Perlukah Kita Memaafkan Penghina Sahabat Rasulullah?


Sedangkan Rasulullah S.A.W pun memaafkan umatnya, Sedangkan Allah S>W.T Lagi Maha Pengampun inikan pula kita hanya manusia biasa? Mereka hanya menghina, maka hukuman terhina akan mereka tanggung.


Selepas gambar-gambar yang mempersenda-sendakan Sahabat-Sahabat r.a, seorang guru pusat tiusyen dan pengusaha pusat tiusyen di Permai Jaya, Johor Bahru, tampil memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

Dan yang pastinya, akan ramailah umat Islam terutama sekali yang bergelar ahli-ahli PAS akan berjejeh-jejeh air mata, amat terharu dengan 'keikhlasan' kedua-dua orang berkenaan memohon ampun secara terbuka dan mengakui kesalahan mereka.

Alasan yang paling best diberikan oleh guru terbabit ialah, dia tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti umat Islam, sebaliknya hanya ingin membuatkan para pelajarnya lebih mudah faham dengan subjek yang diajarnya. Anehnya, dia tidak pula menggunakan karektor 12 Hawariyun Jesus Christ. Tidak juga menggunakan Aaron, Ezra atau Ezekiel yang amat berjasa dalam pengumpulan Bible!

Barangkali kelebihan umat Islam iaitu mudah memaafkan dan mudah mempercayai, menyebabkan mereka terpedaya dan akhirnya terpaksa menerima penjajahan sepertimana terpedayanya pemerintah Granada terakhir yang menyaksikan Isabella, Ferdinand dan Katholik membunuh jutaan umat Islam dan Yahudi di seluruh kota di Sepanyol pada abad ke-15 dahulu walaupun sepanjang Islam memerintah Granada, Cordova bahkan seluruh Andalus, Katholik tidak dijentik dan mereka bebas mengamalkan agama masing-masing.

JOHOR BAHRU – Guru dan pengusaha pusat tuisyen di Tangkak, Muar yang menimbulkan kontroversi apabila memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas yang diedarkan kepada pelajar baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka semalam.

Ku Chong Yoong, 22, yang merupakan guru dan individu yang bertanggungjawab menyediakan bahan tersebut serta pengusaha pusat tuisyen Indah Permai Jaya, Lim Lee Yee, 26, mengaku tidak berniat untuk menyentuh sensiviti umat Islam apatah lagi menghina sahabat Nabi.

“Saya kesal perkara ini berlaku. Niat saya hanya ingin membantu pelajar agar lebih mudah faham dan saya tidak berniat untuk menyentuh isu sensitif orang Islam.

“Di sini, saya dengan ikhlas ingin memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya di Tangkak serta di seluruh dunia. Saya mengaku, tindakan saya ini kurang matang dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” kata Chong Yoong yang sudah dua tahun mengajar di pusat tuisyen terbabit.

Sementara itu, Lee Yee pula mengaku tidak tahu mengenai bahan yang disediakan tenaga pengajarnya sehinggalah isu terbabit disiarkan di akhbar.

“Selepas ini, saya janji akan lebih berhati-hati dan memantau bahan-bahan yang digunakan oleh guru tuisyen untuk mengajar. Kami juga telah meminta balik semua nota tersebut daripada pelajar dan telah menerangkan hal sebenar kepada mereka,” katanya. (SUMBER)

Ulasan