan dalam melodi biasanya membawa kepada isu plagiarisme,” kata pendidik muzik Tay Cher Siang, yang juga merupakan pengarah muzik untuk The Venue, tempat muzik secara langsung di pusat membeli-belah yang popular, Pavillion.

Beliau setuju bahawa terdapat banyak persamaan antara dua melodi tetapi katanya lagi skala muzik adalah terhad kerana ia cuma mempunyai 12 not. Beliau menambah lagi yang komposisi muzik pop biasanya mempunyai 7 not.

Menurutnya lagi, “Walaupun sememangnya saya tidak suka dengan keseluruhan yang ada pada ‘Janji Ditepati’ ini, saya ada keraguan terhadap isu plagiarisme ini.”

Beliau benci kerana ini merupakan pencurian lagu secara terang-terangan, katanya lagi beliau tidak ketahui sama ada komposer untuk “Janji Ditepati” sedar akan persamaan yang ada dengan “Serukan Namanya” dan telah dipengaruhi oleh lagu tersebut dan meminta keizinan untuk guna melodi itu ataupun secara sengaja menghasilkan semula melodi itu tanpa memberi penghormatan terhadap inspirasi lagu tersebut.

Penyanyi lagu rakyat dan penulis lirik Meor Yusof Aziddin, 45, setuju dengan pandangan Tay. Katanya isu plagiarisme dalam melodi muzik adalah sesuatu yang subjektif. Beliau rujuk kepada contoh melodi pop yang gunakan formula yang sama sejak zaman Beatles pada 1960-an dan 1970-an.

Beliau berkata lagu kebangsaan Malaysia, “Negaraku”, turut mempunyai melodi yang sama dengan lagu Indonesia, “Terang Boelan”, dan ini boleh dijejak balik kepada lagu abad ke-18, “La Rosalie”, daripada seorang komposer Perancis, Pierre-Jean de Beranger.

Seorang lagi komposer yang tidak mahu namanya diketahui umum tertarik dengan persamaan melodi di antara lagu Hari Kebangsaan dan melodi lagu kerohanian Kristian itu.

“Persamaan substantif antara sebuah lagu Indonesia injil Kristian dan lagu baru hari Merdeka Malaysia adalah satu yang menarik, tidakkah anda terfikir begitu?” tanya beliau.

Gabungan Barisan Nasional (BN) telah memilih “Janji Ditepati” sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, satu langkah yang dikritik hebat oleh pembangkang dan rakyat Malaysia.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN merampas sambutan Hari Kebangsaan untuk kempen politik mereka.

Mereka juga menuduh BN menggunakan tema dan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk tujuan kempen politik pilihan raya.

Jumaat lepas, Rais telah mempertahankan di Twitter tema sambutan Hari Kebangsaan, mengatakan bahawa “segala-galanya boleh melihat buruk jika minda ditutup”.

“Malaysia telah benar-benar menjadi negara yang berjaya selepas 55 tahun merdeka. Mengapa tidak boleh kita katakan janji ditepati?” katanya dalam satu respons kepada kritikan meningkat terhadap tema kemerdekaan yang dikatakan mencerminkan tema kempen politik BN menjelang pilihan raya umum akan datang yang dijangka tidak lama lagi. -TMI


Kenapa Pula Tak Boleh Berdoa Dikuburan Wahai Fathul Bari?




Apahal pulak tak boleh berdoa kat kuburan? Rasulullah S.A.W pun berdoa di kuburan, apasal ustard lebih maksom dari Rasul?

Benarkah ABBY NIKAH ADUN KELABORAN?




SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, yang bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.

Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.

Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.

“Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana  isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.

“Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.

“Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil  langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya,” kata bapa kepada lima cahaya mata ini.

Abby pantas menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan medium laman sosial twitter sebagai platform menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan  Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.

Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby, “hai abby... betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran” dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah semata-mata.

Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat ‘jodoh’ hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik.

Kenapa YANG DIPERTUAN AGONG BATAL PERLANTIKAN LAJIM UKIN Pula?






Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuatkuasa serta-merta.

Demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Mesti ada sebabnya kalau Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tak berkenan.

Makanan berbuka puasa pilihan iskandarX #14




Makanan yang menjadi pilihan is pada hari ini ialah Onigiri, dan Sashimi boat. Onigiri nie adalah nasi kepal yang berperisa, ikut suka hati nak letak garam ke rempah ratus pun boleh, dalam ada inti, inti sayur ada, kacang, isi ikan, ketam, atau udang, atau pun boleh gak letak daging kat dalamnya.




Onigiri nie adalah makanan yang ringkas dan padat.Is ska makan dia bila naik motor. Sashimi nie jenis yang is suka adalah sashimi boat, sebab  dorang letak hidangan dalam bekas berbentuk boat. Ada macam macam jenis sashimi nie dan macam macam jenis gak ikan yang boleh digunakan untuk buat sushi sashimi nie. Selalunya salmon dengan tuna jadi favorite orang yang buat sashimi nie tapi is pilih tuna je sebab tak berapa nak (macam mana nak cakap erkk rasa daging ikan niee isshh susah ) susah nak cakap berbanding salmon.

Kalau korang pun suka makan makanan jepun leh aa komen kat bawah entri is nie.

