Rabu, 5 September 2012

Islam JAWI akui ambil tindakan ke atas Border's tanpa fatwa


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini mengakui bahawa tindakan ke atas syarikat Border's dan pengurus kedai syarikat tersebut Nik Raina Nik Abdul Aziz dibuat walau tiada fatwa dikeluarkan ke atas buku Allah, Kebebasan dan Cinta.
Pengakuan itu terkandung dalam afidavit oleh JAWI yang dikemukakan pada 30 Ogos lalu, menurut peguam yang mewakili tiga pegawai Borders dalam kes berkenaan.

Peguam tersebut, Rosli Dahlan berkata demikian di bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas kes tersebut dipanggil untuk pendengaran semakan kehakiman di hadapan Hakim Datuk Rohana Yusof.

Dalam kes tersebut, Rosli mewakili Nik Raina, penolong pengurus besar (operasi dan pembarangan) Border's Stephen Fung.

Bagaimanapun, penasihat kanan undang-undang yang mewakili JAWI, menteri dalam negeri dan menteri di jabatan perdana menteri bagaimanapun memohon supaya diberikan tempoh selanjutnya untuk memfailkan afidavit daripada menteri dalam negeri.

Rosli berkata mereka memfailkan afidavit dan dokumen yang diperlukan mahkamah pada Jun dan responden sepatutnya memfailkan dokumen dalam tempoh 14 hari selepas itu.

Dah cukup ilmu didada kah yang nak tulis buku berkenaan ketuhanan nie? Dah rujuk pada Ulama' Muktabar dan Wali Qutub dah ker untuk panduan serta ralat? Kenapa perlu fatwa untuk dalam menegakan Syiar Islam? Kenapa Mahkamah lebih didengari daripada Suruhan Islam, adakah Golongan Dalam Mahkamah terdiri oleh Umat Islam? Soalan2 ini patut kita tanyakan pada diri kita semua masinfg2 dahulu.

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Buku Liwat II: Tentang lelaki banyak 'angin'




Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah digambarkan sebagai terbuka apabila mengendalikan perbicaraan pertuduhan kes liwat kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awalnya tetapi kemudian didakwa berubah apabila keputusan beliau dalam mengarahkan pendakwaan menyediakan senarai saksi dan dokumen utama dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Peguam berpengalaman Australia Mark Trowell berkata, beliau mendapati Zabidin berlaku adil selepas dalam membuat keputusan memihak kepada pembelaan, tidak seperti bekas hakim persekutuan Augustine Paul yang mengendalikan perbicaraan kes dakwaan salah guna Anwar.

Pengarang The Trial of Anwar Ibrahim Sodomy II (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II) yang telah mengikuti kedua-dua perbicaraan itu bagi pihak Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia.

Pada peringkat praperbicaraan, Zabidin membuat keputusan memihak kepada ketua pembangkang, menyebabkan pendakwaan merayu terhadap keputusan itu.

Mahkamah Rayuan kemudian mengubah keputusan itu, yang kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Ekoran keputusan Zabidin itu juga, peguam Anwar dibenarkan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dibuat di kondominium Desa Damansara, kenyataan saksi berhubung pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, doktor Hospital Pusrawi Dr Osman Abdul Hamid dan saksi lain, termasuk senarai saksi dan laporan perubatan.

Tak habis-habis pasal isu liwat nie, kagum sangat dah ka dengan budaya jahilliah nie?

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Jenayah Pelajar tunjuk punggung belum didakwa




Pelajar yang ditahan polis semalam kerana didakwa menunjukkan punggung pada gambar perdana menteri dan isteri minggu lalu masih belum didakwa di mahkamah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, sama ada pendakwaan akan dibuat atau tidak bergantung kepada siasatan lanjut dan bukti yang terkumpul.

Pelajar kolej itu ditahan semalam dan dibebaskan malam tadi dengan jaminan selepas percakapannya dirakam.

Setakat ini, kata Ku (kanan, berbaju belang), sebanyak 172 laporan polis dibuat berhubung perkara itu dan siasatan masih berlangsung.



Beliau juga menggesa orang ramai membantu mengenalpasti sepuluh lagi individu yang dipercayai memijak gambar perdana menteri dan isteri selepas insiden menunjukkan punggung itu.

