Ahad, 5 Ogos 2012

Betul Ke Ajai Bakal Bergelar Datuk?




Jujur kami kata, memang kami tidak mengikuti kalendar giliran pemberian anugerah atau gelaran mana mana negeri tetapi berita selebriti terima gelaran seperti bermusim.

Musim terakhir adalah ketika Hattan menerima gelaran Datuk sekitar April 2012 yang lalu dan kini seorang lagi rakan artis di’khabarkan bakal bergelar Datuk.

Tahan nafas anda, ya Mingguan Malaysia hari ini menulis yang ada khabar mengatakan Ajai atau nama sebenar beliau Faizal Maas bakal menerima gelaran Datuk.

Seperti biasa, pasti ramai yang bertanya apakah sumbangan selebriti seperti Ajai kepada negara sehingga mampu menerima gelaran Datuk. Masih misteri sebenarnya sehingga kini.


Jangan kecil hati Ajai, bukan mempertikai sumbangan anda kepada dunia muzik selama ini dan kami bukanlah orang yang layak mengadili sumbangan muzik anda.

Tahniah awal buat Ajai kalau perkara ini benar belaka & jangan segan silu khabarkan kepada kami berita baik ini nanti. Heh.

Hahaha bagus lah kalau macam tu Ajai dapat Datuk sebab dah lama benar dia jadi komposer/pencipta lagu nie sejak is darjah satu lagi.

Sumber: Betul Ke Ajai Bakal Bergelar Datuk?

Gambar Mabuk Tersebar, Luna Maya Nafi Wanita Terlibat Itu Dirinya




Kecoh juga dunia hiburan Indonesia semalam apabila beredar sekeping gambar yang di’dakwa merupakan Luna Maya yang terbaring tidak sedarkan diri akibat mabuk.

Gambar yang turut memaparkan 2 orang jejaka lain ini seperti sengaja di’rakamkan dan mula timbul di Twitter milik seorang artis Indonesia lain, Tyas Mirasih.

Namun, Luna Maya yang di’hubungi laman Kapan Lagi melalui telefon menafikan yang wanita dalam gambar mabuk yang tersebar tersebut merupakan diri’nya.

Luna Maya turut mendakwa yang beliau tidak pernah memiliki baju atau persalinan seperti di’kenakan oleh wanita dalam gambar ini & susuk tubuh’nya juga berbeza.

Mengakui sudah melihat gambar tersebut lebih awal sebelum di’kesan media, Luna Maya berkata beliau tidak pernah kenal dengan dua jejaka dalam gambar tersebut.


“Kalau di’lihat, jari gadis itu ‘kan lebih lentik tidak seperti jari saya. Jadi’nya perkara sebegini tidak perlu saya pedulikan & rasanya tidak perlu di’perbesarkan,” ujar Luna Maya.

Hmm macamtu lah mana ada orang yang berak kat tengah jalan nak mengaku?

Sumber : Gambar Mabuk Tersebar, Luna Maya Nafi Wanita Terlibat Itu Dirinya

Rumah Aznil Hj Nawawi Kena Rompak & Alami Kerugian RM40,000




Kosmo! hari ini melaporkan yang kediaman yang di’diami Aznil Hj Nawawi di Taman Yarl telah di’masuki perompak sekitar 10.00 malam tadi.

Ketika kejadian berlaku, ibu Aznil Hj Nawawi dan dua orang amah mereka berada di’rumah tersebut tetapi pengacara popular ini tiada di’tempat kejadian ketika itu.

Menurut laporan, penjenayah melarikan sejumlah barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting anting & rantai kaki selain komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Kejadian rompakan ini di’laporkan tidak pun di’sedari sesiapa ketika berlaku dan keluarga Aznil Hj Nawawi alami kerugian sebanyak RM40,000 keseluruhan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut didiami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya.

Lepas nie Abang Aznil kena tingkatkan kawalan keselamatan di rumah la jawabnya.

Sumber : Rumah Aznil Hj Nawawi Kena Rompak & Alami Kerugian RM40,000

Boleh Kah Kita Derma Organ - Pemindahan Jantung Dan Mata




Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada 23 - 24 Jun 1970 telah membincangkan Pemindahan Jantung Dan Mata. Persidangan telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.

Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.

Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.

Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya didalam kematian akibat kemalangan.