Apex Batal Niat Berniaga Di Bazaar Ramadan



KUALA LUMPUR, 3 OGOS 2012: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, terpaksa membatalkan niatnya untuk berniaga di bazaar Ramadan disebabkan jadualnya yang terlalu padat.

Malah, jejaka kacak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini akan berangkat ke Austria pada 4 Ogos ini dan dijangka pulang ke tanah air sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.

"Saya memang ada memasang niat untuk berniaga pada bulan puasa ini. Namun, apakan daya saya terpaksa membatalkan niat itu disebabkan saya tidak berkesempatan kerana komitmen saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

"Saya sepatutnya berniaga bersama pengurus peribadi saya di gerai yang terletak di Bukit Jalil. Saya bercadang untuk menjual popia simpul kesukaan saya. Apapun, saya bakal menjalani ibadah puasa di Austria kerana terlibat dengan latihan bersama pasukan Harimau Malaya di sana," katanya kepada murai.com.my.

Bersyukur berpeluang untuk membeli belah bersama anak yatim dari Asrama Anak-Anak Yatim Darul Taqwa, pagi kelmarin , Apex mempunyai perancangan untuk mengadakan rumah terbuka di kediaman barunya di Kota Bharu, Kelantan.

"Saya bersyukur, walaupun sibuk dengan latihan, saya berkesempatan menyertai program amal anjuran Mister Potato. Insya-Allah, saya akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri nanti. Namun, tarikhnya masih belum ada lagi kerana setakat ini, saya hanya dapat cuti raya sehari saja. Pada hari raya kedua, saya sudah mula latihan untuk persiapan perlawanan yang dijadualkan pada raya keempat.

"Jika segalanya berjalan lancar, saya akan mengadakan majlis tersebut di rumah baru saya dan menjemput mereka yang banyak menyokong karier saya selama ini," katanya.

Pada majlis beli-belah yang di adakah di Mydin USJ itu, Apex sempat menyumbangkan duit raya kepada anak yatim yang terlibat. Pada sebelah malamnya pula, Apex sekali lagi meluangkan masa dengan bersahur bersama anak yatim dari Rumah Amal Suci Rohani, Bandar Utama.

Mana nak ada standard kalau artis berniaga kat Bazaar Ramadhan? Tak kelas la berniaga kat lorong-lorong, apa kelas itu semua kelas bawahan. Boleh blah raaahh janagn dok belagak sangat. Bazaar Ramadhan tempat Umat Islam mencari rezeki yang halal. apa salahnya join sekaki kalau iya pun korang tu artis? lagi laku dan laris perniagaan korang, tu pun tak pakai otak.

Gaya Turban Rozita Che Wan Jadi Tumpuan




KUALA LUMPUR, 3 OGOS 2012: Selepas Natasha Hudson yang berjaya mencuri perhatian dengan kemunculan pertama kalinya dengan fesyen turban ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 April lalu, pelakon jelita Rozita Che Wan turut memberi impak serupa.

Dengan menggayakan kurung sendat rekaan Qudyn, Rozita Che Wan tampil berseri dengan hiasan turban di kepala yang menggunakan warna sedondon tetapi miliki sentuhan jingga sekali gus membuatkan ramai mata memandang.

Malah persalinan yang sarat dengan perincian itu turut memilih hiasan manik daripada warna serupa dan juga jingga sebagai sentuhan tersendiri daripada pereka fesyen yang menjadi pilihannya sejak sekian lama.

Ditemui ketika majlis berbuka puasa dan tayangan rancangan Aidilfitri Astro di Hotel Royale Bintang Damansara, baru-baru ini, Rozita Che Wan berkata dia akan sentiasa menutup aurat kepalanya sepanjang Ramadhan ini sebagai menghormati bulan keberkatan itu.

Malah, dia turut tampi bergaya dengan tas tangan Prada bersaiz sederhana yang turut hadir dengan warna serupa dengan persalinan dan turban dikepala.

"Alhamdulillah, seperti tahun sebelumnya, inilah gaya saya sepanjang bulan Ramadhan. InsyaAllah, manalah tahu saya akan kekal dengan gaya seperti ini walaupun selepas Hari Raya nanti," katanya merendah diri.

Tidak sendirian, Rozita Che Wan telah ditemani pelakon kacak berwajah Mat Salleh, Zain Saidin yang tidak ketinggalan menggayakan baju Melayu bewarna jingga sekali gus menjadikan kehadirannya pada majlis berkenaan lengkap.

Dia yang dok pakai baju jenis yang bukan-vbukan lepas tu nak salahkan orang pulak sebab mintak nak ambik kesempatan, nasib baik orang tu mintak, boleh tau kalau dia jenis tak mintak, jenis serbu terus, kena rogol la jawab nya. Lagi haru.

Ella Kekok, Tapi Cuba Belajar Uruskan Suami




SHAH ALAM, 3 OGOS 2012: Tidak sampai sebulan bergelar isteri, penyanyi rock, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin akui gembira apabila dapat menguruskan suami tercinta, Azhar Ghazali dengan tugas-tugas sebagai seorang isteri.

