Jumaat, 30 November 2012

Madah Emo Santai iskandarX 3


I truly even Can see you are truly hate me without say it with very clearly the reason you are hating me like hell...





Madah Emo Santai iskandarX 2


Kêñåþåkåh §ålåh lêlåkï låïñ ¥åñg mêmßµå†kåñ Ðïrï mµ  §êÐïh, åkåñ †ê†åþï Ðïrïkµ þµlå ¥åñg †êrþåk§å mêñåñggµñg åkåñ kê§ålåhåñ kêkå§ïh hå†ï §ïlåm mµ ....? ÄÐåkåh Ðïrïkµ ïñï åÐålåh åmå† hïñå þåÐå må†å hå†ïkµ Ðï§êßåßkåñ ðlêh kê§ålåhåñ ¥åñg Ðïlåkµkåñ ðlêh ðråñg låïñ? kêñåþå þêrlµ åkµ þµlå ¥åñg mêñåñggµñg kê§ålåhåñ ïñï Ðåñ kêñåþå Ðïrïkµ Ðïhµkµm §êÐêmïkïåñ rµþå ðlêh kêråñå åkµ ïñï jµgå lêlåkï???


Artis Hollywood nie betul ke anak dorang nie?


Cuba korang tengok gambar artis2 kayu reput nie semua, hero2 cerita lama lama nie anak dorang lagi lawa kan? Tapi betul ke anak dorang tu anak yang betul2 anak nie? Muka lain je kalau tengok masa muda pun tak der langsung iras2 si hero kayu reput nie pun.







Polis arak pasangan zina dalam keadaan bogel


ISLAMABAD: Beberapa anggota polis semalam digantung kerja selepas dituduh mengarak sepasang lelaki dan wanita yang mereka bogelkan di tempat awam.

Rakaman kejadian di bandar Gambat di wilayah Sindh itu menunjukkan lelaki berkenaan, Mumtaz Mirbahar ditolak dan dipukul oleh polis di kediamannya.

Dia kemudian dipaksa berjalan dengan berbogel ke balai polis bersama-sama seorang wanita di depan orang ramai.



Kedua-duanya, bukan suami isteri, sebelum itu ditangkap kerana melakukan seks. Selepas kejadian berkenaan, Mumtaz berkata, dia begitu takut. Dia kini dibebaskan dengan ikat jamin tetapi wanita yang terlibat, masih lagi ditahan.

Polis berkata, mereka bertindak demikian selepas menerima aduan orang ramai mengenai perbuatan Mumtaz yang mengadakan majlis minum arak dan tari-menari sepanjang Ramadan.

Jirannya mengesahkan dakwaan itu tetapi berkata, polis tidak berhak untuk memalukan sesiapa sedemikian. Seorang pemerhati berkata, tindakan memalukan seseorang di khalayak ramai bukan luar biasa di Pakistan tetapi kejadian kali ini mengejutkan kerana ia dilakukan oleh polis dan dirakam dengan menggunakan telefon bimbit.



Tahun lalu, beberapa lelaki ditangkap kerana membogelkan seorang wanita separuh usia dan mengaraknya sekeliling kampung sebagai hukuman selepas anaknya dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan wanita dalam keluarga mereka.

Wanita berkenaan, Shahnaz Bibi berkata, hidupnya musnah akibat kejadian itu dan dia tidak berani lagi pulang ke kampungnya. - AFP

sumber : myMetro

Patutnya kat Malaysia pun buat hukum yang macam nie baru dorang sedar apa yang dorang buat tu memalukan diri sendiri dan keluarga dorang.

Restoran caj bayaran ‘pembaziran’


RIYADH: Sebuah restoran di Arab Saudi dipuji kerana mengenakan bayaran terhadap pelanggan sekiranya mereka tidak menghabiskan makanan yang dipesan.

Beberapa laman sosial melaporkan, restoran di Dammam, wilayah timur Arab Saudi, mengenakan bayaran ‘pembaziran’ terhadap pelanggan yang memesan makanan secara berlebihan tetapi gagal menghabiskannya.