Dah namanya pelajar patutnya kerjanya adalah belajar bukan nya tunjuk perasaan tambahan dengan menunjukkan punggungnya kepada orang lain, tambahan pada Pemimpin negara kita sendiri. Kalu takder Menteri tu nak bagi korang jaga Negara ini? Harapan lah, huru-hara lah jadinya nanti kalu dipimpin oleh golongan daripada pelajar yang tunjuk punggung nya pada gambar PM tu. Jadi pelajar bukan makin terpelajar tapi makin bodoh dan bangang tak sedar orang lain nak dapat pelnang beljar sepertinya sangat susah dalam Negara Kita nie.

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Berita Gambar PM tak diubahsuai, kata bos Bernama




Dakwaan sesetengah pihak kononnya Bernama telah mengubahsuai gambar yang diambil pada rumah terbuka Aidilfitri 2012 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya adalah sama sekali tidak munasabah, kata Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong.

"Masa adalah intipati bagi sesebuah organisasi berita profesional dan bertanggungjawab seperti Bernama dan kami tidak ada masa untuk sengaja membuat sesuatu yang tidak rasional," katanya sambil menambah, unit foto pertubuhan berita nasional ini baru saja dilengkapkan dengan kamera dan lensa yang moden dan serba canggih tahun ini.

Yong berkata gambar asal yang dikatakan itu, yang menunjukkan sekumpulan besar orang ramai di rumah terbuka perdana menteri itu boleh dilihat oleh sesiapa jua di ibu pejabat Bernama di Kuala Lumpur.

Keadaan orang ramai berpusu-pusu di rumah terbuka Aidilfitri perdana menteri telah menjadi kebiasaan sejak Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri tiga dekad yang lalu, bermula dengan Sri Perdana yang lama di Damansara dan Seri Perdana kini di Putrajaya.

Pada 1 September lepas, seorang senator pembangkang mengeluarkan kenyataan mendakwa gambar yang disiarkan di beberapa akhbar itu telah diubahsuai oleh artis grafik amatur dan gambar-gambar rumah terbuka itu sepatutnya menunjukkan anak-anak muda, yang tua dan orang kurang upaya yang berkerusi roda.

Yong berkata jurufoto itu, Harry Salzman Abu Bakar, yang sebelum ini pernah mengambil gambar Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki-Moon, Perdana Menteri Britain David Cameron dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hilary Clinton tanpa masalah, telah menggunakan kreativitinya untuk menunjukkan sekumpulan besar orang ramai terutama golongan muda, hadir ke rumah terbuka itu untuk bertemu perdana menteri.

Selain gambar itu, yang menunjukkan keterujaan orang ramai, Harry Salzman juga telah mengambil banyak gambar lain pada majlis itu, termasuk gambar perdana menteri melambai kepada tetamu.

"Tidak dapat dinafikan yang Datuk Seri Najib mempunyai daya tarikan, bukan sahaja di rumah terbuka Aidilfitrinya tetapi juga pada majlis dan acara awam lain, kerana gambar-gambar dan klip video pertubuhan berita lain turut membuktikannya," kata Yong.

- Bernama

Kenapalah nak diubahsuikan gambar PM kita tu? Biarkan yang original kan bagus? Bukan orang lain orang kita jugak.

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Politik MB Kedah kembali bertugas, kata setpol



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kembali menjalankan tugas rasminya hari ini selepas dua minggu mendapat rawatan kesihatan di Kedah Medical Centre (KMC).

Menurut setiausaha politiknya, Mohamad Sanusi Mohd Nor (kanan) berkata Azizan hari ini mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman.

"Mesyuarat exco sedang berlangsung di bilik mesyuarat exco, blok E, Wisma Darul Aman. MB pengerusikan mesyuarat dan dia sudah sihat untuk bertugas," kata Mohamad Sanusi melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini pagi ini.

Beliau berkata semua exco hadir dalam mesyuarat tersebut termasuk setiausaha dan penasihat undang-undang kerajaan negeri kecuali Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan Datuk Amiruddin Hamzah.