Meskipun agak kekok dan sukar baginya, namun Ella berkata dia sudah semakin seronok memikul tanggunggjawab sebagai seorang isteri pada usia 46 tahun ini.

"Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar walaupun saya akui agak susah juga untuk membiasakan diri dengan kehidupan sebagai seorang isteri. Namun saya cuba menyesuaikan diri perlahan-lahan untuk belajar sedikit demi sedikit mengenai perihal menguruskan suami supaya dia dijaga rapi oleh saya.

"Tanggungjawab saya setiap hari bermula dari lepas solat Subuh bersama suami kerana saya tidak akan tidur dan terus menguruskan keperluan suami untuk dia keluar bekerja seperti pakaiannya dan sarapan pagi (sebelum berpuasa).

"Tetapi apa perkara paling ketara adalah saya kini perlu meminta izin suami untuk keluar dari rumah dan dalam apa jua perkara saya terpaksa memikirkan untuk dua orang iaitu suami dan saya ," katanya selepas rakaman Mentor 6 Raya di Studio 2, Plaza Alam Sentral, kelmarin.

Pertama kali menjalani ibadah puasa bersama suami tercinta, Ella memberitahu dia amat bersyukur dan sangat teruja apabila berpeluang bersolat terawih bersama suami.

"Saya gembira sangat kerana berpeluang bersolat terawih bersama suami kerana bukan mudah untuk kami bersama di bulan puasa ini disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja.

"Namun masa yang kami ada dimanfaatkan dengan baik. Selepas bersolat terawih bersama kami sempat ke kedai Mamak untuk menikmati teh tarik bersama,"beritahu Ella yang kini dalam proses pembikinan album kompilasi bersama penyanyi-penyanyi lain.

Sementara itu, Ella turut memberitahu dia sempat menyediakan juadah sahur untuk suaminya selain menyifatkan Azhar tidak banyak kerenah dalam soal memilih makanan.

Ella dan Azhar yang juga seorang juruterbang bernikah pada 7 Julai lalu di rumah keluarga pihak wanita di Klang, Selangor.

Tak payah kekok, layan je suami tu hehehehe. Dia bukan boleh kompaint, kalau dia komplaint gak, bagi buah penamat wwf sure dia mengalah punya hehehe.

Erra Fazira Hairan Cerita Tentang Dirinya Diada-adakan




KUALA LUMPUR, 3 OGOS 2012: Mungkin ada yang tersalah tafsir tentang kisah rumahtangga yang sedang dilalui oleh aktres cantik, Erra Fazira. Lebih-lebih lagi bila ada pihak media yang melaporkan bahawa Erra Fazira kini sedang membuat persiapan raya bersama suami, Engku Emran dan anaknya, Engku Aleesya.

Kala ditanya Portal Murai mengenai hal ini, Erra nyata terkejut.. Dia yang ditemui di majlis pelancaran program Aidilfitri di Astro malam semalam juga berasa hairan bagaimana cerita sebegini boleh tercetus kerana setahunya dia tidak pernah membuat kenyataan sedemikian.

"Dari mana awak dapat cerita macam ini. Rasanya saya tidak ada buat sebarang kenyataan sebegitu. Mungkin ada yang salah baca dan ada yang salah faham.Bagi saya fitnah dan spekulasi ini ada yang betul dan ada yang tidak, jadi tidak usahlah nak dipanjangkan. Orang sekadar boleh bercakap namun kebenarannya bukan mereka yang tahu.

"Cerita-cerita sebegini tak payah nak panjang-panjang, nak ulas pun nanti sampai kepada pihak lain, lain pula ceritanya. Lebih baik diam, buat kerja dan tunggu dan lihat sahajalah apa yang akan berlaku nanti," tegas Erra mengenai cerita kurang elok yang digembar-gemburkan mengenai kisah rumahtangganya.

Dalam pada itu persiapan raya Erra belum lagi bermula sepenuhnya kerana dia masih lagi sibuk berlakon dan menguruskan peniagaan hamper rayanya.

"Adalah juga order kuih-kuih raya sikit dulu, belum buat persiapan yang rapi lagi. Pulang beraya ke mana pun belum tahu lagi. Selalunya seperti tahun-tahun lalu, saya akan lebihkan persiapan raya untuk Aleeysa. Setakat ini adalah beberapa helai baju yang sudah saya beli. Untuk diri sendiri belum lagi,"ujarnya yang sering mengadakan persiapan raya ketika hari mulia itu bakal tiba.

Norish Karman: Pedulikan Apa Orang Nak Kata





KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2012: Biarpun dituduh melahirkan anak luar nikah yang diberi nama Alexander bin Abdullah pada tahun lalu, namun kontroversi berkenaan sedikit pun tidak memberikan kesan buat Norish Karman.

Malah, acapkali dia dilihat muncul di hadapan media dan khalayak ramai. Namun, apabila ditanya mengenai isu berkenaan, Norish Karman lebih senang untuk membiarkan persoalan itu berlalu pergi begitu saja.

Sewaku ditemui di majlis tayangan program Aidilfitri anjuran Astro di Royale Bintang Damansara, semalam, aktres berusia 38 tahun ini masih tetap berpegang pada prinsipnya untuk tidak menjawab apa-apa yang berkaitan dengan persoalan tersebut.