Menurut pemilik restoran itu, membazir makanan dilarang Islam dan bertentangan dengan norma sosial serta menggesa orang ramai berfikiran dan bertindak secara bertanggungjawab.

Bagaimanapun, tidak semua orang bersetuju dengan tindakan restoran terbabit dengan ada yang menyifatkan bayaran itu sebagai ‘cukai agama’ yang tidak boleh diterima.

“Pemilik restoran tidak berhak untuk menghukum pelanggan yang tidak habis makan,” kata seorang pelanggan. - SG

sumber : myMetro

Hahahaha memang patut pun caj bebanyak, bazir amalan syaitan bak kata tongga dalam filem Sifu Tongga tu.

Cangkul kepala isteri


MADIUN: Polis menyiasat insiden seorang lelaki membunuh isterinya dengan mencangkul kepala mangsa di Kampung Sidorejo, Madiun, semalam.

Jurucakap polis berkata, Taufik Hidayat tiba-tiba menghayun cangkul berkenaan ke kepala isterinya ketika mereka berada di rumah ibu bapa tiri tertuduh.



“Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi dan keluarga terbabit menginap di rumah berkenaan sejak tiga hari lalu,” katanya. Jurucakap itu berkata, Taufik bukan saja memukul isterinya, Nur Sayekti, malah seorang daripada dua anaknya turut diserang dengan cangkul sama. Akibat serangan itu, kata jurucakap terbabit, anak Taufik, Naswa, cedera di paha dan kiri perut.

Katanya, Taufik melarikan diri sejurus selepas kejadian, tetapi berjaya ditahan tidak lama kemudian. “Naswa bernasib baik kerana kecederaannya tak parah dan dibenarkan pulang dari hospital,” katanya. Ketika ini, menurutnya, polis masih menjalankan siasatan untuk mengetahui motif serangan itu. Sementara itu, saksi berkata,

Nur Sayekti datang ke rumah itu mencari suami dan anaknya yang menginap di situ sejak tiga hari lalu. Namun, tanpa sebab yang jelas, Taufik memukul kepala isterinya dengan cangkul sebelum menyerang anaknya. Taufik pula berkata, sejak akhir-akhir ini dia sering terdengar bisikan yang mendakwa Nur Sayekti curang. - Republika

sumber : myMetro

Adakah patut pegi cangkul kepala isteri dia? Ingat apa kepala isteri tu tanah ker? bodoh sungguh, macam mana lah boleh pegi kahwin dengan orang yang tak bertamadun macam nie?

Pakar bedah terlampau rakam pesakit bogel


LOS ANGELES: Seorang pakar pembedahan plastik didakwa di mahkamah kerana secara rahsia merakamkan aksi pesakitnya dalam keadaan bogel.

Dikenali sebagai pakar bedah ramai selebriti Hollywood, Lance Everett Wyatt bertugas di Institut Sherman Oaks, Los Angeles.



Tindakan Wyatt terbongkar selepas seorang pesakitnya menemui kamera tersembunyi merakam aksinya yang ketika itu berbogel. Mangsa membawa kamera itu kepada polis dan ia disiasat selama setahun sebelum Wyatt didakwa di mahkamah. Pendakwa menuntut Wyatt dipenjara antara dua tahun hingga seumur hidup.

Bagaimanapun, ketika rakaman berkenaan ditayangkan, Wyatt dilihat tidak menyentuh tubuh pesakitnya secara tidak wajar. - TS

sumber : myMetro

Dah orang nak operasi bedah tu bayar bil mahal kepada pakar bedah tu sekali pakar bedah pulak ambik kesempatan nie memang perangai macam sial.

Membelasah ‘demi tuhan’


LONDON: Lawatan seorang ketua kumpulan kerohanian AS ke Britain mencetuskan kontroversi semalam, dengan seorang ahli parlimen menggesa kerajaan menghalang kemasukannya ke negara itu.

Todd Bentley sebelum ini dilaporkan bersalah melakukan serangan seksual ke atas seorang budak tujuh tahun ketika dia berusia 15 tahun - dijadual melawat Britain akhir bulan ini. Dia menjadi perhatian kerana kononnya mampu menyembuhkan penyakit kanser di kalangan pengikutnya di AS.

