Sabtu, 11 Ogos 2012

Makanan berbuka puasa pilihan iskandarX #22


gambar is ambik dari blog .a.z.u.r.a.r.a.h.m.a.n.
Memandangkan BlackBerry is main camera dia rosak so thanks to Azura for picture. .a.z.u.r.a.r.a.h.m.a.n.

Hari ini makanan berbuka puasa pilihan iskandarX ialah Daging Masak Kicap Black Pepper Edition. (errrk makanan pun ada edition punya ker?) haaa ingat kereta Proton je ada Edition2 nie? Makanan lagi la belambak editionnya.

Basic masakan nie adalah seperti biasa, daging lembu yang dimasak dan kuahnya berkicap, tapi ditambah dngan black pepper sauce  (lada hitaM sos) yang menjadikanya daging hitam pekat berkilat, serta pedas berapi, enak lagi lazat, berkrim disukai ramai (sorry F&N is curi ayat hang), bbrrrrr tak reti nak eja bunyi yang sedang berbunyi dari perut serta kerengkong is semasa menaip ayat untuk buat entri nie.

Isk isk isk iskandarX amat suka makan daging masak kicap black pepper nie sebab is memang seorang pemakan daging yang terkenal. (sebab tu setiap bulan asyik bengkak telinga), haaa pasal is rajin makan daging, siang malam, kalau hari raya korban nie lagi jenuh is nak kena setelkan daging yang banyak tu, hehehehehe.

Ok bagi sesaper spesis macam is gak, sila lah komen yer?

Hari Raya semakin dekat dah nie



Apa persediaan korang nak sambut hari raya yang bakal menjelang seminggu je lagi nie? is berdebar-debar nak sambut raya nie tak tahu pasal apa. Selalunya orang jauh lah yang nak sampai is nanti jadi macam tu setiap kali raya. Dalam setahun hanya ada dua kali sahaja Hari Raya. Yang lain bukan hari raya.

is minta ampun dan minta maaf atas kekasaran bahasa, serta ayat is selama is blogging dari dulu sampai sekarang. Mana lah nak tahu kowt kowt ada yang terasa hati dengan ayat is, is simple jer ayat memang pedas tapi niat nak merubah kan sesuatu itu.

Macam description blog is, is berkongsi pengalaman dan pengetahuan selama is hidup ini dengan korang semua. is banyak pegi tempat orang, is disana diam, tunduk bukan pasal takut, tapi memerhati, belajat suasana sekeliling, kaji, simpan, rumuskan apa yang terjadi, log dalam minda untuk perbaiki diri, amal dan belajar lagi, kemudian disini, is luah balik, kongsi semuanya dengan korang.

Hehehehehe pening ka baca ayat tu? Janagn pening la kawan, senang je nak paham, yang penting bagi sesiapa yang tak sempat atau mungkin tak leh balik kampung, sila lah hantar mesej2 tu kat sini

Erin Malek tunjuk buah hati




Mangga Online puji kejujuran pelakon muda Erin Malek yang sedia berkongsi kisah gembira pasal cintanya. Erin kini dah berpunya. Hatinya dimiliki oleh seorang jejaka kacak yang masih muda.

Semasa menjayakan aktiviti amal, Amal Kasih Ramadan bersama Jamu Mak Dara dan majalah Mangga baru-baru ini Erin datang bersama seorang teman. Mereka nampak mesra. Erin mengaku lelaki inilah yang bersamanya sekarang.

Erin mengaku jejaka yang dipanggil Walid itu sangat membahagiakannya dan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon. Erin membuat pengakuan kepada Deel daripada majalah Mangga. Kalau mahu tahu pengakuan penuh Erin tu... kenalah tunggu majalah Mangga edisi September dipasarkan nanti.

Haaaa beli tau majalah mangga nie, nak beli Playboy mahal, beli je majalah tempatan.

Is review Utusan Punya Artikel Yeahhh


Hahahaha ini adalah artikel yang mungkin membuatkan Abby Abadi nak menyaman surat khabar yang sudah hilang Melayunya itu.


KAMI memerhatikan akhir-akhir ini semakin banyak kata-kata 'kurang manis' keluar di bibir pelakon yang sudah pencen, Abby Abadi.

Terbaru, soal artis bertudung yang tidak diberi peluang untuk mencari makan di negara ini. Kata Abby, hanya dengan 'menumbangkan' kerajaan sekarang, artis-artis bertudung mendapat lebih banyak rezeki.

Kelakar pun ada, hendak tergelak pun ada. Nampak sangat cetek pengetahuan dan ilmu bekas pelakon Gerak Khas ini rupanya. Datuk Yusof Haslam pun mungkin malu dengan kenyataan bekas anak buahnya ini, kami agak.

