Isnin, 30 Julai 2012

Wow boleh intai kat tengah-tengah Tak payah susah payah



Tengok wanita nie pakai mini dress yang low cut neck sampai memudahkan buaya darat untuk melihat bahagian-bahagian yang mengujakan. Adakah patut wanita berpakaian sedemikian? Patut ke korang rasa? Is rasa tak berapa patut, hehehehehe.









Yeaaahhh Advertlets dah tak merajuk kat is dah



Hheheehhe akhirnya Advertlets dah tak merajuk dah pun. Dia dah pun publishkan iklan-iklan nya dalam blog is balik. Agaknya dia gi wirid siang tadi pastu gi tarawikh 8 rakaat kowt tadi nie, is je yang dok sangka buruk kat dia. Sian kat Advertlets.

Hmm jangan lah merajuk Advertlets dah la is baru nak mula balik blogging kat blogger.com nie setelah lama bermustatin kat wordpress( yang makan modal) tu. Agaknya kalau Advertlets boleh publishkan iklan pada sebelah malam iaitu pukul 12 mlm sampai esoknya 24-7 mesti is lagi suka berkarya kat blog nie sebab idea belambak nak merapu dengan kawan-kawan is dan is dengan slambanya leh buang balik Google Adsense dan bidvertiser tu.

Nasihat 4 J is kepada blogger diluar sana:

  1. Jangan klik iklan Advertlets korang tu sendiri. 
  2. Jangan masuk pertubuhan pengklik iklan-iklan diblog.
  3. Jangan bubuh meta refresh pada meta tag korang.
  4. Jangan dok maki orang tak tentu hala kang kena saman.


Apa-apa pun is ucapkan selamat publishing iklan dan jadi kaya-raya dan bagi is duit banyak-banyak, hehehehe.

Oppocot Celaka Punya Budak 1



Hahahahaha padan muka korang, haa nak main mercun dengan meriam tin sangat. Dah main mercun tu pegi baling sebelah site yang telah naik pembinaan. Sekali incharge site telefon Polis terus semua kecut perut.

Yang tak best nya Polis-polis nie bila datang tak cari orang lain punya, mesti ke kedai is. Is lah tukang menjawab soalan-solan yang ditujukan oleh Polis ini. Tapi is tak kisah kalau setakat nak aju soalan sebab is suka bersembang lagipun is tadak masalah dengan Polis nie. is berniaga ada lesen siap daftar dengan MPPP tapi belum terima lesen sepenuhnya lagi sebab PRU nak dekat.

Bab lesen dengan MPPP nie is pelik sebab dah 3 tahun is berniaga masih belum diluluskan, tapi kalau kedai cina terus saja bulan hadapan tu siap lesennya. Pelik kan? Tapi benar. Pahal is bukan buka kedai judi cyber pun, pintu pun cermin cerah boleh nampak dalam apa yang is dengan client buat. Kedai-kedai cina nie semua nya dorang tutup, cermin dah la gelap, siap bubuh dindin papan lagi untuk hadang orang dari melihat keadaan dalamnya.

Cakap banyak-banyak pun tak guna jugak sebab kangtak pasal dorang kata is nie jenis perkauman tapi hakikatnya memang macam nie lah, sebagai peniaga Melayu memang sentiasa akan ditindas dalam Pulau Pinang nie. Sapa lah yang sudi membela nasib kami sebagai peniaga Melayu? Ada yang sudi?

Olympic Fencing Inpirasi Zorro?



Heheh acara sekarang di Olimpik ada Olympic Fencing, dimana peserta main saber tapi tak lah tajam hujungnya dan bilah dia pulak bukan macam saber betul tajam macam katana Jepun, tapi bulat lebih menyerupai rod.


Tapi korang tengok lah acara nie mengigatkan is kepada Mask Of Zorro. Ala yang cita banyak kiss kiss tu la. Itu yang baru yang lama tak tau lah, Zorro nie menegak keadilan dengan menggunakan senjata Saber dan penutup mata supaya tidak dikenali identitinya.

Apa-apa pun Zorro ialah master dalam Fencing sport nie sebab leh koyak baju heroin tanpa encederakannya. Hebat kan Zorro?

Makanan berbuka puasa pilihan iskandarX #10


Hmmm is nak letak menu apa hari ini, sebab mak is cakap....


MENU HARI INI...SAMBAL TUMIS TELOR AYAM, AYAM GORENG RANGUP , IKAN PEKASAM N KACANG BUNCIS MASAK KICAP......
~ MAAF JIKA MENGGANGGU PUASA ANDA :P ~




erkkk ok la tu, sambal tumis telor ayam(bukan telur dinosaur) ayam goreng ranggup (alamak rangguup ke renngggep) haaa ikan perkasan n kacang buncis masak kicap wow.