Mohamad Sanusi yang juga ketua penerangan PAS Kedah berkata, ADUN Anak Bukit itu kini berada di luar atas tugas rasmi.
   
Pada 31 Ogos lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilapor berkata Azizan sedang berehat di hospital itu kerana keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu.

Azizan dimasukkan ke wad pada 25 Ogos lalu.

Katanya, Azizan dinasihatkan doktor agar berehat bagi mempastikan beliau mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau.

Ditanya rawatan yang dijalani Azizan sewaktu berada di KMC, Mohamad Sanusi meminta perkara itu perlu dirujuk doktor yang merawatnya tetapi setahunya pesuruhjaya PAS Kedah itu terkena "jangkitan kuman".

"Dia diberi antibiotik yang kuat kerana kuman itu dah imune (mangli) dengan antibiotik yang diberi masa kes di IJN (Institut Jantung Negara) tahun lepas," katanya.

Kehadiran Azizan ke pejabat hari ini menamatkan spekulasi pelbagai pihak bahawa beliau akan digantikan dengan calon lain dalam pilihan raya akan datang.

Perkembangan isu berkenaan malah menyebabkan Umno dan Gerakan Kedah mencadangkan supaya undang-undang tubuh negeri dipinda bagi mewujudkan jawatan timbalan menteri besar.

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Kurang Ajar: 'Anak muda berani' kibar Sang Saka





Penganjur perhimpunan Janji Demokrasi mempertahankan tindakan individu yang mengaku mengibarkan bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan ambang kemerdekaan, 30 Ogos lalu dengan menyifatkannya sebagai satu tindakan berani.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Gabungan JANJI turut menyeru akhbar dan ahli politik supaya tidak lagi mengecam remaja yang bertanggungjawab mengibarkan bendera tersebut.

"Dua anak muda telah dengan gagah berani mengakui bahawa mereka mengibarkan bendera bersejarah ini.

"Ini bertujuan untuk mengingati kembali sejarah para pejuang kemerdekaan yang telah dilupakan.

"Gabungan JANJI menyeru semua ahli politik dan media terutama Utusan Malaysia untuk memberhentikan perangai bodoh mengancam anak-anak muda yang berani ini.

Gabungan 47 NGO itu turut menyelar tindakan polis yang berhasrat untuk menyiasat Datuk A Samad Said kerana membaca sajak pada malam tersebut.

"Pada 28 Ogos, Pak Samad telah menulis sebuah sajak bernama Janji Demokrasi dan dibacakan pada malam ambang Merdeka 30 Ogos. Gabungan JANJI meminta pihak  polis dan kerajaan hentikan perangai bodoh yang ingin mengancam dan menggangu ini.

"Pak Samad membaca sajak kerana itu adalah hak kebebasan beliau.

"Gabungan Janji menyeru semua sektor – politikus, media dan pihak kerajaan agar tidak meneruskan perangai bodoh mempolitikkan pekara tersebut. Janji Demokrasi datang ke Dataran Merdeka untuk merayakan ambang Merdeka bersama orang ramai," kata kenyataan itu lagi.

Gabungan NGO berkenaan bagaimanapun tidak menyokong tindakan segelintir individu yang dilaporkan memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan juga gambar pengerusi Suruhanjay Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

"Kami tidak bersetuju dengan Najib dan Rosmah – cara kami ialah melalui perbincangan. Kami harap memijak gambar ini tidak akan berlaku lagi. Sesiapa yang melakukannya wajib bertanggung jawab."

Dalam gambar insiden tersebut yang kini beredar di Internet, seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an, kelihatan melondehkan seluarnya dan menunjukkan punggungnya pada gambar Najib, Rosmah serta Abdul Aziz.

Manakala dalam video yang dimuat naik ke YouTube oleh blogger pro-BN Yuseri Yusoff,  orang ramai memijak gambar Najib dan Rosmah yang telah koyak, yang dikatakan selepas insiden tersebut.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata ia memandangkan perbuatan mengibarkan "bendera baru" Sang Saka Malaya dengan serius.

Ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abd Rahim Mohd Radzi berkata tindakan itu dijalankan individu yang tidak bertanggungjawab.

