Khamis, 25 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1433H


Assalammualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Santai IskandarX ini. Sempena esok adalah jatuhnya Hari Raya Aidil Adha 1433H, maka is pun mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha, dan selamat bercuti kepada semua anggota keluarga is serta kawan2 diluar sana mohon keampunan dan kemaafan kepada semua jika berlaku salah dan silap kata, tutur bicara serta kelakuan iskandarX selama ini, al-maklumlah is hanya murid dan bukannya tok wali.

Raya korban ini korang balik kampung tak? Jika korang bercadang balik kampung, is nasihatkan supaya berhati-hati di jalan raya kang tak pasal accident tengah jalan raya, raya kemana korang pulak ke mana kan? Dan ingat lah bahawasanya jalan raya itu adalah amat KERAS. Errrkk keras? Memang la keras batu jalan tu, boleh pecah kepala hendaknya kalau terhempas ok? Asal orang sebut keras je kiranya berhantu. Hantu ada di mana-mana sahaja, yang kita takutkan adalah kegelapan yang Allah S.W.T, bahawasanya kegelapan itu adalah suatu KuasaNYA dan RahmatNYA.

iskandarx.blogspot.com,Selamat Hari Raya Aidil Adha 1433H,santai,raya,Hari Raya Aidil Adha


So jangan dok takut hantu lah, hantu xleh touch korang ok? Kalau di touch korang korang boleh siku terus kepala dia, "They Bleed then They Can be Killed", ayat dalam Supernatural punya Drama. Ok melalut bebanyak pun tak guna korang enjoy lah cuti korang, is pun nak kena cuti gak sebab haram bekerja semasa raya aidil adha nie selama 4 hari, ada Ulama' kata 6 hari, ada kata 3 hari so is ambik seminggu supaya lepas dari semua tanggungan dan fitnah ok? Take care, Assalamualaikum w.b.t..

Bersama Yusuf dan adik is Aya Hidayah


Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca Santai iskandarX semua. Ini entri postpone semalam gak iaitu selepas subuh is pergi melawat adik is kat Palmyra Resident kerana abang is balik dan menginap disana. Dia bawak balik anak dia sekali iaitu Muhammad Yusuf korang boleh ke sini untuk baca blog Semua Tentang Yusuf.

Kesian kat anak menakan is nie, dia selesema, malam Sabtu itu hari iaitu malam selepas is pergi uruskan jenazah mak saudara is tu Yusuf tak boleh tidur malam asyik nganga je sebab selesema. Biasalah budak nie baru je usia 6 bulan dah dok ulang alik, dan asyik berkereta je hidup dia. Macam kami iaitu adik beradik is membesar dalam kereta jugak. Asyik travel sana sini.

Adik is nie Aya Hidayah nie seorang usahawan dan dia berniaga segala ubat-ubatan dan peralatan yang berkaitan dengan permasalahan wanita remaja dan dewasa mahupun warga emas dan juga beliau adalah seorang pengajar dan cikgu di Pusat Tuisyen Aya Hidayah iaitu miliknya sendiri di Taman Palmyra Resident, Balik Pulau. Kiranya is memang respect dengan dia sebab ketabahan hatinya dan kekerasan hati dan kepala berjuang menghadapi cabaran hidup. Korang boleh ke blog nya disini.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...