"Terpulanglah kepada masyarakat dan umum untuk menilai serta melihat diri saya bagaimana kerana pada saya jika mereka orang yang baik-baik, pasti mereka tiada prasangka atau niat yang buruk untuk menuduh saya sedemikian.

"Biarlah apa pun mereka nak kata saya rileks sahaja, ini semua saya anggap dugaan daripada Allah Maha Esa. Alhamdulillah, rezeki saya masih lagi ada dalam industri ini dan perkara ini tidak pun menjejaskan karier saya.

"Benda dah buruk pun, jadi tidak perlu nak dibesarkan. Saya ada keluarga yang maruah mereka harus saya jaga. Buat masa ini mereka minta untuk saya tidak mengulas apa-apa mengenai hal ini, itu permintaan mereka.

"Kalaulah saya nak lari daripada isu ini buat apa saya datang ke sini bertemu media dan orang industri, cuma buat masa ini tiada apa yang perlu dijelaskan, baik saya teruskan kerja cari rezeki," komen aktres ini panjang lebar.

Dilanda kisah kurang elok seperti ini seakan tidak menjejaskan periuk nasi aktres ini kerana menurutnya, dia sentiasa sibuk dengan syuting dan dalam masa yang sama memberi motivasi kepada pelajar universiti dan kolej serta badan korporat.

"Kebelakangan ini saya banyak berlakon, penat jangan cakaplah kalau shooting. Tetapi, saya bersyukur rezeki tidak putus dan dalam masa yang sama saya kini melebarkan karier menjadi ahli motivasi.

"Saya ada menerima undangan memberi talk berunsur motivasi mengenai pelbagai aspek antaranya imej dan persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan dan juga parenting.

"Yang menariknya dalam masa saya menyampaikan talk tersebut saya akan mencari ruang untuk menghiburkan para hadirin dengan lagu nyanyian saya sendiri dan ianya nyata mendapat sambutan,"ujar Norish yang gemar menyanyi dan pernah melahirkan album.

Terdahulu Norish dikatakan melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras pada September tahun lalu pada jam 6.13 petang dan telah diberi nama Alexander bin Abdullah. Namun status kesahihan berita itu belum disahkan Norish, walaupun pelbagai bukti telah tersebar di media massa.

Pengajian Tamat, Arja Lee Bakal Konvo September ini




KL, 1 OGOS 2012: Gembira tidak terkata! Begitulah perasaan Arja Lee sebaik saja dia berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan selama 3 tahun di Universiti Sains Malaysia (USM).

Malah, aktor Arja Lee yang yang dicungkil bakat lakonannya menerusi filem ...Dalam Botol arahan Khir Rahman bakal menerima ijazah pada hari konvokesyennya yang dijadualkan berlangsung pada bulan September nanti.

"Syukur, Alhamdulillah kerana akhirnya dapat juga saya menamatkan pengajian saya ini selepas 3 tahun menimba ilmu di USM. Sebenarnya bukan segulung ijazah yang saya kejar tetapi apa yang lebih penting adalah ilmu yang saya perolehi sepanjang berada di sini.

"Kerana saya tahu ia pasti berguna apabila saya kembali menceburi bidang lakonan secara serius semula, termasuklah mengarah pada suatu hari nanti. Alhamdulillah, sekarang ini sudah ada penerbit drama yang memanggil saya untuk berlakon semula. Insya Allah selepas ini saya akan membuat comeback semula selepas sepi daripada untuk seketika," katanya kepada murai.com.my.

Nabila Huda Menyelam Raya Di Kenya, Afrika




KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2012: Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita hari ini untuk meraikan Aidilfitri di luar negara. Tidak kira bersama keluarga mahupun sendirian.

Pendekatan serupa dipilih oleh pelakon popular, Nabila Huda yang akan berada di Pulau Watamu, Kenya pada Syawal ke-4 nanti untuk mengutip seberapa banyak pengalaman dan peristiwa sepanjang penjelajahannnya ke sana.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika menjayakan sesi fotografi dan berbuka puasa di Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini baru-baru ini, Nabila Huda berkata dia sangat teruja untuk ke sana kerana merupakan salah satu destinasi impiannya.

"Sudah lama saya teringin melancong sendirian. Ini adalah pertama kali saya ke sana dan sendirian. Bukannya ada apa-apa, cuma ingin melihat kehidupan dan budaya masyarakat di sana yang sangat menarik perhatian saya.

"Mulanya saya merancang untuk ke Goa, India, tetapi memandangkan cuaca pada ketika itu tidak mengizinkan, jadi saya memilih Kenya sebagai pilihan kerana lebih murah, cuaca elok dan banyak aktiviti boleh dilakukan.

"Insya Allah, saya akan sampai ke sana tidak lama lagi selepas menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Inilah masa yang sesuai untuk saya berehat seketika daripada terus memikirkan hal kerja di set penggambaran," katanya teruja.

Jelas Nabila Huda, dia akan berkunjung ke sana sendirian tanpa ditemani sesiapa dan merasai pengalaman berkunjung ke dunia safari serta melihat kehidupan laut di pulau indah berkenaan.

Malah tambah Nabila Huda, Kenya adalah salah satu destinasi yang ingin dikunjungi dalam hidup, bagi merasai sendiri keindahan flora dan fauna negara berkenaan.

