Khamis, 8 November 2012

Is Dan Adik Is Dan Mak Is Teman Adik Is Gi Hospital


Assalammualaikum w.b.t, dan salam sejahtera semuanya. Selasa lalu is keluar gi beli spare-part untuk computer customer is, sebab harddisk dia kong terus. Tapi sebelum tu is dengan adik is yang besar tu Aya Hidayah dan mak is bawa adik is yang bongsu sekali pegi ke GH.

Gi GH tu sebab nak jumpa Doktor Pakar sebab adik is kena eczema. Habis gatal2 dia asyik garu sampai darah2 keluar, so nak pegi kuliah pun susah, so dia nak jumpa Doktor Specialist kulit nie untuk minta surat menyurat yang berkaitan dengan kuliah dia is tak berapa pasti kegunaan surat tu.

So is pun snap2 la gambar around Klinik Pesakit luar tu, kat kaunter kebetulan ada awek cun dok jaga, leh buat calon nie, is cakap dalam hati, niat di hati nak la snap untuk bagi glamour tapi is snap dulu gambar dinding dengan tiang, tup-tup kalih nak snap kat awek cun tu semua terus ilang. Hahahahaha pemalu rupanya, ke dorang takut is nie buat audit kowt kat area dorang, ahahahaha.

Tapi sebelum tu, maksud is pagi tu la kitaorang semua satu famili sarapan kat astaka belakang Rapid kat Pekan Kongsi tu. Kat situ ada peniaga Melayu jual2 makanan untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Tapi kat sini sepatutnya Rapid punya Kompleks patut buat selepas astaka baru boleh penuh orang, ini tidak jadi terbalik pulak MPPP nie buat astaka, kat tempat sunyi, kesian peniaga kat situ, kekadang kekurangan pelanggan. Nasib lah peniaga Melayu macam kitaorang nie semua.

Lepas sarapan kitaorang pun bergegas ke GH. Selepas setel hal adik is tu, ktaorang pegi J pulak (Kompleks ukit Jambul), ala is tak payah cakap la KJ nie sebab KBJ ada kat Penang tapi sampai kan penggunjung dari Perlis sampai ke Pahang pun ada datang ke sini gak, masa kegemilangan KBJ nie, memang best, hari2 kat radio main lagu iklan dier, ayuh mama kita pergi ke Cosmart. is dok cari lagu tu tapi tak jumpa2 nak kena tanya RTM nanti.



















Lepak lepak balut rokok daun dengan Jeti Lama


Assalammualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog is nie. Tengah lepak kat cc is, rokok Surya pulak boleh habis dijual kat kedai Apek Ah Beng nie, apa lagi is suruh member pi beli rokok daun dengan tembakau la jawabnya.

Mai mai dia beli dia hempuk kat is tembakau jeti lama, siap kat label dia tulis pilihan bijak!!!!! hahahaha memang bijak laaa boleh isap rokok sesuka hati lerr jawabnya nie sebab takder limit batang macam rokok yang berkotak tu. Memang betul la Jeti Lama tu cakap pilihan bijak sebab bijak merancang kewangan hahahaha, banyak ler bijak hang.

Tapikan ok gak la packing dia letak kalerr biru2 gitu kasi kita semua suka memandang lama la bugetnya tu ahak.





Nandung Nandung Dayang Sinandung Awan Yang Mendung


Assalammualaikum w.b.t., dan salam sejahtera, ini kisah pasal awan mendung i kawasan Flat Ijau, Balik Pulau, iaitu laluan angin puting beliong. Memang gerun lah bila kata angin ertiub kencang je kat kawasan Flat Ijau nie.

Sebab takut puting beliong akan melanda, iyer lah bukan ada petanda petanda pun bila dia nak terjadi, just kitaorang nie caution lah bila angin tiup kencang je kitaorang cepat2 sembunyi heheheehehe. Macam main combat combat lak masa kecik2 jadinya.

Hmmmm korang tengok lah nie gambar is snap tengahari mendung macam nak jadi malam dah pun.






New Celebrities Pet, Comey tak Nadeeya?


Assalammualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog is nie. Rasanya dah banyak hari is skip tak update blog nie rasa rindu gila kat blogging. Hari nie is nak cerita tentang kucing is lagi ahak, nama dia Nadeeya.

Nadeeya nie anak Puteh, kacukan kucing parsi kowt sebab bulu dia lebat dan gebu macam parsi yang kita dok nampak hari2 tu. Cuma Nadeeya nie comey sebab ada muka mak dia, cuma memula is tengok Nadeeya nie nampak seakan Hamster laaa ingat kan Hamster tapi rupanya anak si Puteh nie.

Ini is ada snap snap gambar dia skit untuk korang tengok, tapi susah la nak hold still dia masa nak ambik gambar. sebab Nadeeya nie paranoid sangat susah nak duduk diam, sampai is kena pegang dia masa ambik gambar dia haritu. Kalau dia hari tu baru nampak sapa2 pun kat dalam rumah is dia akan merengkam dulu tapi bila dah pegang dia, belai2 terus ok.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...