Dengan badannya dipenuhi tatu, Bentley dikenali ramai empat tahun lalu melalui gereja dikendalikannya, Fresh Fire Ministries.

Ajaran dibawa Bentley mendakwa dia digunakan tuhan untuk menyembuhkan sakit orang ramai.



Bagaimanapun, kemarahan orang ramai lebih tertumpu kepada cara dia mengendalikan rawatan berkenaan. Dalam satu rakaman video mengenai kaedah perubatannya, Bentley dilihat menghentak perut pesakit kanser kolon menggunakan lututnya.

Dalam insiden lain, seorang lelaki ditolak dengan kasar sehingga dia tertiarap dan menyebabkan gigi mangsa patah. Melalui satu rakaman di YouTube, Bentley berkata: “Dan saya terfikir mengapa kuasa tuhan tidak berkesan. Dan tuhan berkata, kerana kamu tidak menendang wanita itu di mukanya.” Menurut Bentley, ada seorang wanita tua di depan pentas tempat dia berdiri apabila tiba-tiba ‘malaikat’ berbisik kepadanya.

Menurut ‘malaikat’ itu, Bentley disuruh menendang muka wanita terbabit dan sebaik saja kasutnya terkena ke sasaran, wanita itu tumbang “di bawah kuasa tuhan.” Ahli parlimen dari Parti Buruh, Malcolm Wicks, meminta Setiausaha Dalam Negeri Britain, Theresa May, menghalang kemasukan Bentley.

Katanya, lawatan Bentley tidak membawa sebarang faedah, sebaliknya hanya memudaratkan.

“Saya sangat bersyukur jika ada sebarang langkah diambil bagi menghalang kemasukannya ke Britain,” katanya. - DM

sumber : myMetro

Apesal tak hentak je dia tu balik? meh sini is nak belasah dia dengan nama Allah Taala pulak

Merintih nak tengok ibu


SEREMBAN: “Memilukan apabila saya dapat mendengar semua mangsa menjerit meminta tolong, tetapi kami tidak dapat mengeluarkan mereka berikutan tersepit di tempat duduk masing-masing,” kata Muhamad Nasir Jaafar, 29, saksi kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 14.8, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus, di sini, semalam.



Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, seorang warga emas, Rohani Saidin, 52, maut, manakala lapan yang lain parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kereta.

Muhamad Nasir berkata, dia yang memandu sendirian dari Seremban ke Kuala Pilah terkejut sebaik melihat kemalangan itu dan bergegas untuk membantu mangsa.

“Saya melihat pemandu Proton Waja dinaiki lima sekeluarga tersepit di tempat duduk pemandu dan sedang meraung kesakitan.

“Dalam kereta itu juga kelihatan seorang wanita warga emas berlumuran darah berada di bawah tempat duduk belakang ditindih seorang lagi wanita dan seorang bayi berusia tujuh bulan yang menangis,” katanya.

sumber : myMetro

Macam mana boleh kemalangan jika tidak disebabkan kecuaian dan ego? Kepana perlu di akhiri dengan cerita sedih sedangkan semuanya boleh berbahagia? is kekadang tak faham kenapa perlu kemalangan? bukan ke semua belajar memandu ker? Memang takdir is tau benda tu tapi kenapa manusia tidak pernah nak mengikut peraturan?

Bayi berlumuran darah disyaki didera amah


KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan berlumuran darah hampir sejam apabila kepalanya luka teruk akibat didera pembantu rumah warga Indonesia dalam kejadian di sebuah rumah di Kepong, di sini.

Bayi itu ditemui ibunya berusia 30 tahun jam 3.30 petang Jumaat lalu selepas wanita itu pulang dari bekerja manakala pembantu rumah berusia lewat 20-an yang bekerja lebih setahun itu, menghilangkan diri.

Wanita berkenaan segera membawa anaknya itu ke Hospital Selayang (HS), di sini, sebelum mangsa diberi rawatan kecemasan dan menerima lapan jahitan di kepala.



