Ahad, 14 Oktober 2012

Sarapan dengan Roti Gardenia Dan Sekaya best


Hmmm memang seronok bila boleh makan roti Gardenia dengan cicah sekaya asli Honey SriKaya nie. Nikmat tak terkata nak makan nasi pagi2 nie susah sikit sebab kadang2 is tak dak selera. Tapi ada hari lah is akan makan heavy punya terus walaupun pukul 5 pagi, dah is cari nasi2 lauk campur dah.

Tapi hari nie is tak berselera sikit so Roti Gardenia menjadi pilihan hati masa makan roti tu kosong, teringgat pulak sekaya nie, berlemak berkrim disukai ramai.









Kelmarin petang Bulat lepak kat kedai is


Assalammualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada pembaca blog is yang amat setia. Ramai kan yang asyik share2 gambar kucing je kat dalam blog atau facebook dorang kan? So kali nie is pun nak share gambar kucing2 liar (tidak bertuan) yang lepak2 kat kedai is yang is suka bagi dorang makan tetiap hari.

Dalam banyak2 kucing yang terbuang dan tak bertuan nie kat kedai is ada sekor yang amat brutal lagaknya kalau korang nak tau. Dia kucing jantan is agak dah nak masuk veteran tapi maybe sebelum nie tuan dia memang jaga dia sunggah sebab badan dia agak gemuk, badan tak dak luka2 atau parut akibat bergaduh dan ekor pulak bulu tebal2 dan panjang sikit.

Kali pertama kucing nie bertapak kat site is, dia cakar tangan is sampai berdarah haaa, uiiihh ganaaihh betoi la kucing nie, bila is angkat dukung dia,  dia asyik merengkam aja (dia menderam sorang2), tanda dia tak suka orang pegang dia lah sebab tak kenal. Amboi laa Bulat mentang hang besaq dengan2 is sekali hang nak fight? Sekali is pulak cakaq dia terus jari is ngilu (sakit badan dia keras macam batu!!!).

Nie is share gambar si Bulat cuba tengok dia tengah baring2 tido macam manusia dah haa is tengok.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...