"Jelas sekali jika perkembangan seperti yang berlaku baru-baru ini tidak dibendung dan masyarakat keseluruhannya tidak memahami kesan dan implikasi negatif daripada perbuatan seumpama ini, ia dikhuatiri akan menjejas kepentingan awam dan menyemai rasa benci di kalangan masyarakat.

"Masyarakat perlu faham bahawa apa yang berlaku adalah bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia. KDN dengan penuh komited akan bersama-sama membantu pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," katanya.

Polis Diraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

Dapat bebudak nie semua kat is akan is "Hadiahkan" Tendangan Padu Maut Tak Terbatas kebanggaan is nie kat sekoq2 monyet nie. Is marah bukan sebab apa is marah sebab dorang tukar bendera Malaysia kepada seakan bendera Singapore. Bodoh tak berotak mana pegi akal fikiran student2 bangang nie?

Politik: 'Singkir' bos Felda akan makan diri BN





NGO pemantauan isu-isu Felda Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) memberi amaran, 'penyingkiran' Pengurus Besar Felda Dzulkifli Wahab akan memakan diri BN dalam pilihan raya akan datang.

Presidennya Mazlan Aliman mendakwa, perkara itu tidak baik untuk parti pemerintah kerana kira-kira 23,000 pekerja amat rapat hormat kepada Dzulkifli.

"Jika ada bantahan, ia mungkin petanda penyakit pada BN," kata Mazlan.

Justeru, beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan dan memulangkan pentadbiran Felda kepada profesional untuk memastikan keharmonian dalam agensi itu.

Harakahdaily sebelum ini memetik Mazlan sebagai mendakwa Dzulkifli "disingkirkan" sebagai pengarah besar Felda dan akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani serta ditugaskan ke Rom, Itali.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun ketika ditanya enggan mengesah atau menafikan dakwaan itu, sebaliknya meminta ia dirujuk kepada Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sendiri.

Felda nie patut bersyukur sebab apa yang dorang dapat itu bukan semua rakyat dapat. Kalau is diberikan sebidang tanah yang macam Felda dapat oleh Kerajaan,akn is usahakan tanpa jemu demia untuk Agama Nusa dan Bangsa is.

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Jenayah: Pasukan baru polis siasat kes tembak Dinesh





Polis menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat insiden melibatkan seorang pemuda 26 tahun, D Dinesh yang ditembak pasukan itu dalam satu kejadian bulan lalu.

Menurut peguam, Latheefa Koya yang mewakili dua orang saksi dalam kejadian kontroversi itu, polis berbuat demikian selepas beliau menghantar satu surat ke ibu pejabat polis Bukit Aman minggu lalu.

Katanya, kes itu kini berada di bawah bidang kuasa Bukit Aman di bawah seliaan seorang pegawai bernama ASP Borhan.

Latheefa berkata, saksi berkenaan Y Ilavaresan dan K Moses, serta bapa si mati, W Darmasena memberi kenyataan kepada polis Isnin lalu.

Sebelum ini, Ilavarasen dan Moses enggan memberi kenyataan kerana pasukan siasatan itu merupakan pasukan daripada balai polis yang terlibat dengan kejadian tembak-menembak tersebut.

Kedua-dua individu berkenaan berkata mereka memandu dalam kenderaan berasingan dan merancang untuk bertemu Dinesh untuk makan pada malam tersebut, apabila kejadian itu berlaku berhampiran Ampang Waterfront pada kira-kira 2 pagi pada 21 Ogos.

Mereka mendakwa melihat Dinesh keluar daripada kenderaannya berhampiran satu lampu isyarat selepas dihalang oleh dua kenderaan yang tidak bertanda.

Moses mendakwa beliau melihat Dinesh – yang tidak bersenjata – ditembak ketika "berlari semula" ke kenderaannya.

Dinesh meninggal dunia di Hospital Ampang dua hari kemudian pada 23 Ogos.

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Sempadan Tauladan: LGBT bukan keterbukaan tapi kembali ke era jahiliah





Gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) bukan satu cara hidup moden yang melambangkan keterbukaan dan penerimaan, sebaliknya menunjukkan tamadun manusia kembali ke zaman jahiliah, kata penyelidik kanan pusat kajian syariah, undang-undang dan politik dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Enizahura Abdul Aziz.

