Khamis, 11 Oktober 2012

iskandarX dikejarkan ke hospital


Assalammualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada pembaca setia blog is. errkk tajuk nie nampak sempoi tak?

Memang is dikejarkan ke hospital, malam tadi, sebab sesak nafas dan rasa penat yang terlampau sangat. Aik iskandarX ada penyakit penat? Memang is selalunya energetic dan powerfull sentiasa, tapi keturunan is memang ada penyakit penat nie atau lelah atau asmha nie. Tapi is tak berapa kena serangan penat nie sampailah kehari semalam disebabkan kerana keracunan.

Haaa iskandarX kena keracunan, makan apa? Bukan makan, tapi termakan, dan bukannya makan sebenrnya tetapi minum. Sebenarnya is kelmarin petang is jalankan operasi pest control kat umah is, so seharian is tak buka kedai sampailah datang call dari adik is yang suruh is buka kedai sebab nak print kertas soalan. So lepas is mandi2 dan solat asar, is terus pergi ke kedai is dan printkan kertas soalan untuk adik is tu.



Habis print is siap pegi hantar kat dia lagi. Semua tu is buat badan masih lagi terasa segar dan kuat. Masa tu jam pukul 5.30 petang. ila jam pukul 6.30 is mula rasa pening2 sikit, maybe is rasa pening sebab is memang belum tidur lagi malam tu. So is anggap perkara biasa, tapi lepas tu is terasa seperti chillout, hehehehe rasa macam sejuk2, (tanda nak datang lelah nie), nafas is mula terasa pendek, nak kena hela nafas panjang2 baru rasa puas.

Lepas tu jantung is is rasa berdenyut laju sangat, dan is mula rasa letih. Alamak pergerakkan is is terasa mula lambat dan slow motion. Otak pun tak berapa nak jadi aktif. is call merata kawan2 is dan bertanya nak buat macam mana. is takut maybe masa sembur racun anai-anai tu tersedut atau tertelan je. Memang tanda2 keracunan mula timbul. Pukul 8 is pergi ke Klinik Dr. Joe (Dr Johari), yang amat terkenal dalam Balik Pulau nie. Jumpa dengan dia dia check is dia kata paru-paru is ok tapi is rasa penat kan? is cakap memang rasa penat sangat doktor. Dia kata nak kena masuk kecemasan ke Hospital Balik Pulau.

Lalu Dr. Johari pun tulis surat untuk is supaya Hospital reaction cepat sikit untuk kes is nie. Sesampai di kaunter daftar kecemasan biasalah yang jaga kat kaunter tu buat slow2 work la macam biasa dorang buat. Hantar surat yang is bagi ke dalam pun jalan lambat2, is tengok memang sakit hati sebab is tengah perit dah nie dada rasa ketat jantung tak slow lagi denyutannya. is tetap tunggu tapi lepas orang yang ambik surat is tu bagi lebih kurang 30 saat dia masuk dalam terus datang pembantu doktor kalut2 menerpa ke kaunter kecemasan dari sebelah dalam, dia tanya abang kena apa nie? is cakap is tadi sembur racun anai-anai maybe tertelan atau terhirup chemical tu.

Dia pun baca bagi habis dan dia terus bawa is masuk kedalam terus, tak tunggu dah sebab kes is boleh bawa maut kalau lambat2. Masuk dalam is disuruh nya baring atas katil yang tersedia. dia mula check is macam kebiasaan doktor2 buat tu, lepas tu dia check tekanan darah is, dorang kata huihh laju nie hehehehe darah is tengah racing selaju yang boleh macam is bawa motor is gak.


dia pelekat sticker untuk check jantung pulak kat dada is, tapi bukan pembantu tadi, hehehe kali nie awek cun pulak mai hehehehe bestnyerr rasa nak masuk gi aa hospital hehehehe. lepas pelekat dia kata nak ambik darah. Darah? kenapa? darah nak kena ambik gak sebab nak tau apa jenis racun yang masuk dan adakah kerana racun atau sebab lain, maybe bukan racun yang sebab is penat tapi maybe racun cuma trigger is punya blood pressure sahaja.