Tak leh bayangkan is nak makan nasi sambil bubuh sambal tumis telur ayam tu... sambil satlagi kunyah pulak ayam goreng ranggup yang enak pastinya pilihan ramai pastinya F&N. Lepastu Ikan perkasam perrrrrghhhhh, otai segala lauk nie.... memang is tak leh akap kang leh gigit meja nietahan kempunan pulak karang... eeeuuuuwwww.... lepas tu minum pulak air kacang soyaa segarrr.

Hmm is tak sabar nak tunggu masa berbuka nanti, apa apa pun bersyukurlah kepada Allah S.W.T sebab memberikan kita rezeki setidaknya belum mati kempunan lagi.

Bergerak gerak tak gambar nie?


Ilusi itu mainan silap mata. Meh tengok gambar nie is pun pening menegoknya......

oii jangan tendang wayar kat bawah tu....



Apa oi oi? haa...tadak nama ka? Botoi kicap pun ada nama hang tau, kicap cap ayam. Bukan apa is laung ooooiiii sebab dia pakai headsetphone, mana nak dengar kalau is panggey nama dia pun.

Macam nie lah dunia is, asyik terpekik terlolong terjerit-jerit, wahal is meniaga kedai komputer (cybercafe), apasal is kena pekik lak? Takdak system prabayar tu ke atau cybercafe software? Is ada software tu is pakai cybercafepro 6, percuma ja sebab company dia dah jadi kaya the raya the millionaire dah pun jadi dia release software dia open source je.

Jadi apahal, is dok pekik-pekik gak? mana tak pekik is nie berniaga guna odal sendiri, is cuma reti pasang hardware komputer, troubleshooting, software install, programming. Tapi is tak belajar untuk buat wiring dengan penebatannya, (bubuh wire dalam paip pvp, mana is reti) is tak belajar benda tu, jadinya koboi lah wire tu is cross kat atas lantai. Nait di hati is nak bubuh lah paip nie tapi masalahnya ada banyak lagi yang is perlukan modal sekurang-kurangnya RM80 ribu lagi baru ok kedai is.

Modal setakat nie pun is kuluarkan RM30 ribu itu pun belum cukup nak ceriakan kedai. Ada pulak cina menempek bukak kat sebelah is, kalau takat cina biasa tak pa jugak, tapi dah sememangnya satu Pulau tau dia nie Ah Long. Bukak pulak kedai kat sini buat apa? is bukan dengki tapi is geram hang dah banyak kedai yang mai menempekkat sini pulak apa hal nak langgar kawasan ka bai?

Tak palah nanti is ada modal lain is nak buat lain kedai nie, atau pinah je dari sini kedai nie is nak buat office untuk berblogging, puas hati.

Cantik tak Jun Yong Wan Jun?



Tengok gambar Miss Tourism 2012 kita yang baru, nama Jun Yong Wan Jun Umur 20thn. Muda dan cantik, inilah keunikkan Malaysia bila mengenakan pakaian tradisional Melayu.








Hanya untuk tatapan pembaca blog is yang tercinta. Untuk tatapan umum, sesuai untuk ditatap oleh semua peringkat umur.

Remaja Gengster satu trend yang tak lagi baharu



"Kanak-Kanak Gelandangan Hadapi Risiko Terlibat Jenayah"
Kenapa baru sekarang nak naik isu pasal remaja terlibat dengan jenayah nie? Takkan sebab dah keluar cerita Lorong Haji Taib, Anak Halal, Gadoh, Chow Kits, 8 jam, baru kerajaan nak buka mata? Is bukan nak salah kan sesiapa, tapi masyarakat kat Malaysia nie yang sebenarnya tak prihatin.

Dah nampak remaja berkeliaran kat lorong-lorong, panggil dorang tanya dorang punya masalah, cuba dekatkan diri mereka kepada motivasi, Dedahan kepada Islam, serta memulihkan akhlak dorang dengan memberi aktiviti yang berfaedah. Masalahnya sekarang bukan kerana kerajaan tak nak tolong, tapi orang ramai pun tak nak tolong.

Orang ramai pandang jijik dan sampah, toleh pun tak nak kepada budak-budak lorong nie. Kesian dorang, bukan dorang pinta nasib nak jadi kelahiran dilorong. Cuba korang pulak yang alami nasib demikian? Apa yang akan korang rasa, is rasa tak payah masuk lorong lah, cuba bayangkan korang pegi suatu tempat (melancong ke apa ke) misalanya, tiba-tiba korang sesat, pastu sesat berhari-hari pulak tu, apa korang rasa masa tu? Takut, seram, lapar, dahaga, sunyi, sejuk, panas.