Menurutnya, perjuangan kelompok itu menolak hukum Tuhan dan mengutamakan kehendak peribadi.
 
Justeru, katanya, masyarakat harus memberi perhatian sewajarnya kepada penularan pemikiran berbentuk liberal ini yang mengetepikan tuntutan sebenar agama.

Enizahura menegaskan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Memahami Kemunculan Fahaman dan Amalan LGBT: Satu Analisis Ringkas' pada Muzakarah Pakar LGBT: Cabaran dan Penyelesaian, di ibunegara semalam.

Kertas kerja itu disediakan dengan kerjasama Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Pengarah Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Ikim Dr Mohd Zaidi Ismail.
 
Enizahura juga berkata perjuangan secara terbuka kelompok pro-LGBT di negara ini mempunyai agenda untuk menghapuskan undang-undang sedia ada  bersabit pelaku homoseksual.

Seorang lagi penyelidik kanan Ikim, Siti Shamsiah Md Supi berkata perjuangan menuntut hak dan pengiktirafan terhadap golongan LGBT tidak akan berhenti malah semakin lantang disuarakan dan dipastikan penerimaanya oleh masyarakat dunia.
 
"Senario ini menunjukkan bahawa lebih banyak usaha perlu dilaksanakan dengan penuh kebijaksanaan dan tersusun agar kita tidak ditewaskan oleh kelewatan dan kesilapan kita dalam bertindak.
 
"Apabila isu LGBT ini diambil mudah mula berlakunya keruntuhan institusi keluarga, maslahah anak-anak tergugat, hubungan sejenis menyumbang kepada penyakit berjangkit seksual dan mempunyai kadar kelahiran dan kesuburan yang rendah," katanya.
 
Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Fenomena LGBT Dari Aspek Kekeluargaan dan Kemasyarakatan' berharap langkah pemantapan serta pengukuhan institusi keluarga dan masyarakat yang bertindak sebagai faktor penghalang penularan budaya negatif asing dapat dijalankan.
 
"Antaranya termasuklah langkah seperti penegasan pendirian kerajaan untuk menolak pengiktirafan terhadap golongan LGBT, pengukuhan keberkesanan peranan institusi keluarga yang dimainkan ibu bapa dan penekanan lebih besar terhadap ibadah dan adab serta prinsip pergaulan dalam ajaran Islam.
 
"Tidak kurang juga sokongan bagi pengukuhan peranan ibu bapa oleh pihak sekolah, pelaksanaan peranan yang aktif dan agresif oleh anggota masyarakat serta pembanterasan elemen yang secara tidak langsung menyokong unsur-unsur LGBT," katanya.
 
Beliau berkata institusi keluarga merupakan asas bagi pembinaan masyarakat dan negara perlu memandang serius agar pembanterasan LGBT ini dapat dilaksanakan dengan tindakan yang proaktif.

- Bernama

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

TokDek Kata: Sokong calon payung terjun jika berkebolehan



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata BN mampu meraih sokongan dua pertiga suara rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 dengan syarat ahli parti itu berfikiran waras untuk menerima dan menyokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon.
 
Pada masa yang sama, bekas perdana menteri itu mengingatkan ahli BN supaya tidak melakukan sabotaj semasa kempen pilihan raya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.
 
Ini kerana, katanya perbuatan itu boleh membawa padah sehingga menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kali ini.
 
"Kalau orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga.
 
"Tapi kalau depa nak main... orang ini tak suka, orang itu tak suka, kalah pun boleh," katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di Surakarta, Jawa Tengah.
 
Isnin lalu, Dr Mahathir menerima anugerah Doktor Kehormat Ilmu Sosial dan Budaya Dalam Bidang Kepimpinan dan Pemberdayaan Bangsa Melayu oleh Universti Sebelas Maret Indonesia (UNS-Solo), Jawa Tengah.
 
Ditanya mengenai kriteria yang perlu ada pada calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata mereka mestilah terdiri daripada orang yang dikenali sebagai berfikiran waras, berpelajaran dan mempunyai pengalaman dalam selok-belok negara demokrasi.
 
