Norish Karman: Pedulikan Apa Orang Nak Kata




KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2012: Biarpun dituduh melahirkan anak luar nikah yang diberi nama Alexander bin Abdullah pada tahun lalu, namun kontroversi berkenaan sedikit pun tidak memberikan kesan buat Norish Karman.

Malah, acapkali dia dilihat muncul di hadapan media dan khalayak ramai. Namun, apabila ditanya mengenai isu berkenaan, Norish Karman lebih senang untuk membiarkan persoalan itu berlalu pergi begitu saja.

Sewaku ditemui di majlis tayangan program Aidilfitri anjuran Astro di Royale Bintang Damansara, semalam, aktres berusia 38 tahun ini masih tetap berpegang pada prinsipnya untuk tidak menjawab apa-apa yang berkaitan dengan persoalan tersebut.

"Terpulanglah kepada masyarakat dan umum untuk menilai serta melihat diri saya bagaimana kerana pada saya jika mereka orang yang baik-baik, pasti mereka tiada prasangka atau niat yang buruk untuk menuduh saya sedemikian.

"Biarlah apa pun mereka nak kata saya rileks sahaja, ini semua saya anggap dugaan daripada Allah Maha Esa. Alhamdulillah, rezeki saya masih lagi ada dalam industri ini dan perkara ini tidak pun menjejaskan karier saya.

"Benda dah buruk pun, jadi tidak perlu nak dibesarkan. Saya ada keluarga yang maruah mereka harus saya jaga. Buat masa ini mereka minta untuk saya tidak mengulas apa-apa mengenai hal ini, itu permintaan mereka.

"Kalaulah saya nak lari daripada isu ini buat apa saya datang ke sini bertemu media dan orang industri, cuma buat masa ini tiada apa yang perlu dijelaskan, baik saya teruskan kerja cari rezeki," komen aktres ini panjang lebar.

Dilanda kisah kurang elok seperti ini seakan tidak menjejaskan periuk nasi aktres ini kerana menurutnya, dia sentiasa sibuk dengan syuting dan dalam masa yang sama memberi motivasi kepada pelajar universiti dan kolej serta badan korporat.

"Kebelakangan ini saya banyak berlakon, penat jangan cakaplah kalau shooting. Tetapi, saya bersyukur rezeki tidak putus dan dalam masa yang sama saya kini melebarkan karier menjadi ahli motivasi.

"Saya ada menerima undangan memberi talk berunsur motivasi mengenai pelbagai aspek antaranya imej dan persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan dan juga parenting.

"Yang menariknya dalam masa saya menyampaikan talk tersebut saya akan mencari ruang untuk menghiburkan para hadirin dengan lagu nyanyian saya sendiri dan ianya nyata mendapat sambutan,"ujar Norish yang gemar menyanyi dan pernah melahirkan album.

Terdahulu Norish dikatakan melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras pada September tahun lalu pada jam 6.13 petang dan telah diberi nama Alexander bin Abdullah. Namun status kesahihan berita itu belum disahkan Norish, walaupun pelbagai bukti telah tersebar di media massa.

Ulasan

  1. isk isk isk berkasih kasihan sampai keluar bukti tanda cinta tu.

    Jangan dibuang pulak anak tu sudah menambahkan dosa yang dah sedia ada.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.