Macam tu juga lah apa yang budak-budak lorong nie rasa, dan melalui perjalanan ini setiap hari. Is cerita nie baru mukadimahnya pasal is tahu cerita budak-budak lorong nie sebab is pernah bercampur dengan dorang cari pengalaman. Bukan semua budak lorong nie jahat dan suka buat jenayah. Dorang nie rajin bekerja, kalau tak kerja satu hari maka tak makan lah hari tu korang tau tak?

Rumah pun ikut lah apa yang boleh jadi bumbung, bagi yang masih tak dapat kerja tetap, yang buat jenayah nie yang masih kecil, belum ada kerja tetap dan terpaksa sebab mak ayah dorang ada yang masih ada tapi tak boleh sara dan ada yang sudah tak da mak dan ayah....

Korang fikirkan lah apa yang patut korang nak anggap atau pandang pada budak-budak lorong nie. yang pasti, kalau is jumpa balik dorang suatu hari nanti is nak angkut kesemua budak-budak lorong nie jadi adik-adik is.

Lagu Kemerdekaan Malaysia Ke-55



Hmmm mari kita semua cuba nyanyikan lagu kemerdekaan Malaysia yang ke-55 ini. Ciptaan lirik oleh: Rais Yatim  gubahan lagu oleh: Aye/Jasnie/Arman E-six.

Mesti best kan lagu nie sebab ada rapping lagi kan? Patutnya Korus tu yang jadi rapping lagi bagus pasal yang kat rapping tu panjang sangat, bukan jadi rapping pun dalam Malaysia nie rapping semua semput nak harap Flizo dengan Altimet je la yang rap yang lain hancus rap sampai hinggus terkeluar. Hehehehe.

Oppocot Celaka Punya Budak



Aik, tajuk tu macam ..... marah gila nampaknya is? Mahu tak marah, budak-budak main mercun, mercun bola pulak tu. Buanyi dia kuat nasib baik is tadak sakit dan penyakit yang berkaitan jantung.

Rasa nak pelempang je budak tu. Nak kata budak bukan budak dah umur 20an dah, bukan takat pelempang nanti is bagi, penyepak dengan-dengan "Hikmat Tendangan Padu Maut Tak Terbatas" nanti budak tu dapat karang aaa. Kecik-kecik dulu makbapak antar pegi sekolah memonteng, isap rokok, konon dah dewasa tapi tak tahu malu makan minum pun mak ayah yang tanggung.

Dah besar besar pun mak ayah masih lagi tanggung makan minum, eeee malu la sikit, hang tu dah besaq panjang, berbulu merata tempat dah tumbuh, tak reti-reti nak cari kerja ka? Dapat duit mak ayah bagi, beli rokok, main game, beli mercun, bayar kat pelacur murahan. Tadak sikit pun nak rasa tanggungjawab nak jega kebajikan mak ayah atau nak bantu mak ayah ringgan kan beban dorang.

Nak marah banyak-banyak tak guna juga spesis nie, patutnya puak Magh tu mengamuk kat Malaysia, cari spesis spesis pelesit pekan nie kasi pupus buang. Meluat gila is tengok tadak adab punya orang. Pukul kang, report Polis, kata mafia tapi pegi report Polis tu buat apa? Pengecut errkk? Lu tadak layak masuk ini line la budak, hingus belum kering, gigi lum tumbuh habih, jalan sepak sepak batu, rambut sikat tepi tadak layak laa.

Ok merepek banyak banyak kang terkeluar habis pantun simpang tiga simpang nam sat lagi lagi haru. Semua dok pakat main buah pulak kat blog is nie. Ok selamat bersantai bersama is yerk?

Kenapakah advertlets tak muncul pada hari nie di siang hari?



Assalamualaikum, kalau korang perasan, is ada letak advertlets ads kan kat blog is nie. Tapi sejak minggu lepas is dah letakkan pulak Google Adsense. Cadangan lagi is nak letak Bidvertiser sekali.

Kenapa is buat macam tu? Sebab Advertlets nie bagus, earning ikut cpm, tapi yang tak bagusnya tepat pukul 12 mlm iklan dah tak keluar. Habis ini melanggar prinsip Super Affiliate yang is angkat sumpah dulu, "Earn money While Sleeping". Nie sleep-sleep money slack. Tak leh jadi so Google Adsense taking cover.

Hari nie is tengok kat blog, siang-siang Advertlets leh tak keluar iklan, apahal pulak nie? Jadi is login ke akaun, tengok daily earning is, hari nie 30hb jadi yang 29hb patut dah ada rekod, tapi tak der pun, macam dah stop jerk? Why? Is akan kirim email kepada Advertlets untuk tanya dorang kenapa. Mungkin kah dia merajuk kat is? Sebab is join Advertlets 19/6/2008 tapi 29/6/2012 baru nak aktif dengan dia. Merajuk la tu betul tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...