Sabtu, 6 Oktober 2012

Wanita adakan hubungan seks dengan pelajar didakwa


SINGAPURA: Bekas guru di sekolah menengah terkemuka yang dikatakan mengadakan hubungan seks dengan seorang budak lelaki bawah umur, telah didakwa.

Guru wanita itu berusia dalam 30-an, didakwa di mahkamah, kelmarin.

Menurut akhbar Straits Times, beliau mengadakan hubungan seks dengan kerelaan dengan pelajar itu beberapa kali.







Pertama kali mereka mengadakan hubungan seks pada Januari, tahun ini.

Pihak pendakwa raya berjaya mendapatkan perintah agar nama budak itu tidak didedahkan.

Tertuduh tidak diwakili dan mungkin akan menghadapi tuduhan sama yang lain.

Beliau akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 18 Ogos dan ikat jamin sebanyak S$10,000 (RM25,128) akan dilanjutkan hingga tarikh berkenaan. - ST

Wau kenapalah is tak sekolah kat Singapore dulu yerk? isk isk isk kalau is tau dalah lama is pindah dan sekolah kat sana hehehehehehe.

Angkara jiran


AMPANG: Seorang lelaki berusia 26 tahun yang mengelar leher seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ketika cuba merogol mangsa ketika memecah masuk sebuah rumah di Pangsapuri Kos Rendah, Pandan Perdana, bulan lalu, berjaya ditahan polis, kelmarin.
Lelaki tempatan itu mahu menyamun rumah berkenaan tetapi mengambil kesempatan cuba merogol anak pemilik rumah berkenaan pada 4 Julai lalu.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Hasrin Abdullah dan isteri sedang tidur apabila dikejutkan oleh jeritan anak perempuan berusia 17 tahun. Mereka bergegas ke bilik anaknya itu dan mendapati leher mangsa berlumuran darah akibat dikelar perompak menggunakan pisau pemotong buah.

Kejadian itu menyebabkan keluarga berkenaan trauma sehingga memaksa mereka tidur dalam kereta.





Bagaimanapun, hasil risikan dan intipan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di perumahan yang sama, tetapi di blok berlainan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata lelaki tempatan yang ditahan pada jam 12.45 tengah malam kelmarin itu mengaku terbabit dalam kes samun pada 4 Julai lalu.

“Pemeriksaan dalam rumah suspek menemui telefon bimbit, dompet dan barang lain dipercayai milik mangsa yang disamunnya,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pandan Indah di sini, semalam.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari hingga 9 Ogos ini bagi membantu siasatan kegiatan jenayah dilakukannya.

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati suspek positif syabu dan mempunyai satu rekod jenayah membabitkan kes pukul mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Polis juga sedang menyiasat sama ada suspek melakukan jenayah samun secara bersendirian atau berkumpulan,” katanya.

Berikutan penahanan lelaki itu, Amiruddin berkata, kes pecah masuk dan cubaan merogol itu dianggap selesai. Dalam perkembangan lain, itu, Amiruddin menafikan jenayah di Pandan Jaya meningkat kebelakangan ini seperti dakwaan penduduk yang tersiar di sebuah akhbar.

Beliau berkata, indeks jenayah bagi jenayah kekerasan, harta benda dan jalanan menunjukkan penurunan bukan saja di Pandan Jaya, malah di seluruh daerah Ampang Jaya.

Remaja putus cinta telan 80 biji pil


ALOR GAJAH: Hanya kerana tidak dapat menerima hakikat cinta pertamanya terputus di tengah jalan, seorang remaja nekad menelan 80 pil darah tinggi milik ibunya di sebuah kampung dekat sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, remaja berusia 18 tahun itu ditemui dengan mulut berbuih dan tidak bermaya oleh ibunya sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan bantuan.

Menurut sumber, remaja lelaki itu yang tinggal dengan ibu selepas kematian bapa sejak setahun lalu dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 19 tahun.

“Anak bongsu dua beradik itu dikatakan meminta wang belanja daripada ibunya setiap hari bagi menyara teman wanitanya itu.

“Malah, remaja lelaki itu dipercayai pernah mengherdik ibunya yang enggan memberi wang,” katanya, di sini, semalam.

Kata sumber itu, pada hari kejadian remaja lelaki terbabit berada seorang diri di rumah kerana ibunya berada di Pekan Alor Gajah atas urusan tertentu.



Menurutnya, dia dipercayai menelan kira-kira 80 biji pil sakit darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan dikejarkan ke hospital. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah,
Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin, berkata siasatan awal mendapati, remaja itu dipercayai gagal dalam percintaan.

“Lelaki itu dipercayai menelan sekali gus kira-kira 80 biji pil darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan mulut berbuih oleh ibunya sendiri.

