Isnin, 6 Ogos 2012

Keistimewaan al-Quran, malam lailatulqadar



Ulama bersetuju al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya.

Pada malam itu, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 diturunkan. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti kitab al-Quran yang ada hari ini. Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.

Inilah sebenarnya kelebihan al-Quran yang tidak ada satu perkara pun tertinggal atau dengan lain perkataan, segala-galanya ada dalam al-Quran.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya menerangi, al-Furqan (dapat membezakan antara hak dan batil) dan az-Zikr (memberi peringatan).

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu laporan daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW menyebut empat orang bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT selama 80 tahun.

Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah SWT, lalu sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada amalan mereka.

Jibril pun membaca surah al-Qadr. Jibril berkata kepada Rasulullah SAW, ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan ini dan menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat amat gembira.

Lepas Malaysia pun buat video pasal 17 Ramadhan is kan uploadkan pula videonya.

Jom Main Game Steamland Player Pack




Jom main game pulak ok? is pun tak berapa reti sangat nak main game nie tapi jom kita try dulu mana tau kita leh kumpul mata yang tertinggi  kan?


Semalam is tengok cita Sifu dan Tongga



Hehehe citer nie is ska gak tengok sebab sengal jek cita nie. Dorang cakap bahasa terbalik. Aaa binatang kaki bulat marah. hAhahahahahaha, ada ka patut tangkap kambing lepas masak kat tengah aroundabout? Siap jemput orang join sekaki pulak tu.

Cita nie first time is tengok Fauzah Ghous berlakon, agak sengal lah dia berlakon tapi dalam banyak banyak watak Sifu lagi sengal, lakonan Apek yang sememangnya segal semulajadi, di bantu oleh Tongga lakonan Nabil remaja sengal yang tengah pukui naik lani.

Tapi sengal sengal pun best cerita nie. Haa dalam cita nie gak first time is tengok Rozita Che Wan berlakon lakonan aksi, selalunya lakon lawak dengan doktor-doktor je hehehehe.

Filem ini bermula dengan pemburuan Mama Tammy dan Izaq untuk mencari orang-orang Watson yang masih hidup. Izaq telah menculik Mila dengan menggunakan helikopter dan telah membawanya ke Bandar. Chief iaitu ketua kepada keturunan Watson berasa sangat sedih apabila mengetahui yang Mila telah diculik.

Kerana terlalu bersimpati dengan kesedihan yang dihadapi oleh chief, Sifu dan kawan baiknya, Tongga berjanji akan menyelamatkan Mila. Sifu memiliki keistimewaan untuk berkomunikasi dengan dunia ghaib untuk mendapat panduan. Ini telah membantunya untuk meninggalkan hutan yang selamat untuk pergi tempat yang penuh dengan cabaran dan moden di Kuala Lumpur.

Kerana tidak pernah keluar dari hutan,Sifu dan Tongga tidak pernah melihat kerusi, kereta, komputer, motor, tandas dan pelbagai alatan canggih yang telah tercipta pada zaman ini.

SIFU & TONGGA adalah sebuah filem yang sangat menarik yang akan menarik minat semua lapisan masyarakat.

Hmmm saper yang suka tengok cerita nie? Is suka tengok part scene Sifu cerita Malaya kena serang Jepun tu best hhehehee. Bazir amalan syaitannn... ok?


Makanan berbuka puasa pilihan iskandarX #17


Gambar dari Kuali.com

Hari nie is pilih nasi arab pula untuk juadah berbuka puasa is. Is pilih nasi arab nie bukan apa sebab nasi arab nie berempah, ada kacang, ada kismis, ada berbagai lagi jenis rempah ratus lagi yang dicampur aduk dan menjadikannya nasi yang berperisa yang unik, berempah, berlemak, manis, masam, dan ranggup.


Disamping nasi arab selalunya dihidangkan bersama ayam panggang special yang di panggang khas menggunakan api yang marak menyala, di panggang dengan berhati-hati sehingga semua permukaan daging ayam masak dipanggang tiada bahagian yang ketinggalan.

Best memang best nasi arab dengan ayam panggang special nie.

TOP 10 SEXY HOLLYWOOD ACTRESS


Perbahasan yang besar di antara semua kumpulan manusia sentiasa menjadi yang teratas pelakon seksi Hollywood, dan ia telah banyak dibahaskan sejak pelancaran media massa.

Isksiskisk Google translate nie ayat bercamuk, macam mana orang nak paham? Ok Top 10 artis paling seksi dala Hollywood ialah:



Angelina Jolie


Sikap Pantat sikap buruk beliau, besar bibir berjus dan badan seksi membantu membuat Angelina salah satu wanita yang paling dikehendaki di dunia. Dia juga penyayang dan murah hati melalui semua sumbangan tidak mementingkan diri sendiri kepada dunia.