"Memang saya tak sabar untuk merasainya terutama melihat dunia safari di dalam khemah seperti yang sering saya lihat di dalam program National Geography. Alhamdulillah dengan lesen menyelam yang saya ada, jadi saya juga akan menyelam untuk melihat safari laut di sana nanti," katanya.

Jelas Nabila Huda lagi, sempena kunjungannya itu juga dia akan cuba merakamkan segala perjalanan percutiannya di sana menggunakan kamera SLR dari model Canon 5D miliknya yang mungkin boleh dikongsikan bersama peminatnya di tanah air.

"Itulah perancangannya. Saya akan merakamkan segala aktiviti saya di sana nanti dan jika ada pihak yang berminat untuk menjadikan rakaman perjalanan saya itu sebagai program TV, ia merupakan satu bonus buat saya.

"Tapi itu bukanlah tujuan saya sebenar kerana saya memang mahu merakamkannya dan berkongsi dengan sesiapa terutama peminat yang mahu melihat aktiviti saya di sana,"kata anak kepada lagenda rock Amy Search itu.

Scha Al-Yahya Geletek Awal Ashaari Bangun Sahur




KUALA LUMPUR,2 OGOS 2012: Pertama kali menjalani ibadah puasa bersama sebagai pasangan suami isteri, Awal Ashaari dan Scha Al- Yahya akui mereka melalui pengalaman dan detik manis bersama yang sangat menyeronokkan ramadan ini.

Malah Awal Ashaari berkata dia dapat merasakan banyak perubahan ramadan kali ini bersama Scha Al-Yahya, apatah lagi waktu sahurnya kali ini tidak lagi dikejutkan ibunya, sebaliknya ia dilakukan isteri tersayang dengan cara yang sangat berbeza dan manja.

"Saya akui memang susah untuk bangun sahur. Jika saya bangun sahur pun saya hanya akan minum air atau mengambil apa jua makanan yang ringan.Tetapi waktu dulu ibu saya sangat memberatkan kepada kami untuk bangun waktu sahur kerana dia akan masak dengan banyak untuk kami sekeluarga makan. Jadi macam mana pun dia akan paksa anak-anaknya bangun sahur.

"Namun, cara ibu saya kejut sahur adalah dengan cara memercikkan air ke muka dan cubit-cubit supaya saya tetap akan bangun bersahur. Berbeza dengan Scha yang tidak terlalu memaksa tetapi tetap mahu saya bangun untuk minum paling tidak segelas air.

"Cara Scha kejut sahur tidak terasa kerana dia akan menggeletek saya sehingga saya bangun. Jika tidak dia akan begurau dengan mempercepatkan waktu di jam bagi menakut-nakutkan saya bahawa waktu bersahur hampir tamat. Walau bagaimana pun dia berjaya buat saya tertipu dan akhirnya bangun," katanya kepada murai.com.my pada majlis berbuka Astro Shaw, di Hotel One World, malam kelmarin

Sementara itu, Scha Al-Yahya pula memberitahu dia gembira kerana sudah berpeluang memasak untuk suami tercinta dengan menyediakan juadah kegemaran Awal.

"Walaupun sedih kerana kami tidak dapat berbuka bersama pada 1 Ramadan disebabkan tuntutan kerja masing-masing tetapi saya bersyukur kerana berpeluang dapat memasak juadah berbuka untuk kami bersama.

"Saya masak lauk yang ringkas sahaja iaitu sambal goreng ikan bilis dan juga sotong goreng kunyit, tetapi Awal sangat suka masakan sotong goreng kunyit saya. Kami masak bersama di dapur. Saya masak dan Awal tolong kritik. Dia suka mengkritik dan apa yang saya sediakan itu banyak mengikut citarasanya berbanding saya.

"Namun saya gembira kerana kami banyak habiskan masa bersama dalam menjalani ibadah puasa termasuk dapat melakukan terawih bersama-bersama," jelasnya Scha.

Awal dan Scha yang hingga kini masih menunggu rezeki untuk menimang cahaya mata telah berkahwin pada 4 Mei lalu.

Zul Ariffin Terkejut Abby Abadi kini Berpolitik




KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2012: Aktor kacak, Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 26, akui terkejut apabila mendapat tahu bahawa bekas kekasihnya, Abby Abadi kini sudah berpolitik hingga melakukan ceramah di sana-sini.

"Memang saya terkejut sangat bila mendapat tahu hal ini. Malah, saya pun baru sahaja diberitahu tentang penglibatannya di dalam politik dan bagaimana aktifnya dia menyuarakan pendapat serta pandangannya terutama di laman sosial.

"Sebelum ini, saya hanya tahu dia sudah berhijrah (bertudung), tapi saya tidak tahu pula yang dia akan berpolitik selepas melakukan penghijrahannya itu.

"Saya pun tidak tahu hendak komen apa tentang kegiatan politiknya itu. Sebab, politik bagi saya adalah satu isu yang bukan main-main. Kita harus tahu apa yang kita suarakan dan tidak seharusnya dipengaruhi orang-orang yang ada disekeliling terutama mereka yang baru kita sertai.

