Jumaat, 24 Ogos 2012

Segmen BlogWalking....anybody ada yang nak buat tak is nak join?


santai, blogwalking, segmen, special


Ya seperti tajuk yang tertera diatas(aik... macam ayat surat rasmi je macam bunyi ayat dialog pun ada), apa-apa je lah, is memang nak join blogwalking. bukan is gila hadiah tapi saje nak kenal lebih ramai dengan blogger yang ada dalam Malaysia nie.

Lagi pun is ada apprentice blogger skang nie, jadi is nak ajak dorang skali join boleh reramai kita jalan-jalan traffic exchnage dengan segmen yang menarik nie. Tak der hadiah pun tak per janji follower, komen dan blogroll bertambah jadilah(hehehehehehe itu yang sebenarnya).

Jadi, ada saper2 yang nak adakan segmen blogwalking tak? Kalau ada sila komen kat bawah nie dengan link segmen blogwalking korang sekali ok?

Oh ya blogroll Sahabat Ramadhan is dah kekalkan kedudukannya sapa2 pun yang ada dalam list tu jangan risau is takkan buang, is nak tambah lagi ader lah.

Nuffnang
Santai

Bunga Api Penyeri Dikala malam Raya Ini




Bunga api atau firework, memang best kalau kita tengok, tapi lagi best tengok dari jarak jauh pasal kita boleh tengok bunga api tu meletup dan berkembang letupannya secara keseluruhan.

Kat sini, Balik Pulau pun dorang bakar gak bunga api jenis meletup kat atas tu. Bunga api jenis nie tak macam mercun yang budak-budak bangang tu main, bising memekak je kerjanya benci gila is kat mercun-mercun durjana tu dengan-dengan pemainnya sekali.

Bunga api tu bila dah meletup kat atas dia kembang lah percikkan apinya, ada color merah, hijau, kuning, biru, unggu pun kadang-kadang ada mungkin sebab tone warna yang terbias daripada beberapa kali letupan yang terhasil. Memang best tengok bunga api tapi is tak boleh lupa masa pegi tengok kat Padang Kota 12 tahun dulu. Ada orang terbakar, tukang cucuh bunga api tu lah, sebab bunga api tu meletup dalam bekas tak sempat naik atas dia terus meletup kat situ gak, apa lagi terbakar mamat tu.

Nasib baik ada bomba siap sedia apa yang berlaku. Terus dorang padamkan api yang tengah membakar mamat cucuh bunga api tu tadi. Perrghhh macam filem Jackie Chan je is tengok. Korang jangan main bunga api kalau takda kawalan keselamatan terutamanya daripada pihak Bomba, ok ingat tau?

Nuffnang
Santai

BERHARI RAYA DI ALOR STAR HARI K-4 DAN KE-5 2012


Is dan famili pegi beraya di Alor Setar pada raya ke-4 dan ke-5. Kitaorang pegi kenduri kawan adik bongsu is. Kawan dia kawin kenduri buat serentak dengan kakaknya.

Sebelum pegi kenduri kitaorang pegi beraya dengan tok tiri is. Tok tiri is pun dah pun berkahwin dengan orang lain tapi keakraban kami semua masih berkekalan. Tok tiri is tinggal kat Asun Alor Setar. Kawasan rumah dia besar sebab suami dia agak orang berada. Anak dia ada 10 orang, ramai kan?


Pagi hari raya ke-3- kami bertolak ke Alor Star, Kedah untuk berhari raya bersama saudara mara di sana dan juga menghadiri majlis perkahwinan kawan anak. Sampai di sana kami ke Hotel StarCity tempat penginapan untuk sehari. Lepas tu kami ke Ukir Mall, tempat majlis perkahwinan berlangsung. Sebelum tu pergi kampung Asun , rumah makcik Hamsah.



Setelah kami mengambil pengantin pun masuk ke dewan. Ada dua pasang pengantin rupanya...adik dan kakak bersanding sekali....jimat kos hihi...Selepas makan kami check-in dan berihat di bilik Hotel. Setelah malam xlarat dah nak keluar...order je makanan kat kafe hotel...harganya boleh tahan...

Hari raya ke- 5 sebelum balik singgah rumah besan sekejap di Taman Setia Jaya ,Jitra. Kemudian teruskan perjalanan sambil melihat pemandangan indah. Makan tengahari di tempat rehat Gurun.



MAKCIK HAMSAH



MAJLIS PERKAHWINAN DI UKIR MALL


HOTEL PENGINAPAN


MENARA ALOR STAR


AYA HIDAYA DI DEPAN HOTEL


BERSAMA SUAMI DI LOBI HOTEL


MESJID ZAHIR ALOR STAR

PANDANGAN DEPAN MESJID ZAHIR



RUMAH TRADISIONAL


PEMANDANGAN INDAH  DARI ALOR STAR


MAKAN TENGAHARI DI GURUN


SUNGAI DI SEMPADAN KEDAH DAN PULAU PINANG






Sepanjang perjalanan pergi dan balik @aya hidaya memandu keretanya Exora....pemanduan sangat baik dan stabil dan kami samapai ke rumah dengan selamatnya.....Alhamdulillah

Gambar terima kasih kepada mak is sebab upload kat blog dier.

Nuffnang
Santai

Wishlist is hari ini ialah vacuum cleaner industry #1




Ini adalah slot is yang terbaru iaitu is kongsikan wishlist is dengan korang semua. Memang nampak macam mengharap tapi itu lah yang meronta-ronta dalam diri is selama ini dan is semadikan nya dalam blog is agar sekadarnya korang tahu is pernah suka dan ingin memiliki benda ini.

Wishlist is hari ini ialah vacuum cleaner industry. Aik kenapa nak vacuum cleaner industry? Kenapa korang tanya yerr? sebab is nak vacuum rumah is dengan lebih bersih dan qualiti kebersihan itu lebih tinggi. Vacuum jenis ni lebih kuat dan berkuasa pembersihannya daripada vacuum cleaner yang biasa untuk domestik tu.

Leh sedut air, sedut habuk, sedut particular kecil, sedut bulu-bulu(bulu-bulu.......), sedut orang pun boleh, sedut minyak dan sebagainya. Amat banyak membantu kalau benda nie ada dan boleh meringgan kan beban mak dan adik is. Macam mana yerk nak mencapai dan mengapai impian nie? Kita hanya manusia hanya pandai merancang tapi Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya.

Agak-agak korang is boleh tak beli benda nie untuk mak is?

Nuffnang
Santai
Wishlist
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...