Sehubungan itu, wanita terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, kelmarin untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sumber polis berkata, sebaik tiba di rumahnya, ibu mangsa terkejut apabila mendengar bayinya itu menangis dengan kuat.

“Dia bergegas ke bilik bayi berkenaan sebelum mendapati seluruh tubuh iaitu dari kepala hingga ke kaki anaknya itu dipenuhi darah membuatkannya tergamam,” katanya.



Sumber berkata, wanita itu segera membawa mangsa ke hospital berhampiran kediamannya dan mangsa dirawat lebih satu jam di situ termasuk menerima lapan jahitan di kepala.

“Mangsa (bayi) dilaporkan stabil namun pegawai perubatan mendapati dia masih trauma dan ditahan di wad hospital berkenaan untuk pemantauan,” katanya.

Katanya, biarpun berulang-kali menghubungi pembantu rumahnya itu, wanita berkenaan gagal berbuat demikian membuatkan dia mula mengesyaki kejadian menimpa anaknya itu berpunca daripada pembantu rumahnya.

Difahamkan, penduduk sekitar memberitahu pembantu rumah terbabit meninggalkan rumah mangsa antara jam 2 hingga 2.30 petang.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.


sumber : myMetro

Adus is nak komen berta nie pun is dok rasa nak pitam pitam dah, is nie sayang sangat bayi so please lah janagn la dera dera baby ok? kalau xnak baby atau tak der orang nak mengasuh mai hantar kat is ok? Nak huang bayi pun sekalipun xpayah buang kasi je kat is is nak bela.

Kenapalah nak belajar sihir dan menyihirkan orang?


KUALA LUMPUR: Orang yang ‘berguru’ dengan bomoh mahupun dukun aktif melakukan sihir dan santau tidak wajar dijadikan sahabat, berikutan keperibadian mereka mencerminkan seorang kuno, kolot serta tak bertamadun.

Pakar Motivasi dan Psikologi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, pada zaman moden ini dengan negara menghampiri kemajuan, masyarakat sepatutnya tidak dipenuhi golongan begitu yang jelas mempunyai hati kotor dan busuk.



“Mereka berguru dengan bomoh atau dukun yang berkawan dengan jin, pertamanya sudah melakukan syirik dan juga menghimpun dosa besar yang pelbagai, malah jika tidak bertaubat takkan sesekali diampunkan Allah.

“Orang begini juga menanggung dosa yang lebih teruk daripada dosa membunuh kerana perbuatan sihir dan santau menyebabkan mangsa menderita terlalu lama sama ada mungkin membawa maut atau tidak. Dia sudah menganiaya orang.


“Ia juga menunjukkan mereka tergolong dalam orang yang jahil agama dan tak patuh pada perintah Allah kerana orang yang menjaga solatnya takkan sesekali terbabit dengan amalan terkutuk ini.


sumber : myMetro

Ahak nie baru dikatakan seleseeerrr


Haa nie baru orang cakap seleseeerrr macam dalam KL Gangster tuu cakap kan? Tiada lagi kesan-kesan kabas kaki atau habuk di kaki boleh gak stabilkan badan bila bas break mengejut kan kan kan?


Madah Emo Santai IskandarX 1


JIkA RUpA pARAS yANg mENjADi uKUrAN dI dALAm hIDUp mU, mAkA kENaPakAH aWAlnYa kAu bERikAN pElUAnG kEPaDA kU uNTuK mENghAMpIRi dIRi mU? dAn kEmUDiAnnYA kAu mEmbEnCi aKAn dIrIkU dAN mENjAUHKAN dIRi mU hAnYA sElEpAS kAu mENgETAhUI aKAn wUJUdnYA aKU tIADa sETaNDiNG dEnGAn aPA yAnG kAU pERNAh mEMiLiKi dAHuLu, bUkAn sAlAh kU rASaNyA, rUpA pARaS kU tIADa sETAnDiNG dENgAN yANG pERnAH kAU mILiKI dAHuLu, aKAn tEtApI jIkA iTU aDAlAh pILiHAn mU mAKa iA sEMEMANGnYa aDAlAH hAk mU yANg dI lUAr kEKuASAAn kU uNTuK mENgHALaNG nYa.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...