Khamis, 27 September 2012

Wishlist is hari ini ialah Glock Gen4 G21


Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog is yang terchenta. Hahaha mesti ramai terkezut dan terkulat-kulat, baca wishlist is kali nie ialah pistol? Errkk mainan ker betul nie?

Sudah semestinya pistol benar yang is wishlistkan, takkan mainan pulak, tapi budak lelaki dari kecik sampai besar semua benda dia nak main hehehehe.  Is minat Glock Gen4 G21 sebab reka bentuknya yang elegant dan sedap dipegang(walaupun is tak pegang g glock nie biasa is dah try G17), dan juga kelebihan magazinenya yang boleh memuatkan maksimum 13 butir peluru.

Wah memang banyakla peluru boleh isi kan? Biasanya untuk kaliber .45 hanya 5 hingga 7 je kita tengok kan? Kalau nak lebih kena pakai kelopak(magazine) yang lebih panjang lagi yang dijual berasingan (custom made). Kalau Glock G17 pun dah sedap is pegang dan test shoot, tambah pula Glock Gen4 G21 nie kan?


sponsored links


is suka dengar bunyi dentum Glock. Tak berapa bingit telinga yang pasti dia tak macam Magnum yang besar, dan bising, tapi sukar nak sasarkan pada papan sasaran(sebab momentum lebih kot?). Tapi setahu is di Malaysia Glock macam nie belum ada sapa2 yang pegang lagi mahupun Shooting Club, mungkin kerana kerajaan sememangnya dari awal lagi menharamkan kemasukkan pistol jenis automatik nie, tapi memang is personally belum jumpa owner yang ada gun nie lagi.

Hahahaa ini antara wishlist is yang agak akan menarik perhatian ramai kan? Tapi just the wishlist, nak beli bukan mampu pun, buatan Thailand memang ada, tapi lepas 3-4 kali reload habis berkecai gun tu hahahahaha.

Post Tag: Santai | wishlist

Makanan Tengahari Pilihan iskandarX 2


Hari nie pilihan makan tengahari is ialah Pasta Fusili Goreng Lada Hitam, buatan Abang Mat Gebu nie. Perrghh terliur is tengok pasta nie, walau pun is tak berapa suka mkan pasta-pasta nie tapi memandangkan chief yang buat pasta nie cheif selebriti blogger yang terkenal, maka masakan pasta nie is nampak sedap je kalau dikunyah-kunyah? Tak gitu korang rasa?

Lagi pun yang menarik minat is ialah pasta nie ada lada hitam, pasti pedas berapi kalau pedas memang favorite is lah makanan tu hehehe cuma is tak makan la api yang dok menyala tu ok? Jangan salah faham pulak maksud is nie. Apa pun jom tengok resepinya, mana lah tahu kot-kot korang boleh gak belajar buat sendiri pasta nie, kalau dah pandai buat leh invite is pegi test rasa, leh is review dalam blog buruk is nie.





BAHAN-BAHANNYA :-)

150 gram pasta fusili atau apa jenis pasta kesukaan anda
100 gram daging cincang
1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 biji bawang besar holland, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar sos tiram
3/4 camca teh lada hitam biji tumbuk halus
1/2 kiub daging
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang sebagai hiasan (mat guna kucai)

CARA MEMBUATNYA :-)

Rebus pasta fusili dalam air mendidih bergaram hingga lembut, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan sos tiram dan lada hitam tumbuk. Kacau dan tambah daging kisar, masak hingga daging berubah warna dan airnya kering, guna api kecil dan kacau selalu.

Tambah kiub daging dan mix vege, gaul rata dan masukkan pasta. Kacau hingga mesra, tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan boleh tabur sedikit lagi lada hitam tumbuk jika suka pedas. Hidangkan...

Rujukkan PASTA FUSILI GORENG LADA HITAM...

Post Tag: Santai | Makanan Tengahari Pilihan iskandarX

Cerita-cerita gosip serta fitnah menjadi pilihan


Apasal tiap kali is update cerita-cerita gosip serta fitnah yang is copy paste tu jugak menjadi pilihan dan tumpuan untuk pembaca masuk ke blog is nie? Apasal entri yang is tulis sendiri korang tak masuk? Korang tak suka baca cerita is ker?

Hmmm memang lumrah manusia suka mendengar khaar angin serta cerita yang menarik tentang kecelakaan, kemalangan, serta musibah yang melanda pada sesama manusia yang lain. Tapi is percaya bukan semua pembaca blog is nie macam tu kan? is harap semua nya bukannya macam tu sebab cerita sedemikian rupalah yang akan mengheret kita semua ke api neraka.