“Remaja itu dikejarkan ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ya Allah, takkan lah disebabkan masalah cinta, ibu sendiri jadi tempat melepaskan tekanan dan perasaan marah? Sanggup kita sampai hati melukakan hati orang yang mengandungkan kita? sanggup kita menjadi murtad hanya semata-mata cinta?

Memang pelik tradisi nie kahwin paksa sebelum datang bulan


Sanaa - Para lelaki normal, bujang atau duda, tentu ingin mendapatkan isteri dengan usia lebih muda dan tentu saja masih perawan. Namun, tradisi yang berlaku di sejumlah negara berkembang, seperti Yaman dan Afganistan, memperlihatkan kelakuan kaum Adam di sana yang sungguh keterlaluan.

Mereka bukannya mencari gadis cukup umur untuk dijadikan istEri, tetapi malah menyasar anak-anak usia di bawah satu dekad, bahkan lima-enam tahun, untuk dijadikan pendamping hidup. Meski bakat cantik sudah terlihat, namun secara lahiriah belum ada yang menarik dari tubuh anak-anak ini. Payudara dan punggung saja belum terbentuk.

Seperti dilaporkan majalah National Geographic edisi terbaru, saban tahun, 10-12 juta gadis belia dipaksa menikah sebagai tradisi dan cara menyelesaikan kemelut keluarga. Biasanya, upcara pernikahan berlangsung tengah malam atau dinihari agar tidak ketahuan polis.


Seperti pengalaman Rajani, lima tahun, dari Negara Bagian Rajashtan, India, yang tertidur saat hendak dinikahkan. Ia pun terpaksa dipangku oleh pak ciknya ke tempat pernikahan dengan calon suaminya yang baru berumur 10 tahun.

Lain lagi dengan gadis cilik dari Yaman bernama Ayesha, 10 tahun. Ia begitu ketakutan saat melihat calon suaminya yang berusia setengah abad. ?Tiap hari ia menelefon saya dan menangis,? ujar adiknya yang bernama Fatimah. Ayesha dan suaminya tinggal di sebuah desa, sekitar dua jam perjalanan dari rumah orang tuanya.

Dunia pernah dikejutkan oleh kisah Nujood Ali yang lari dari rumah suaminya kerana dinikah paksa. Ia lantas meminta pengadilan mengabulkan gugatan cerai terhadap suaminya yang berumur 30-an tahun. Upayanya berhasil. Ia sekarang kembali bersekolah dan tinggal dengan orang tuanya. Cerita Nujood dibukukan dalam 30 bahasa dengan judul I Am Nujood, Age 10 and Divorced.

Selain kehilangan masa kanak-kanak mereka, gadis-gadis bau kencur itu juga terancam kehilangan nyawanya saat melahirkan .

Kaedah bijak untuk mengajar menggunakan Video dan Live Action


Ada begitu banyak metode yang dilakukan guru untuk membuat murid lebih memahami apa yang ia ajarkan dan berusaha agar mereka gembira didalam kelas, dan beberapa diantara metode itu sangat unik dan dijamin membuat murid enggan bangun dari kerusinya.

Matthew Weathers, seorang guru matematik di Universiti Biola di California Selatan misalnya, yang mengajari murid-muridnya dengan cara sedikit agak aneh, yaitu menggabungkan video dengan live action dalam menyampaikan materinya.






“Saya suka melakukan percubaan dengan mengabungkan video dan aksi nyata, dan ini adalah suatu trik yang aku lakukan di kelas, dan kali ini dengan tema thanksgiving,” terang Weathers.


Selain menyejukkan komputer slave fan leh buat macam nie


Memang respect habis kepada sesiapa yang menjadi tuan punya gambar sebenar ini. sebab apa is respect dia? Sebab kreatif, ialah selain kipas nie digunakan untuk menyejukkan suhu komputer dekstop dan menyahkan habuk, boleh gak digunakan untuk tujuan lain.











10 Tips untuk menjadi Lelaki Macho Dan Stylo



Setiap lelaki terlahir dengan wajah yang beragam, ada yang terlahir tampan dan ada juga yang biasa saja. Sebenarnya setiap lelaki memiliki kelebihan masing -masing dari wajahnya. Bila Anda terlahir dengan wajah yang biasa- biasa saja, tidak usah minder. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketampanan wajah Anda. Mahu tahu apa saja rahsianya? Berikut diantaranya.


Berikut beberapa caa meningkatkan ketampanan wajah, seperti dilapor dari timeofindia:









1. Peduli perawatan kulit
Siapa kata perawatan kulit hanya diperlukan oleh kaum wanita saja? Lelaki juga perlu merawat kulitnya agar sel epidermis pada kulit tidak mati. Gunakan pelembab untuk menjaga kulit dari kekeringan.
Penting juga untuk mengoleskan krim tabir suria untuk mengurangi penuaan dini dan kerosakan kerana paparan sinar ultraviolet. Jadikanlah kegiatan merawat kulit sebagai kebiasaan rutin seperti mencukur atau menggosok gigi.