"Dalam kes Abby Abadi, saya tidak pasti dia berada di situasi yang bagaimana. Saya sendiri pun tidak tahu macamana dia boleh menceburkan diri dalam bidang ini kerana sejak berpisah, kami jarang berhubungan. Kalau ada pun hanya sekali-sekala,"katanya kepada murai.com.my.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kenyataan yang dibuat Zul Ariffin mengenai Abby Abadi, baca artikel murai.com.my selanjutnya.

Zul Ariffin: Abby Abadi Memang Lantang Bersuara


KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2012: Aktor kacak, Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 26, akui tidak terkejut dengan kelantangan Abby Abadi dalam menyuarakan pendapat serta pandangan politiknya di beberapa majlis ceramah yang dijayakannya termasuklah di laman sosial terutama akaun peribadi Twitter miliknya.

Malah, Zul Ariffin memberitahu sepanjang mengenali keperibadian Abby Abadi sewaktu mereka sama-sama menjalinkan hubungan cinta suatu ketika dulu, dia akui sikap bekas kekasihnya itu tersebut memang begitu.

"Selama mengenali Abby, saya tahu dia memang seorang yang sangat berani menyuarakan pendapat mengenai apa yang jua perkara yang diperbincangkan, malah saya tahu dia juga seorang yang lantang apabila memberikan pandangan. Namun, jika dia rasa betul dengan apa yang dilakukan itu, baguslah.

"Pada pendapat saya, seseorang itu boleh lantang menyuarakan pendapatnya tetapi mereka juga perlulah bijak dan berpengetahuan sebelum meluahkan kata-kata," katanya kepada murai.com.my ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro Shaw, di Hotel One World semalam.

Bagaimanapun, Zul Ariffin memberitahu dia sendiri tidak tahu menahu mengenai penglibatan Abby Abadi dalam kancah politik baru-baru ini.

"Alhamdululah, saya tahu yang dia sudah mengenakan hijab dan saya gembira tengok dia dengan perubahan tu. Itupun saya tahu menerusi statusnya di Facebook serta gambar-gambarnya yang tersebar luas di akhbar dan internet.

"Selebihnya seperti apa yang dia buat sekarang, masuk politik, sibuk berceramah sana sini, itu semua saya memang tidak tahu. Saya hanya dengar-dengar cerita itu dari orang sekeliling sahaja," jelsnya lagi.

Ditanya sama ada dia tahu mengenai perang di Twitter yang tercetus di antara Abby dengan rakan artis seperti Dato` AC Mizal dan Umie Aida, baru baru ini, Zul menjawab dia tidak begitu mengetahui perkara itu dengan jelas.

"Tentang AC Mizal itu saya ada dengarlah mereka mahu berdebat mengenai isu PDRM, namun terus-terang saya sendiri tidak tahu perkara itu dengan lebih lanjut. Begitu juga dengan perang Twitter dia dengan Umi Aida. Itu pun saya tidak tahu,"jawabnya.

Dalam pada itu, Zul sempat diminta mengulas tentang kenyataan Abby yang mengatakan bahawa selebriti sepertinya (berhijrah dan berhijab) yang menyertai pembangkang hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan tumbang.

"Saya kurang bersetuju dengan pandangan Abby itu, Pada pandangan saya, showbiz dengan politik adalah bidang yang berbeza dan dia tidak boleh campuradukkan kedua-duanya. Ini kerana saya lihat ramai artis bertudung sekarang ini masih mendapat tempat di dalam industri. Malah, mereka turut ditawarkan watak yang bersesuaian dengan personaliti mereka.

"Jika dilihat dalam konteks yang lebih besar, rasanya kerajaan sekarang ini tidak pernah mengabaikan golongan bertudung. Mereka mendapat peluang pekerjaan yang sama seperti orang lain," tambahnya lagi.

Zul Ariffin yang kini sedang bercuti selama 2 bulan termasuk sepanjang ramadan ini bakal memulakan sebuah filem baru terbitan Astro Shaw September ini.

Duet Bersama Hafiz, Siti Bakal Tunaikan Umrah



KUALA LUMPUR, 3 OGOS 2012: Kolaborasi Dato' Siti Nurhaliza bersama penyanyi lain seringkali tidak menghampakan. Terbaru, penyanyi tersohor negara ini telah bekerjasama dengan juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz Suip untuk sebuah lagu duet bersama.

Lagu yang diberi judul Muara tersebut merupakan ciptaan dan nukilan daripada Hafiz sendiri bersama Adi Sixth Sense untuk drama Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa.

"Siti baru sahaja selesai merakamkan lagu tersebut dan begitu juga Hafiz. Tetapi masih ada beberapa bahagian yang perlu di touch up dan kami akan masuk semula ke studio untuk mengemaskan lagi lagu ciptaan Adi Sixth Sense tersebut.

"Lagu ini dicipta sebagai lagu tema bagi drama Adam & Hawa dan memang dicipta untuk berduet dengan Hafiz. Lagu ini tidak terlalu slow dan boleh dikatakan agak catchy juga dan Siti menyukai hasil karya daripada Adi Sixth Sense," ujarnya yang akan merakamkan album terbaru tidak lama lagi.

