SEGMEN : Kad Hari Raya Eksklusif by mrpetak.com

Hahaha is join segmen lagi, segmen kali nie leh dapat kad raya jugak. Jadi segmen ini berbunyi macam nie:


Assalamualaikum Kawan-kawan, 




Menjelang Perayaan Hari Raya Aidilfitri ini MrPetak dengan rasa rendah diri ingin memberi Kad Raya Eksklusif untuk kawan-kawan MrPetak sebagai tanda Terima Kasih yang selama ini memberi sokongan dan nasihat kepada Mr.Petak.


Kawan-kawan yang dapat Traffic URL tertinggi akan terima DUIT RAYA RM50 dari MrPetak.Com.. :) Mudah kan ??..


Pengalaman pose petak ketika zaman sekolah ..  dulu pas sekolah petak akan jalan kaki dari jalan besar hingga la sampai ke rumah mengambil masa dalam 20 minit macm tue.. 

Hari tu baru balik dari sekolah Agama la..mase tu baru darjah 3.. sebb terlalu panas ari tu petak pun g la surau kat tepi jalan tu.. *konon2 ambik air sembahyang la.. Hahaha.. padahal time berkumur-kumur tue boleh pulak minum air paip.. haha.. memang kalau ingat balik memang kelakar la..  Memang menyesal la pulak... orang memang tak nampak tp Allah nampak.. P/s: kawan2 jgn ikut cara petak yer.. x baik !!~ ehhee


Syarat nya MUDAH je :

  1. Mesti Follow MrPetak.Com dan LIKE page MrPetak.Com
  2. Buat entri 'SEGMEN : Kad Hari Raya Eksklusif by MrPetak.Com' dan tampal banner di atas dan link ke entri ini ( Macam biase  hehe)
  3. Dalam entri itu ceritakan pengalaman ketika puasa yang tak dapat kawan-kawan lupakan (pendek2 pun tak pe.. kalau panjang lagi bagus!~)
  4. Tarikh Tutup : Akhir Bulan Ramadhan  
  5. Akhir sekali ... Isi borang di bawah untuk terima  Kad Hari Raya Eksklusif Mr.Petak , dan klik butang 'Submit Form'
  6. Nantikan Kad Hari Raya Eksklusif Mr.Petak :)

Ok kepada sesiapa yang nak join segmen nie sila klik banner kad raya Mrpetak tu atau pun kat sini je.

TAG:
cikmisi leen

Pengalaman berpuasa yang is tak leh lupa erkk? errmm is mulakan dengan cerita permulaan is hidup ok? is masa tu darjah satu, is bangun sahur pukul 4.30 pg, lepas tu is tengok tv dulu cerita drama tajuk dah tak ingat laa tapi mubarak majid yang berlakon kalu tak silap is.

Mak is cakap tadi niay puasa ke belum? is cakap niat dah sebulan, errmm bagus anak mak nie, kecik-kecik dah reti puasa. pukul 7 is pegi ke sekolah, macam biasa sekolah is (Sekolah Kebangsaan Genting) nie sekolah yang berdisiplin lah, setiap hari kitaorang beratur. Guru besar giler glamor sikit, dia suka dengar murid-murid nyanyi lagu sekolah dengan negeri Pulau Pinang dalam nada tak bermaya. Hampeh punya Guru Besar. Nasib baik guru Besar.

Lepas kitaorang habis nyanyi lagu Guru Besar akan bercakap tapi sebelum dia cakap dia suruh kitaorang duduk. Kemuadia dia akan berceramah panjang lebar dan kadang-kadang dia buat lawak. Memang geli perut geili hati semua pakat dok ada. Dah la puasa dia nak kitaorang gelak pulak. 

Habis selesai perhimpunan "BERSIH" kecil nie kami bersurai, dan masuk ke dalam bilik darjah masing-masing. Hahahahah masa is dulu kelas kitaorang panggil bilik darjah lagi, sekarang orang panggil kelas. Duduk dalam kelas, cikgu pun malas nak mengajar dia masuk lepas tu dia cakap ok murid-murid semua sila buat kerja masing-masing ok? Cikgu ada hal sikit. Ok cikgu, jawab semua. Is pun apa lagi cari kawan is Hafis, nak ajak dia lawan tangan.