2. Berhenti merokok
Kebiasaan merokok bukan hanya membuat lelaki mendapatkan image negatif dari para wanita tetapi merokok juga dapat menyebabkan kerutan pada kulit yang lebih buruk daripada efek sinar matahari.
Merokok dapat merampas kolagen dan elastin yang memberikan tekstur kulit, kekuatan, elastisitas dan mempercepat proses penuaan. Rokok juga dapat menyebabkan warna keabu-abuan pada kulit.

3. Pola makan yang sihat
Pola makan yang akan membuat kulit lelaki lebih bersinar, rambut lebih indah dan badan lebih segar. Kuncinya adalah dengan menjaga agar asupan gizi tetap seimbang. Makanlah makanan yang kaya serat yang mampu menurunkan kolesterol dan makanan yang rendah gula, tinggi protein dan kalsium.

4. Tidur yang berkualiti
Penuhi jam tidur yang direkomendasikan baik untuk kesihatan iaitu setidaknya 8 jam sehari. Tidur dapat mengembalikan kondisi semua organ tubuh, termasuk kulit yang merupakan organ terbesar tubuh.
Tidur juga dapat mengurangi ketegangan dan kecemasan, mengurangi keriput, garis-garis kerut dan garis khawatir. Kurang tidur juga menimbulkan lingkaran hitam di bawah mata yang mengganggu penampilan pria.

5. Jauhkan diri dari dehidrasi
Kulit memerlukan air agar dapat berfungsi dengan baik terutama untuk melawan kerosakan yang disebabkan oleh matahari. Minum air delapan gelas sehari seperti yang dianjurkan juga dapat mengeluarkan racun dari tubuh dan membawa nutrisi ke lapisan dalam kulit (dermis).

6. Menjaga tubuh tetap langsing
Menjaga tubuh agar tetap langsing tidak hanya akan meningkatkan penampilan pria tetapi juga mengurangi risiko stroke, kanker, diabetes, dan penyakit lainnya. Tapi lakukan diet dengan cara yang tepat.
Kurangi asupan kalori yang tidak sehat dengan mengurangi konsumsi makanan yang digoreng. Dengan cara ini, berat bedan pria akan berkurang hingga satu pon selama dua minggu.

7. Jadilah pro-antioksidan
Antioksidan seperti vitamin A, C dan E ditemukan dalam buah dan sayuran yang sangat penting bagi tubuh. Antioksidan mempromosikan perbaikan dan elastisitas kulit dan juga mengurangi risiko penyakit jantung dan kanker.

8. Latihan kardio
Sebuah latihan kardio dapat menurunkan stres, membuat lelaki lebih bahagia dan memberikan efek bersinar pada kulit. Latihan aerobik ringan selama setengah jam sehari juga dapat meningkatkan denyut jantung dan memperlancar aliran darah.
Latihan tersebut juga dapat dilakukan dengan berjalan-jalan, naik sepeda atau melakukan aktivitas yang membuat tubuh berkeringat. Pilihlah jenis latihan yang menyenangkan dan membuat pria nyaman melakukannya.

9. Hindari minum-minuman keras
Alkohol menyebabkan pembengkakan pada jaringan, terutama mata bengkak dan menyebabkan kebiasaan makan yang buruk yang berakibat terhadap kenaikan berat badan. Hal tersebut tentu membuat penampilan pria tampak buruk.

10. Badan yang tegap
Postur tubuh yang baik benar-benar memberikan tampilan yang baik bagi lelaki. Inti dari latihan kekuatan atau olahraga yang sedikit berat adalah untuk mencegah tubuh bungkuk. Berolahragalah untuk melatih kekuatan otot selama 2 sampai 3 kali seminggu.

Lelaki ini mempunyai 30 keunikkan


Kedua kaki memijak pisau tajam, kelopak matanya sedang menampung baldi yang berisi air.Ular keluar dari mulutnya.

Berharap kebolehannya yang ada padanya dapat memasuki Guiness Book of The Record, pemuda yang punya 30 kebolehan unik ini mengatakan kebolehannya sukar di tandingi oleh orang lain.

Yang Guanghe 37 tahun berasal dari daerah Hunan China menunjukkan kebolehannya kepada orang ramai di taman Changsha . Dia berdiri di mentol lampu yang nyala dan elektrik di alirkan melalui logam yang di letakkan pisau tajam dan dia berdiri tegak.


Bukan itu saja , kelopak matanya yang sudah dijepit dibebani dengan baldi besi yang sudah diisi dengan air.Selain itu Yang juga berani memasukan seekor ular berbisa ke dalam lubang hidungnya lalu ular dari keluar melalui mulunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...