Isnin, 10 Disember 2012

Nasi bungkus simpang 4


Korang dah dinner ke belum? is cuma makan nasi bungkus yang ada jual kat Simpan 4 nie je. Dah lama is melilau mencari nasi campur Melayu kat Balik Pulau, malam-malam nie. So is teringgat, dok melintas hari2 kat Pekan Simpang 4 nie, is tak pernah pun singgah tengok apa yang dorang jual pun, is bajet nasi lemak, kalau nasi lemak potong aa is xsuka makan nasi lemak malam2.

Kalau nasi campur tu ok gak la, tapi tengahari banyak la orang jual, so malam-malam nie nak cari kat mana? Bila dah teringgat tu, is dah ada kat kedai is dah, so is suruh Ayib running nasi campur untuk is, is cakap kalau ada lauk hotdog, ker atau daging burger jenis masak sambal pedas tu, kasi double lah, bila dia dah pegi beli dan balik, dia cakap hotdog ada satu je, so dia tak ambik, daging burger pulak orang yang jual tu cakap xlaku so dorang xnak jual dah.

is cakap kat Ayib, suruh bagi tau kat pakcik tu kalau dia jual daging burger balik nanti is nanti sambar semuanya, hahahahahaha, is memang suka makan daging burger masak sambal pedas nie memang dah favorite sejak di bangku Sekolah Menengah lagi. Dah habis sekolah pun kekadang pegi kat kantin sekolah pasal rindu nak makan makanan ahli sekolah hehehehe.

Jadi, berbalik kepada cerita Ayib, dia pun belikan is nasi bungkus dengan berlaukkan ayam sambal pedas. Sekali dengan daun-daun pandan dia kaut habis, kuah sambal dia letak pekat, perrrghh memang akan ke jambat la esok pagi, is akan termenung lama la jawabnya.....








Rileks dulu minum petang dengan Radix Ais


Hujan2 nie patutnya kita minum la air panas-panas kan? Tapi is pelik sikit is ska munum ais la pulak ahak, bila time panas is minum air panas, pelik kan? Menjadikan cerita is minum Radix Ais Bungkus je ari nie. Best minum Radix nie bukan setakat tenaga batin je refill tenaga zahir pun refill gak bila minum Radix nie. Lagi pun is minum kopi lain asyik mengantuk je, is boleh minum Nescafe untuk bagi mengantuk baru boleh tidur lagi huhuuu apa jenis antibodi dalam badan is nie pun is tak tahu.

Ok sekadarnya minum petang nie penting gak la bagi sesiapa yang kerja sampai lewat petang nie belum balik lagi, is sarankan, bawak bawaklah minum petang yerr?? Sambil2 minum tu baca lah blog is nie yerrr???



Hujan menuruni Bumi Balik Pulau


Wow, bestnyer dah lama xhujan petang2 nie. Memang best kalau bagi yang xkerja atau offday la katakan, atau pun yang keja kat sekolah, cuti skang nie kan? Leh tidor lama2 sikit hehehe.

Apa pun memang dah lama Balik Pulau xhujan petang kebelakangan nie, asyik pagi2 dan tengah malam aja hujan turun, petang memang panas berkuap rasa macam sauna la pulak huhuuuu, nak kena sauna free? Mai datang sini ok?






is pakai ubat ketiak Dashing Speed


Ok korang pakai ubat ketiak aper ha? Maksud is deodorant la bukan ubat sakit ketiak, aper la pikir yang bukan-bukan nie? Hmmm macam is suka pakai Dashing Speed nie. Bau dier perrrghh best dan syahdunya menusuk kalbu dan ke lobang hidung semua.

Memang stim bila bau Dashing Speed nie. Tapi janagn buat stone pulak dengan Dashing nie ok? Bukan untuk dijadikan barang untuk stim-stim nie semua ok? is luku kepala korang karang haaa. Berbanding yang lain ada gak is pakai Nivea, but for is, Dashing Speed ok, selain harum mekar dihati, ketiak kita sentiasa kering, (selagi tak letak air ok?) dan haruman dier 24jam leh tahan!!!! Perrghhhh Kalau korang berketiakkan busuk, is cadang korang pakai bendalah nie ok?






Faizal selamat mendarat di daratan


Tadi is balik rumah pagi2 tadi, is dok cari la si Faizal nie, iaitu jurulatih para anak-anak kucing kat rumah is nie. Cari punya cari last-last is baru terdengar suara dia mengajuk suara is panggil dia. Dah macam suara sakit tekak dah si Faizal nie mengiau.

Rupa-rupanya dia ada  atas bumbung lagi la. Isk isk isk, aper la Faizal nie, kena kejar lagi ker atau memang sonok dok atas bumbung tu? Panjat reti, nak turun xteri pulak hampeh je. Mangsanya is lah kena panjat tangga untuk selamatkan dia. Dah selamat dia lepak pulak atas meja, maybe mengalami kejutan budaya kot? Hehehehe pastu terus dia terkam ke arah congkak yang sudah menjadi bekas makanan dorang semua tu. Tapi.... hampeh kosong la pulak, eh abang is lupa letak ker makanan dorang?






Makanan Tengahari Pilihan iskandarX 6


Assalammualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Santai iskandarX nie. Terima kasih kerana sudi baca apa yang is tulis dan ceritakan walaupun hanya cerita tentang peribadi is je.

Hari nie is lunch kat rumah adik is macam biasa, menu hari ini ialah sambal tumis telur, ikan masin, ikan bilis goreng, dan penambah selera lagi rasanya mak is suruh abang is g beli ayam KFC pulak isk isk isk, termunyeh munyeh la is makan hari nie hehehhehe. Korang macam mana? Dah makan belum nie?






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...