Bagi kami, eloklah Abby tanya kepada Wardina Saffiyyah, Sheila Rusly dan Ramlah Ram. Tanya mereka bagaimana cara untuk kekal laris. Malu nak tanya senior, tanyalah adik-adik bertudung seperti Diana Emir, Heliza Helmi dan Ana Raffali macam mana cara hendak berbaik-baik dengan orang.

Ini perlu supaya diri disukai. Bila orang suka kita, bermanis mulut kala bicara, banyaklah rezeki yang datang, dengan izin Allah.

Abby kurang diberi peluang bekerja bukan selepas dia memilih imej bertudung, kami ada buktinya.

Sebenarnya sudah sekian lama dia tidak mendapat banyak tawaran pekerjaan. Beberapa tahun sebelum bertudung lagi sebenarnya, tidak banyak penerbit yang 'berani' bekerjasama dengan Abby.

Buktinya, banyak luahan perasaan Abby itu telah ditulis dalam akhbar. Ketika itu, Abby mengadu, mengeluh dan kesal kerana dia tidak dapat banyak 'job'. Malah Abby turut mempertikaikan dan menyoal, kenapa Memey Suhaiza yang kini menjadi isteri kepada bekas suaminya, Norman Hakim lebih menjadi pilihan penerbit.

Kata Abby, Memey yang pernah ditangkap khalwat pun orang bagi banyak tawaran, kenapa ibu tunggal sepertinya dipandang sepi? Agaknya, Abby sendiri lupa, hal itu pernah ditulis dalam akhbar dan diberitahu kepada rakan wartawan.

Abby, anda patut melihat ke dalam diri sendiri, cari kelemahan dan carilah jalan penyelesaian. Mungkin sikap kita sendiri, membuatkan orang tak suka bekerja dengan kita, bukan kerana bertudung atau tidak.

Elakkan sikap selalu mencari salah orang atau suka bergaduh. Selalulah amalkan cara berfikir jauh terlebih dahulu sebelum bercakap, pasti kita disukai oleh pihak lain.

Kepada Abby, kalau tengok YouTube tu, selalu-selalu juga lihat kenyataan dan nasihat orang lain, pihak yang tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Ini supaya Abby tidak jauh tersasar dan boleh realistik.

Antaranya, kami memetik kata-kata Ustaz Khazim Elias yang bagus untuk dijadikan pengajaran.

"Tak kira siapa, baru dua hari pakai tudung sudah jadi ustazah. Adakah semudah dan semurah itu agama kita?

"Kalau betul kita berhijrah, kalau betul bertaubat pergilah berguru. Pergilah belajar dan tambah ilmu dengan guru muktabar. Barulah nampak perjuangan yang betul-betul kerana agama."

Kami percaya Abby tidak akan marah-marah kerana teguran ini sangat ikhlas.

Ini bukan lah teguran tau nasihat ini adalah pembulian, kalau ikya sekalipun nasihat atau teguran, sila buatnya offline dan jumpa sendiri Abby Abadi dan jadikannya satu rancangan temuramah atau apa sahaja, berdialog secara bersemuka, bagi is artikel ni memang menjatuhkan maruah Abby Abadi, tak bermakna is sokong Abby Abadi tapi is rasa terpanggil untuk mengula artikel tak sekolah nie.

Apa yang is faham, penulis kepada artikel nie ada satu dendam lama serta memang tak puas hati dengan Abby kowt mungkin pasal nak temuramah ke haper ke Abby tak layan, alaaa standard la selebriti tak layan, selebriti, ambik pot pehal?

Lagi satu pi bagi tau Ustard Khazim Elias, dia dan Allah S.W.T siapakah tuhan? Adakah dia yang menilai segala baik buruk, dosa pahala setiap makhluk dengan menhukum seseorang itu dari segi rupa parasnya? Islam tak melihat pada rupa, Islam tak melihat pada nama, Islam tak melihat pada latar belakang, yang kembali dengan taubat nasuha untuk memilih Islam sebagai petunjuknya Insyaallah akan berubah seperti kehendaknya. Banyak sekarang nie is tengok yang pakai gelaran "ustard" tapi tak layak gelaran Ustard tu tinggi korang tau tak? Kalau seorang Ustard boleh menhukum dan menilai serta boleh menilai IKHLAS (IKHLAS hanya Allah S.W.T sahaja boleh menilai bukannya Manusia yang menilai) maka tak payah jadi ustard dah, jadi mustard plug lagi baguih, mahu taknya boleh berani duduk kat dalam martabat ketuhanan.

is memang respect lah lu bro sebab boleh duduk kat daerah tu, jadi jangankan sebab sesuatu berita atau cerita yang sensasinya adalah sebab keretakkan perkahwinannya, status dan apa sahaja akan menjadi kan kita terjerlus, terguling dari Makam masing-masing dan membatalkan syahadah kita. Syahadah boleh terbatal dari perbuatan lidah anggota hati, dengan bercakap saja-saja pun boleh terbatal inikan sahaja melaung satu negara.