Isk iskiskisk, agak-agak lah is oii nak bersyarah pulak? Ha itu lah kata-kata yang selalu is dengar bila kata is buka topic nie walaupun pada kawan-kawan is sendiri yang ada kat sekeliling is. Bukan is nak bersyarah, tapi bila dah terjadinya esok nie kat padang Mahsyar esok, jangan heret is sekali ok? Jangan kata is tak bagi tau, jangan kata is tak ajak ke jalan yang baik, walau pun is tak berapa baik, sebab lumrah manusia, wajib belajar, takkan terlepas daripada dosa besar mahupun dosa kecil. Biasalah bukan kita dilahirkan sebagai Nabi atau Nabi Lagi Rasul.

Muhupun kita bukan semuanya dilahirkan daripada dalam golongan ulama', atau sufi, atau walliyullah, atau dilahirkan sebagai anak2 kepada mereka2 yang is cakapkan tadi, tapi sedarkah kita semua bahawasanya, Al Malauaa, ini dilahirkan daripada 2 keturunan Rasulullah? Hassan dan Husin punya darah keturunan ada mengalir dalam setiap Melayu dalam darah daging kita selama ini. Selagi namanya Melayu selagi itu Islam akan teguh seteguhnya langit dan bumi.

Nak tau pasal cerita diatas kenalah mengaji, jangan asyik baca aja cerita2, Hadith, atau huraian, daripada internet, sebab bukannya semuanya daripada Mazhab kita, atau pegangan jemaah Al Sunnah Wal Jamaah, boleh kata hampir 99% artikel Islamic daripada internet adalah daripada Yahudi, Nasrani, Wahbbi, serta syiah yang terang-terangan menmesongkan akidah kita bila kita baca. Tiada guru, syaitan mengaku kepada kita dia guru kita, itu bahaya bila belajar tanpa guru.

Oklah cukup setakat nie sahaja is nak membebel, nanti is sambung lagi topic Islamic nie, is bukan guru, is bukan waliyullah, is bukan sapa2 is cuma belajar nak jadi Rizalillah, murid kepada guru is sahaja, umat Rasulullah S.A.W.. Sesama kita belajar, bukan peringat memperingati ok?

Makin Tebal dan gelap serta suasana makin hening


Memang dah nak ujan dah sekarang nie, is sebenarnya tertido kat kedai nie itu sebab online terus, is rasa nak balik rumah jap nak tukaq baju apa yang patut. Sarapan pun belum lagi nie.

Rasa2 sempat tak kalau is pecut dengan motosikal is nie? isk isk isk, is takut tengah jalan karang is basah lencun, lokoih kata orang utara. aju ujan pulak is lupa nak eli lagi. Yang lama dah kena kidnap dengan abang is. Dia kata nak pinjam, ala macam tu la punya pinjam, sampai tak jumpa dah is cari.



Nasib la nak buat maca mana kan? Apa yang is tengah pikir nie nak pecut ke tak? kalau pecut kang takut accident pulak, kalau bawa slow2, habis basah lencun, kalau bawa sederhana lagi rileks, mana satu is nak sekarang nie? Apa yang is nak sekarang ialah balik kerumah, mandi manda sikit, take my break-first, tukar baju, pakai deodorant, pakai minyak rambut, sikat2 sikit, spray minyak wangi, alamak, tak include gosok gigi daaa, hehehehe.

Ok, korang tunggu tau sementara is nak pi buat semua tu kejap. Karang is datang balik is update lagi blog is nie, itu pun kalau internet tak buat hal.

Mari mulakan hidup yang ceria pagi ini


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ, Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog is pada pagi ini yang is kasihi. Apa khabar pada pagi ini, is rasa agak lama gak is tak merepek pada pagi2 nie memandangkan internet connection tak mengizinkan is untuk online pada pagi2 yang lepas.

Jadi korang tengah buat apa sekrang? Dah mulakan aktiviti harian ka belum? Bagi yang sedang bekerja is ucapkan selamat menjalan kan tugas. Lalulintas kat Penang pun is sendiri belum tengok berita adakah lancar atau pun sebalinya.





Cuaca hari is boleh la bagi tau kat korang, sekarang tengah mendung, awan senandung. Ada bunyi guruh tapi slow2 rock je dia menderam. Petanda satlagi tengahari atau petang nak hujan pulak nie. Jadi sapa2 yang pi kerja atau balik kerja, atau pi sekolah atau kolej yang naik motosikal, silalah bawa baju hujan bersama.

Dengan berkat بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ kita mulakan kehidupan kita dan aktiviti kita dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Tuhan Pencipta Alam. Korang baca bismillah tak untuk memulakan apa2 kerja korang pada hari ini atau lain2?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...