Bersempena dengan bulan ramadan juga Datuk SIti Nurhaliza bakal mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah sepertimana beberapa selebriti lain.

"InsyaAllah jika tiada sebarang halangan Siti dan suami akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada penghujung ramadan ini. Alhamdullilah tahun ini ada lagi rezeki Siti dan suami pergi ke sana untuk beribadat.

"Kami akan pulang sehari sebelum hari raya dan akan beraya di Kuala Lumpur pada hari raya pertama. Selepas itu baru kami putuskan untuk pulang beraya di Kuala Lipis atau kampung suami di Kedah,"ujarnya mengenai sambutan hari rayanya pada tahun ini.

Datuk Siti Nurhaliza ditemui di majlis pelancaran produk terbaru Simplysiti, Bejeweled yang berlangsung di Berjaya Times Square, baru-baru ini. Dia yang juga pengasas Simplysiti kini sedang sibuk mempromosikan rangkaian terbaru produk kosmetiknya Bejeweled yang telah pun berada di pasaran. Dalam perkembangan lain, dia juga turut mengadakan lawatan ke kaunter-kaunter Simplysiti di seluruh Malaysia bermula pada 1 Ogos ini.

Siti Nurhaliza Jawab Isu Persembahan Di Kelantan



KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2012: Isu mengenai Dato' Siti Nurhaliza telah diberikan amaran selepas membuat persembahan di negeri Kelantan pada bulan lepas dan melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu telah mengejutkan banyak pihak. Apatah lagi, ianya pertama kali berlaku kepada penyanyi nombor satu negara itu.

Ditemui di majlis pelancaran kosmetik terbaru Simplysiti, Bejeweled, Portal Murai berkesempatan mewawancara Dato' Siti Nurhaliza mengenai perkara tersebut. Ternyata, Siti Nurhaliza tidak menyangka bahawa persembahannya di sana (Kelantan) akan mencetuskan isu setelah menyaksikan kehadiran lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu yang diadakan di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab.

"Seperti biasa Siti hanya memenuhi undangan daripada pihak penganjur dan kali ini jemputan adalah untuk Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu.

"Pada pengamatan Siti, persembahan yang Siti berikan berunsur ilmiah dan sopan. Lagipun ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Guru. Jadi, memang tiada sebarang aktivti melalaikan yang dilakukan pada ketika itu.Tapi mungkin disebabkan ia berlangsung secara terbuka dan bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkandi negari itu, maka ianya telah menjadi isu.

"Siti tidak terfikir dan tidak tahu ia akan menjadi sesuatu aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang negeri tersebut. Namun begitu, Siti menghormati keputusan mereka yang telah mengeluarkan notis amaran secara positif dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini.

"Tidak mahulah nak komen lebih-lebih kerana takut nanti tersalah cakap pula kerana ianya melibatkan undang-undang. Yang penting Siti sudah pun menjalankan tanggungjawab dengan membuat persembahan dan menghiburkan para pengunjung yang datang," jawabnya kepada murai.com.my yang menolak jika isu ini telah dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Dalam pada itu, bila ditanyakan mengenai konsertnya bersama penyanyi antarabangsa Sami Yusuf yang telah dibatalkan atas sebab beberapa masalah, antaranya kontrak bersama pihak penganjur, Siti Nurhaliza menjawab:

"Perkara tersebut tercetus di antara Sami Yusuf dengan pihak penganjur dan Siti tidak tahu apakah punca sebenar sehingga ianya dibatalkan.Ramai peminat yang sememangnya menantikan kemunculan Sami Yusof di Malaysia dan sudah semestinya Siti juga berbangga dapat berkongsi pentas dengan penyanyi hebat sepertinya.

"Ini adalah peluang yang baik Siti dapat dan mujurlah Siti sempat membuat persembahan bersamanya di Singapura. Jadi, ia merupakan pengalaman yang baru untuk Siti timba,"tambahnya lagi.

Hafiz AF7 Jawab Pasal Isu Saman


KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2012: Penyanyi serta juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz Suip akui tidak tahu menahu mengenai kes saman yang telah difaikan pengurus pentas, Nur Haniza Mohd Azhar, 25, terhadapnya yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pergaduhan yang tercetus di antara mereka pada pertengahan Mei tahun lalu.

Malah, Hafiz AF7 yang juga juara Mania itu berkata dia sendiri sudah menganggap kes yang turut mengheret nama Adira AF8 sebagai punca pergaduhan mereka sebagai sudah selesai.

"Terus-terang saya sendiri tidak tahu menahu mengenai hal ini kerana tiada apa-apa notis pun yang sampai kepada saya. Namun, kalau boleh, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal ini lagi kerana menganggap ianya sudah lama selesai.

"Saya sendiri terkejut apabila ditanya mengenai hal ini, namun jika benar dia mahu mengambil tindakan tersebut, saya sendiri sudah bersedia untuk berhadapan dengannya bersama peguam peribadi saya," jelasnya ringkas ketika dihubungi oleh murai.com.my

Penyanyi lagu Awan Nano itu walaubagaimanapun tidak mahu memberi keterangan lanjut mengenai perkara tersebut kerana bimbang isu reme- temeh seperti itu boleh menjejaskan reputasinya sebagai artis.