Scarlett Johansson



Sejak kecil lagi Scarlett nie telah berlakon sejak dia 8 tahun, beliau menjadi salah satu pelakon terbaik di Hollywood pada usia muda. Beliau telah berkembang menjadi seorang wanita seksi yang juga bakat yang luar biasa yang bertindak.


Jennifer Lopez

J-Lo pada Usia 37 masih dianggap sebagai salah satu Artis paling seksi di hollywood. Dia terus membuat filem dan tajuk utama bagi hubungan dengan lelaki. yang telah disimpan dalam sorotan dan minda orang di mana-mana.

Ketahuilah Korang Bahawasanya RM100 Boleh JAdi RM100000




Korang suka kan kalau duit boleh beranak? Macam pelik je bunyinya is? Pelik ker? Memang la duit nie bukan benda bernyawa dan bukan dari spesis mamalia, tapi duit tetap boleh "beranak" atau bertambah atau menambahkan pendapatan kata MLM.

Macam mana nak bagi duit beranak? Senang je, korang deposit RM100 kedalam SSPN-i melalui Bank Islam paling minima dalam tempoh promosi. Tempoh promosi adalah

Siri Pertama:  23 Jun hingga 22 September 2012  Cabutan: 1 Oktober 2012 (Isnin)

Siri Kedua:    23 September hingga 23 Disember 2012 Cabutan: 31 Disember 2012 (Isnin)

Jenis Hadiah adalah wang tunai dan berapa is dorang bagi? Berapa errkk? Tengok bawah nie pulok:


Hadiah Pertama RM100,000 untuk sorang.
Hadiah Kedua RM10,000 untuk sorang gak.
Hadiah Ketiga RM1,000 untuk 20 pemenang.
Jumlah  22 hadiah berjumlah RM130,000

Tunggu apa lagi? Klik sini cepat. Klik!!! Klik!!! Klik!!!

Korang Semua Dah Bayar Zakat Fitrah Ke Belum?



Belajar Cara membayar zakat kat sini

Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.

Keterangan/Hujah:

LATAR BELAKANG

Amalan pelaksanaan zakat fitrah di negara ini ditunaikan dengan nilai mata wang bagi menggantikan satu gantang beras bagi setiap orang Islam yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Keadaan ini memperlihatkan wujud perbezaan kadarnya di negeri-negeri disebabkan penetapan asas timbangan bagi satu gantang beras dan jenis beras yang ditentukan. Selain itu, harga beras tempatan di Semenanjung Malaysia dikawal dan diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) tetapi tidak melibatkan negeri Sabah dan Sarawak.

HUJAH DAN DALIL

Penggunaan sukatan gantang Baghdad merujuk kepada gantang yang digunakan secara meluas di zaman Rasulullah SAW selaras dengan hadis Baginda SAW ;

Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Umar berkata: Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan segantang tamar atau gandum ke atas orang yang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan di kalangan Islam.

Bahan makanan yang diambilkira bagi menentukan zakat ialah beras atas alasan ia merupakan makanan asasi yang dimakan oleh rakyat negara ini. Berdasarkan kajian dan perakuan oleh pihak BERNAS, beras Super Tempatan Gred A merupakan beras yang dimakan oleh majoriti rakyat Malaysia berbanding dengan beras gred lain. Perkara ini boleh dijadikan asas dan kaedah bagi penetapan bahan makanan asasi dalam menentukan zakat fitrah.

Kaedah yang harus digunakan bagi memastikan ketepatan timbangan yang menyamai satu gantang Baghdad adalah dengan menggunakan timbangan metrik dengan mengambil kira penggunaan alat sukatan gantang Baghdad kian pupus dan sistem sukatan moden terutama sistem metrik digunakan secara meluas.

Hasil sukatan dua jenis gantang Baghdad bagi beras Super Tempatan Gred (A) adalah bersamaan dengan 2.70 kg. Keputusan ini bertepatan dengan keputusan yang telah dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Pertama yang bersidang pada 28-29 Januari 1981 iaitu ukuran nisab jenis-jenis zakat kepada sistem metrik adalah harus.

Sumber: Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2009)

Sumber Mufti Penang

Artis Hollywood nie Sebelum Kena Bedah Plastik Lain dah Kena lain


Di Hollywood, pembedahan plastik mungkin rahsia yang paling buruk yang dirahsiakan . Manakala sesetengah bintang mudah mengaku telah pembedahan plastik, tidak kurang juga ada yang meninggalkan tanda tanya kepada kita. Walaupun ia adalah jelas bahawa beberapa selebriti telah sedikit melakukannya, ia memerlukan mata yang terlatih untuk melihat ketulenan wajah dorang.



Tara Reid


Pamela Anderson

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...