Keterangan/Hujah:

Sumber yang menjadi asas hukum di atas ialah:
i.   Untuk menghapuskan kemudharatan, sepertimana yang dituntut oleh Hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi  " لا ضرر ولا ضرار "  yang bermaksud “Tidak boleh memudharatkan diri sendiri dan tidak boleh memudharatkan orang lain”.

ii.  Memberi kemudahan, sepertimana yang terkandung dalam firman Allah 185 Surah al-Baqarah yang bermaksud “Allah berkehendakkan kemudahan untuk kamu dan tidak berkehendak kepayahan”.

iii. Melakukan kemudharatan yang paling ringan di antara dua kemudharatan, sepertimana yang terkandung dalam kaedah Fiqh yang berbunyi " ارتكا ب أخف الضررين "  yang bermaksud " melakukan kemudharatan yang lebih ringan ".


Hukum harus menderma dan memindahkan organ juga tertakluk kepada berbagai-bagai syarat yang pada prinsipnya menjaga berbagai kepentingan selaras dengan kehendak syariat Islam. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:
i.   Ia tidak akan menyebabkan penderma menanggung kemudharatan atas dirinya seperti mati atau cacat seperti hilang pendengaran, penglihatan, kemampuan untuk berjalan dan sebagainya.

ii.   Pemindahan berkenaan berlaku dengan izin penderma berkenaan.

iii. Keizinan berkenaan berlaku dalam keadaan penderma memiliki kelayakan penuh untuk melakukannya. Kerana itu ia tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak, orang gila, atau orang yang dipengaruhi oleh tekanan atau paksaan atau kekeliruan.

iv.  Ia tidak berlaku dengan cara yang mencabuli kehormatan manusia, seperti melibatkan urusan jual beli. Sebaliknya ia perlu berlaku berasaskan keizinan dan pendermaan semata-mata.

v.   Para doktor yang melakukan urusan pemindahan berkenaan mempunyai asas keilmuan yang cukup untuk membuat pertimbangan baik buruk ke atas penderma dan penerima berasaskan prinsip maslahah dan mafsadah sepertimana yang terdapat dalam Syariat Islam.

Sumber Mufti Penang

Siapa Kata Abby Abadi Dan Memey Suhaiza Bergaduh?




Nampak? Lagi kisah Abby Abadi untuk dua hari berturut turut. Ada sahaja kisah dalam kehidupan baru beliau hari ini yang boleh di’jadikan bahan berita kami. Heh.

Gambar: Barisan Selebriti Hadir Ke Majlis Berbuka Puasa Anjuran Astro




Semalam berlangsung’nya satu majlis berbuka puasa anjuran Astro yang turut menyaksikan pengumuman program khas bersempena Aidilfitri 2012 tidak lama lagi.

Makanan berbuka puasa pilihan iskandarX #16




Makanan yang menjadi pilihan is hari ini untuk juadah berbuka puasa ialah, Roti Jala. Lama sangat dah is tak makan roti jala nie sejak-sejak puasa nie memang is tak berapa nak jumpa penjual roti jala daa, sebab kat Pekan Simpang Empat nie tempat penjual roti jala nie dia tak buka perniagaannya, mungkin dia pegi berniaga kat  Pasar Ramadhan.


Roti Jala oh roti jala... is leh masuk hantu kalau roti jalanya bila nak makan boleh habis. Is nanti paksa pembuat roti jala buat lagi jala untuk is kalau tidak is nanti jala dia pulak. Bukan nak samseng tapi kempunan daa nak makan roti jala nie. Korang pernah makan tak roti jala nie? Cicah dengan kari ayam errrrmmmmm, "toksah dok bagi tau laaaaaa" orang Penang cakap, bila menikmati roti jala yang segar dengan dicicah... kari ayam.



Kari ayam nie pulak is cukup pelik, kenapakah kari ayam untuk kuah pencicah roti jala nie teramat sangat sedap berbanding yang orang buat untuk makan bersama nasi? Punya lemaknya punya karinya cukup terasa perrrghhh... aaaaaaa air liur is dah kecur niee tak leh cerita banyak-banyak is on da way gi beli roti jala ok? Tapi sebelum tu korang tahu tak roti jala biasa berwarna kuning, tapi ada gak yang berkaler-maler (berwarna-warni).






Ombak Rania - Safi Rania Gold - Tasha Shila




Hehehehe is ska tengok cita Ombak Rania nie, dah la model Safi Rania Gold yang berlakon, Tasha Shila, jadi ikan duyung la pulak Tasha dalam cita tu.

Apa yang best sangat tengok Tasha Shila tu? Apa yang best errkk? Korang tengok mata Tasha Shila bila dia merenung...... renungan yang penuh mengharap dan berharap, sampai timbul urat-urat merah kecil, menandakan mata dan tubuh badan dia ori, sebab darah jalan dengan lancarnya, dia berlakon pun dengan bersunguh sebab tu darah jalan laju.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...