Kami semua satu bilik darjah suka main lawan tangan, sapa kalah dia anak manja, so is pun turut bertanding dalam permainan pengukur kekuatan ala Barbarian nie. Tengah is lawan dengan mamat sorang nie, is lupa dah nama dia dia budak bilik darjah lain mai menyibuk kat bilik darjah is, is kata kat dorang, is nak terkentut, weeeyyy aku nak terkentut sat, rileks sat, kawan is cakap lah, is mana boleh kentut, kita tengah puasa nie, nanti batal lah puasa.

Alamak is dah tak leh tahan nie, is stop main lawan tangan lepas tu is duduk kat kerusi is sambil menahan dari nak lepas kan angin hitam tu. Is isk isk isk seksanya juga berpuasa nie yerrkk? Kentut pun tak boleh. Is tahan tahan sampai Ustazah datang masuk dalam kelas. Semua bangun bagi salam kat Ustazah tapi is tak bangun is duduk, jadi Ustazah tanya is awat hang biadap nie tak bagun pun masa Ustazah masuk, is cakap kat Ustazah, bukan is biadap tapi is tengah tahan kentut nie nanti kalau is bangun nanti mesti is terkentut, terus batal puasa rugi aaa.

Astaqfirullahalazim, budak nie sapa yang ajaq hang macam tu? tanya Ustazah, is tunjuk dengan muncung mulut kat kawan is. Ustazah pun menerangkan kalau terkentut tak batal puasa lah, sengaja kentut pun tak batal puasa sebab kentut tiada dalam senarai perkara-perkara yang membolehkan membatalkan puasa. Mendengarkan penjelasan Ustazah tu is dengan bangganya bangun dan lari kat kawan is tu dan terus lepas kan angin hitam kat dia, puuuttt, haa hambik hang padan muka buat pandai lagi.


Ulasan

  1. Assalamualaikum.. tq sebb sudi join segmen MrPetak.. Nantikan Kad Hari Raya Mr.Petak yer :) Selamat Berpuasa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih mrpetak is saje suka join segmen sebab mengisi masa lapang hehehe. Terima kasih, selmat berpuasa kepada mrpetak juga.

      Padam
  2. Salam...taqiee dr segmen yg sama
    salam ramadhan...:)
    jom terjah kawn2 lain plak..tgok kisah diorang jom...:)

    http://taqieeummu.blogspot.com/2012/08/segmen-kad-hari-raya-eksklusif-by.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam, terima kasih sebab mengunjung blog is.

      Padam
  3. Hahahahaha lawak2x hehe . singgah balik sini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe lawak errkk? nanti is buat entri yang lain lagi. terima kasih singgah kat blog is.

      Padam
  4. Balasan
    1. wassalam, terima kasih Dianaa singgah blog is.

      Padam
  5. assalamualaikum is.akhirnya spanar dapat juga balas kunjungan is ni hehehe...spanar pun dtg dari segmen yg sama gak dan salam perkenalan buat anda wahai rakan bloggerku hehhee..

    http://spanarburuk.blogspot.com/2012/08/segmen-kad-hari-raya-eksklusif-by.html

    gud luck utk awak gak dan salam syawal yg bakal menjelang ni (^_^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, yaa akhirrnyaaaaa nada dering yang di tunggu telah tiba, hehehehehe, terima kasih spanar sebab balas kunjungan ke blog is nie, gud luck untuk spanar juga.

      Padam
  6. Astaghfirullahalazim.. boleh plak macam tu eyh.. haha.. kelakar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe dulu is kecik-kecik lurus bendul dan bodoh lagi tu yang percaya habis apa orang cakap.

      Padam
  7. haha..lawak lah..tp mmg bese lah budak2 tersalah faham dan percya apa je yg org bg tau.

    Blogwalking dr segmen yg sama.

    Jemputlah ke blog,
    http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/08/segmen-kad-hari-raya-eksklusif-by.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh terima kasih sebab singgah dan minat cerita is, masa is kecik2 dulu memang macam tu. Ok is nak singgah blog Raihan pulak.

      Padam
  8. blogwalking dari segmen y sama,......
    ^____^
    good luck.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sebab singgah kat blog is, good luck for you too

      Padam
  9. salam,fiqah balas kunjungan anda harituh..hehe..sorry lambat..
    nak bagi award boleh? Entry ini entry paling jujur..hehe..
    Good luck,jangan tahan kentut lagi.. =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam, terima kasih fiqah sebab balas kunjungan, tak per lambat pun blogger takkan kemana kecuali DMCA kacau is sekali lagi je, terima kasih itu pengalaman is masa masih kecil-kecil dulu. Sekarang is slamba je tak main tahan-tahan dah. Good luck to you too.

      Padam

Catat Ulasan

Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.