Semalam, pengurus pentas tersebut telah pun menyerahkan surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap Hafiz AF7 ekoran insiden itu.

Bintang juara Mania itu khabarnya memaksa beliau untuk berjumpa namun Nur Haniza menolak dengan baik kerana sedang menjalankan tugas ketika itu, namun tetap didesak

Surat tuntutan telah pun di'serahkan kepada Hafiz AF7 pada 25 Jun lalu namun juara Akademi Fantasi 7 itu enggan mengaku bersalah & membayar ganti rugi.

Terdahulu, Hafiz dilaporkan pernah bergaduh dengan seorang pengurus pentas untuk sesi rakaman sebuah program bual bicara. Difahamkan pergaduhan mereka berpuncar kerana Adira AF8.

Iz Sulaini Teruja Jumpa Ryan Seacrest Malaysia



KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2012: Bakal melancarkan single terbaru yang juga merupakan lagu balada Melayu pertamanya, Cinta Akhir, Iz Sulaini yang dicungkil bakatnya akui berasa bangga dan teruja apabila dijemput untuk menjayakan program rakaman Carta Era 40 bersama Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil bagi siaran Ahad ini.

"Selepas 4 tahun berkecimpung dalam bidang ini, inilah kali pertama saya dapat menjejakkan kaki ke konti Era. Rupanya bukan mudah untuk mendapat peluang ini apatah lagi dijemput sebagai undangan dalam program Carta Era 40 yang diacarakan Aznil Hj Nawawi.

"Bagi saya dia adalah seorang personaliti yang sangat berbakat, dia adalah Ryan Seacrest Malaysia. Saya sangat teruja apabilla diberi peluang ini untuk masuk ke konti bersama Aznil Hj Nawawi. Sebab tidak semua selebriti berpeluang berbuat demikian.

"Saya ada juga membuat sedikit homework dengan mendengar semula Carta Era 40 yang terdahulu bagi memahami bagaimana situasi ketika proses rakaman berlaku. Maklumlah pengacara yang hebat sepertinya, soalan yang diajukan juga pasti lain dari yang lain.

"Untuk memastikan saya dapat menjawab soalan atau memahami soalan yang diberikan nanti, jadi saya rasa lebih baik jika saya mendengar semula program tersebut dengan betul-betul," ujarnya yang ternyata teruja dengan peluang tersebut.

Menurut Iz juga, semasa rakaman tersebut berlangsung dia juga akan memperdengarkan single keduanya yang masih dirahsiakan judulnya selain lagu terkini Cinta Akhir.

"Saya akan tampilkan preview bagi single kedua saya selama setengah minit dan bagi anda yang ingin mengetahui judul lagu tersebut, kenalah dengar siaran Carta Era 40 Ahad ini,"ujar graduan bidang komunikasi massa ini.

Iz Sulaini yang segak berbaju Melayu rekaan Fairuz Ramdan ditemui di majlis berbuka puasa bersama Barisan Artis Nasional (BRAN) yang diadakan di Zebra Square. Penyanyi ini baru sahaja menyertai BRAN selama 2 minggu menghadirkan diri kerana ingin bertemu dengan para artis lain yang berada di bawah sayap Barisan Artis Nasional (BRAN) ini.

Sibuk Alasan Nora Danish Tunda Niat Kahwin



KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2012: Pelakon, Nora Danish akui dia terpaksa menunda niat untuk mendirikan rumah tangga kerana terlalu sibuk dengan komitmen kerjaya seninya.

Malah, Nora Danish yang sudah mengenali seorang jejaka sejak 2 tahun lalu berkata hatinya kini belum terbuka lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.

"Saya sedang rapat dengan seseorang ini sejak dua tahun lalu, namun saya belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga lagi kerana belum bersedia untuk memikul komitmen sebagai isteri.

"Lagipun, saya dapati masa turut tidak mengizinkan untuk saya meneruskan niat saya untuk berkahwin kerana jadual saya padat dan banyak lagi perancangan lain yang perlu difikirkan.

"Jangan salah anggap, saya belum merancang untuk berkahwin bukan kerana saya serik dengan kisah silam saya tetapi ianya hanya disebabkan masa sahaja.

"Jadi lebih baik saya memikirkan dahulu kerja yang perlu saya selesaikan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin lagi," katanya kepada murai.com.my pada majlis berbuka puasa Metrowealth (MIG), malam semalam.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan jejaka yang tidak mahu dikenali itu, bekas isteri kepada Jejai ini berkata hubungan mereka rapat dan dia sudah pun membawa temannya itu berkenalan dengan satu-satunya anaknya, Reyqal.

"Saya punya ramai teman tetapi saya akui saya paling rapat dengan dia dan selesa berkawan dengannya. Malah Reyqal juga telah berkenalan dengannya.

"Alhamdulilah, Reyqal memang seorang anak yang bijak dan memahami keadaan saya kini walaupun dia baru berusia 3 tahun," luahnya lagi.

Nora yang berehat sepanjang bulan ramadan ini hanya menjalani ibadah puasa bersama kelaurga tanpa menjalani sebarang aktiviti seni. Nora juga bakal muncul sebagai pengacara dalam sebuah program raya yang berjudul Irama di TV3, Aidilfitri ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...