Santai pedas dari iskandarXXX petang nie, saja malam lailatuqadar gak ada isu panas menjelma, takpa is sanggup, bulan Ramadhan Bulan Perang dalam Islam, ayuh Jihat Bil Mal Jihat Bi Nabsi.

Semalam is tengok cita Island Of Fire


Cita nie cita lama daaa, tapi best sebab semua hero filem Hong Kong dok ada. Movie nie best sebab dia menceritakan rule dalam penjara, sifat taiko-taiko yang sebenarnya, bukan membuli tetapi mempertahankan maruah dan kepercayaan masing-masing.

Sebelum boleh jadi kawan, mesti berlawan dulu baru boleh datang kepercayaan dalam persahabatan sebab dalam penjara ada yang masuk sebab dia berkelakuan baik ker? Semuanya sintaro algojo punya mari, tapi semangat bersatu padu itu yang kita nak sebenarnya bila tengok filem gengster nie, bukan nak tengok samseng tak tentu hala yang banyak dititik beratkan oleh filem-filem gengster Malaysia kini.

Filem-filem gengster yang di buat oleh Hong Kong adalah untuk mengenangkan jasa yang telah dilakukan oleh Triad dalam membina ekonomi untuk negara, tanpa triad-triad nie ekonomi seluruh negara lumpuh, nak harapkan kilang dan makanan saja? Memang tak la kan? Dalam nak meniakkan ekonomi tu triad-triad nie semua akan berebut kuasa untuk menguasai sesuatu kawan tersebut, is ada pengalaman nie, hehehehe berebut kawasan dengan cina-cina, penat ooo gaduh jangan ikut cara hidup nie ok?

Dan akhirnya penjara lah tempa untuk naik ranking dan tempat bercuti yang best, sebab makan free, sejuk semulajadi, dan juga untuk meluaskan network triad masing-masing.

Walaupun filem Islands of Fire nie ada Jackie Chan, tapi dia bukan lah watak hero tumpuan macam filem-filemnya yang lain sebab ada 5 orang lagi pelakon tahap hero nie juga berlakon didalam filem nie. Ok ini semua senarai nama mera serta gambar.


Jackie Chan as Da Chui / Lung (Hong Kong version) / Steve (US version)
Sammo Hung as Fatty John Liu Hsi Chia
Tony Leung Ka-fai as Wei Wang / Andy / Andrew
Andy Lau as Iron Ball / Lau / Boss Lee
Barry Wong as Inspector Wong
Jimmy Wang Yu Semulajadi triad
Jimmy Wang Yu as Kui / Lucas (as Wang Yu)
Chun Hsiang-ko as Prison Chief / Prison Superintendent
Chung Hua-tou as Chiu / Charlie (as Tao Chung Hwa)
Jack Kao as Ho Lin
Ken Lo as Bodyguard
Rocky Lai as Iron Ball's thug / Prisoner
Chin Ho as Iron Ball's assistant
Teddy Yip Wing-cho as Prisoner
Wang An
Yen Ru-chen
Kao Ming
Kang Ho
Fang Jing
Yuen Yi
Wai Hung-ho
Tou Hu
Wang Yao
Bang Yu
Chien Tsao

is dapat kad raya daripada Linda Zehan


Assalamualaikum, aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaa...........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!~~~~~~

Ni apehal hang nie setan? Dah tak reti nak taip ayat ker? aper marah2 is pulak, is tengah excited dan teruja nie (eh bukan samer ke makna dia?) lantak la sama ke tak cuma is nak bagi tau korang is baru je dapat kad raya daripada Linda Zehan. Hmmm well not bad janji dapat kad raya dah lama is tak dapat kad raya nie sejak tak berutus surat dah dengan awek2 hehehehehe.

Nak tengok kad Raya nya? Ok Dibawah nie kad raya is yang Linda Zehan bagi thanks Linda nanti is buat pulak untuk balas kat Linda ok?

 Dan banyak lagi peserta yang dapat kad raya dari Linda Zehan Check it out here ok?: Kad Raya untuk mereka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...