Awek nurse nie pun ikat tangan kanan is lepas tu dok tepuk tangan is untuk cari urat is is tengok jarum dia Ya Allah, besaq nie isk isk isk, kalau is pergi bergaduh berdarah2 is tak kisah atau kemalangan moto keluar darah sebab jatuh is tak kisah tapi saja2 nak bagi berdarah nie is elegy sikit. Tapi awek punya pasal kan hehehehe is pejam mata ha buat lah apa pun, janji settle cepat. Awek nurse ni tepuk sambil kerut kening, heheh sebab tak jumpa2 urat is, dia kata tengok tangan kiri? is angkat tangan kiri is, dia hmmm, is terus lepas ikatan tangan kanan sebab dia rasa yakin boleh ambik darah is di sebelah tangan kiri is.

Awek nurse tu ikat pulak tangan kiri is, dan dia suruh is gengam kuat2, is cakap tangan kiri is bila jadi macam nie memang tak leh genggam kuat dah, rasa penat gila nak genggam sekali pun, is gagahkan jugak, sambil macam biasa tepuk belakang siku is untuk timbulkan urat is, tapi hehehehe urat is malulah kat awek tu kowt rasanya diatak nak timbul, awek nurse kerut lagi kening dia hahahahaha, dia tengok buku lima is pulak, urat situ gak timbul, dia pegang tangan is dia kata janagn gengam dah tadi dia dok tepuk dia suruh genggam lah sebab nak kasi urat timbul dah nak cari urat kat buku lima tak payah lah genggam, so dia rasa yakit, dia pun cucuk jarum tu, yaaaarrkk chokkk!!! adeh, dek pasal kontrol macho is tak jerit is pejam mata je pedess nie, tiba-tiba dia cakap darah is tak nak keluar, hahahahaha darah is lagi la malu kat awek nurse tu rupa-rupanya.

Datang pembantu doktor lelaki yang lagi satu dia kata meh dia nak ambik kat tangan kanan is pulak kowt2 mau keluar, is cakap kat dia sat rileks sat, tangan kiri is sakit, maybe jaum tu kena isi dan bukan urat yang betul. Pedih sampai is tak boleh nak genggam dah. is tunggu kat atas katil tu sampai 10 minit, rileks atas katil tu. is rasa perlahan-lahan nadi is yang tadi dok racing kian kurang sikit2. Nafas is kian ok dan is boleh berdehem2 sikit2. is cuba dehem kuat sikit nak kasi puas kat dada tu, boleh berdehem. aik badan is tengah healing sendiri nie.

Kemudia dah lama sangat pembantu doktor yang mula-mula sekali yang bawa is masuk tu dia kata boleh tunggu kat luar dah, sebab dia ingat darah is dah diambil, rakan sekerja dia cakap is belum lagi diambil darah, haa dia kata sat kena tunggu kena ambik gak darah tu, is cakap kalau darah tak ambik tak leh ker? Dia kata kena sebab nak diagnosis punca penyakit is tu. Ok is cakap boleh lah ambik, tapi darah tu nanti lepas diagnosis akan dibuang balik kan tak simpan kan? Dia cakap lepas diagnosis dorang akan buang balik darah tu dan tak simpan, ok kalau macam tu boleh lah, sebab is taknak darah is disimpan dimana2 selain tubuh is.

Pembantu doktor yang mula2 tu lah dia kata kat kawan2 dia kalau dia berjaya ambik darah is bermakna dorang semua kena belanja dia KFC Combo terus hehehehe, hmmm lantak lah, dia pun mula ikat tangan kanan is dan terus cucuk jarum tak cakap banyak dah. Perrghhh lepas tu dia bagi is kapas dan dia suruh is lipat sikut untuk kepitkan luka jarum tu, alamak lengguh gila tangan is sebab dah la kena cucuk dengan jarum pastu kena sedut darah pulak isk iskisk.