Katanya apa yang menjadi masalah dalam BN selama ini ialah siapa sahaja yang dipilih sebagai calon akan tidak dipersetujui oleh pihak tertentu dengan palbagai alasan, kononnya calon itu tidak tahu itu dan ini, dan sebaliknya merekalah orang yang lebih layak menjadi calonnya.
 
"Saya tak fikir (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) boleh pilih seorang yang boleh disukai oleh semua dalam bahagian itu. Dan kita dapati jadi satu tabiat dalam Umno kalau tak suka dengan calon, akan tutup bilik gerakan, akan cuba sabotaj, cantas.
 
"Mereka bukan fikir tentang kemenangan bagi parti untuk membentuk kerajaan yang baik. Mereka cuma fikir tentang kepentingan orang tertentu sahaja, jadi mereka tidak matang," katanya.
 
Bekas perdana menteri itu berkata ahli Umno dan BN harus sentiasa ingat bahawa pilihan raya merupakan satu proses untuk memilih sebuah parti yang disokong oleh majoriti untuk membentuk kerajaan.
 
Katanya jika mereka menyedari hakikat itu, anggota parti harus menyokong siapa sahaja yang dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti, termasuk calon yang bukan terdiri daripada anggota mana-mana parti komponen BN.
 
"Kita harus ingat, Umno, ataupun MCA, ataupun MIC, ataupun Gerakan, tak mungkin menang tanpa sokongan daripada orang yang bukan ahli parti.
 
"Jadi kenapakah kalau orang yang bukan ahli parti yang menentukan kemenangan, tetapi kalau mereka dipilih (sebagai calon) parti tak mau sokong. Sepatutnya kita sokong. Payung terjun ni payung terjun la, kalau dia berkebolehan kita patut sokong kerana akhirnya kita nak tentukan parti menang," katanya.
 
Ditanya sama ada BN boleh menang seandainya pilihan raya diadakan dalam waktu dekat, Dr Mahathir berkata beliau yakin BN akan menang namun beliau belum boleh meramalkan sama ada BN akan menang dengan majoriti dua pertiga.
 
"Saya ingat boleh menang, tapi masalahnya kita nak dapat satu majoriti yang cukup supaya mendirikan sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat," katanya.

- Bernama


Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Kenapa 600 pelajar terperangkap, lalulintas sesak 15km?





Kira-kira 600 pelajar dan 23 guru dari dua buah sekolah di Taman Sri Serdang dekat ibunegara, terpaksa diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat selepas terperangkap dalam kejadian banjir kilat semalam.
 
Hujan lebat selama dua jam sejak jam 4.30 petang itu menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah sehingga setinggi 1.5 meter dan menenggelamkan 100 kenderaan milik penduduk dan 30 milik guru di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah.

Tinjauan Bernama setakat pukul 8 malam tadi mendapati pelajar dan guru sesi petang dua buah sekolah berkenaan masih terperangkap.
   
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul, operasi menyelamat dan memindahkan pelajar serta guru sedang giat dijalankan.

"Satu jentera dari Balai Bomba Serdang bersama-sama tujuh anggota digegas ke kawasan banjir untuk operasi itu," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama malam tadi.

Mohd Sani berkata laporan awal mendapati banjir kilat itu melibatkan kawasan sekolah dan beberapa kawasan perumahan di sekitar Seri Kembangan, Jalan Serdang Jaya dan kawasan Kajang.
 
Sementara itu, Pengerusi Rukun Tetangga Taman Sri Serdang Khalid Lambak berkata air mula surut sejak pukul 7 malam tadi, dan kebanyakan penghuni rumah yang terjejas sibuk membersihkan rumah mereka.
 
Sementara itu, jurucakap Trafik Bukit Aman ketika dihubungi, berkata banjir kilat mengakibatkan kesesakan sepanjang 15 kilometer dari ibu kota menghala ke selatan sejak pukul 5.30 petang semalam
 
Katanya kesesakan berpunca daripada penutupan jalan di Km 305 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Seremban.
 
Laluan hanya akan dibuka semula selepas banjir surut dan pengguna diminta menggunakan jalan alternatif untuk ke Bangi dan Kajang, katanya.

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...