is pun tunggu diluar sambil bersembang2 dengan pesakit2 yang lain diluar selama 1 jam. Lepas tu is dipanggil semua masuk pasal doktor nak jumpa. Doktor tanya is, is ada isap rokok tak? is ckap memang favorite lah, ada minum ara tak? is cakap arak is tak minum. is cakap lah tadi just is makan roti Gardenia original resepi dan minum air kelapa sebab nak tahan racun tu je. Ok dia cakap is memang diserang penat dan pernah tak jadi macam nie? is cakap memang tak pernah jadi kalau cuaca terlalu sejuk lah hujan 4-7 hari tu is memang tangkap sejuk tapi itu bila bernafas memang rasa pedih2 sikit kat kerengkong, tapi nie tak rasa pun macam tu. Dia cakap nak kena pakai inhaler sebab is penat, is cakap is alah benda tu sebab is nanti jadi lebih sesak nafas. so doktor kata ok lah kalau macam tu kamu boleh balik, awak dah terasa ok kan? is cakap ok. so is pun keluar dari kecemasan tu.

Sambil keluar is tunggu pulak kat pondok rehat kat situ sebab is ah roger kwan is Abang Annas untuk bawak penawr kat is. Hehehehe is sebenarnya tak suka makan unat hospital, is amal makan herba sahaja. is pesan kat dia Garam Buluh. Sesampainya dia dia kasi is dua paket Garam Buluh tu. Dia cakap dia belanja is sebab is dah teruk. is tak cakap banyak, is koyak paket garam tu satu is terus telan mentah Garam Buluh tu, perrrghhh perit derrr Garam Buluh tu sepasal, racun sepasal. Sambil duduk is dapat rasa Garam Buluh tu buat kerja, dari kerengkong is dan dada sampai ke perut is is rasa panas2 dan macam mengelegak, sebab Garam Buluh tengah neutralkan racun dan menyahkan terus racun tu.

Sembang punya sembah dekat 10 minit is mula terkentut, ahakz ekkissme is kentut daaaa. Lepas satu harkat ke dua harkat ke tiga harkat is mula rasa dada is pelan2 longgar dan tak ketat lagi. Lepas tu is balik kerumah terus is cakap motor is dan terus dengan Abang Anna menuju ke Barvin, is terasa lapaq la pulak sebab Garam Buluh tendang habis semua dalam perut is tu. is makan makin selera sebab Garam Buluh tu membuka selera is wau, is makan tak sempat apa2 5 minit licin pinggan is.

So yang sebenarnya apa yang terjadi kat is adalah Adrenaline Rush yang dimana bila badan kita berada dalam keadaan tidak terkawal, sebab tekanan, kerja atau apa sahaja terjadi kat kita badan akan melepaskan hormon Epinephrine untuk melawan keadaan yang tak terkawal, contoh macam penunggan motosikal patah kaki tapi masih gak leh berjalan selama 10 minit haa itu adrenaline rush la tu sebab badan sakit tapi nak bergerak gak hormon nie main peranan sebagai dadah asli dalam badan untuk mengerakkan  anggota badan yang sedang disable. Macam situasi is, jantung is sedang lemah sebab is kena racun anai-anai, adrenaline dilepaskan untuk melajukan dengupan jantung is selaju yang boleh agar racun tu hilang kesannya, tapi chemical tu tetap ada adrenaline just bntu jantu is tetap berdenggup tapi is penat lah sebab terlalu ersek jantung is tu. Masa tu kalau is tumbuk orang mau melayang orang tu sebab tenaga lebih tapi sebab nafas sesak is jadi penat, dan sebab tu gak urat is jadi malu alah dengan awek nurse tu.

Punca is leh terkena racun adalah, is bila pikir2 balik pukul 1 is sembur racun tu, pukul 2 is habis, lepas tu is tertido sekejap sebab terlalu mengantuk malam tadi tak tido, dalam bilik is is sembur racun tu banyak, so wap dia banyak, lepas bangun mandi dan semuanya is bancuh kopi panas, is buka kipas, wap racun masih ada is letakkan cawan berisikan kopi panas depan kipas, bila dah sejuk sikit is mula minum, dan masa tu is terasa macam is minum minyak je, tak raa kopi, is rasa racun tu masuk kat dalam kopi is lah.

Dalam banyak orang yang paling berjasa kat is semalam adalah Ayah is dan kawan is yang beli air kelapa untuk is tu. is syukur sebab mereka2 semua ada disekeliling is walau apa jua keadaan terutamanya mak dan ayah is.

So korang jangan lah minum kopi dalam bilik yang ada chemical ok?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...