Isnin, 13 Mei 2013

Santai iskandarX - Cara Claim Blog Dan Install Toolbar Alexa


Assalammualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Santai iskandarX, dan juga sahabat-sahabat is sekaliannya. Kali nie is akan tunjukkan tutorial untuk claim blog korang dalam Akaun Alexa yang dah diregisterkan itu.

Disamping tu juga, cadangan is pada korang apabila menggunakan Alexa untuk track dan rank kan site/blog korang, adalah penting serta perlu korang menggunakan browser Google Chrome. Kenapa Google Chrome? Kerana kita harus, install Alexa toolbar bagi membantu menaikkan ranking kita serta rekod backlink yang telah kita buat untuk site/blog kita.

Ok, Apa yang perlu korang selepas dah register akaun Alexa tu, korang pergi ke Alexa Toolbar, leh klik link nie Alexa Toolbar, atau shortcut terus untuk pengguna Google Chrome di sini.

Ikuti Tutorial Bergambar dibawah:


Alexa, Alexa Ranking, Claim, Toolbar



Ok jika korang sudah install maka button tu akan berwarna hijau, ini ss yang is ambik dari browser is sendiri Google Chrome. Untuk tutorial nie is remove dahulu extension Alexa nie untuk memudahkan is buat tutorial ini sebab Google Chrome tidak benarkan installation bertindan, kalau extension ada prob better remove then install yang fresh dari extention galery itu.  




Langkah pertaman, klik button yang berwarna biru itu, takper mengeluarkan peluh cuma korang ikut aja arahan seterusnya lepas klik button biru itu dan is jamin tiada kerosakkan yang akan berlaku apabila korang klik button itu.







Google Chrome akan alert korang, confirm ker nak masukkan Alexa Traffic Rank ke Google Chrome korang nie?  Kalau confirm maka korang klik pulak button Add dalam popup yang timbul itu.




Installation tak makan masa yang lama sebab toolbar Alexa nie ringan je tau. So dia akan popup pulak notis yang mengatakan korang dah pun selesai install Alexa Toolbar tersebut.


Dah install toolbar Alexa, icon Alexa akan muncul secomelnya di sebelah kanan browser Google Chrome korang tu. Untuk mengaktifkannya pula, klik icon yang ada disebelah kanan Google Chrome tu dan dia akan ke new tab dan akan muncul notis pemberitahu tentang kegunaan serta fungsi Alexa Traffic Rank ini, kalau dah puas baca dan yakin, klik confirm dan site/blog korang akan mula di rekod perjalanannya. Rujuk gambar yang is ss kan tu ok?


Ok, bila korang buat backlink untuk site/blog korang, pastikan korang klik hyperlink tersebut bila dah selesai buat tau? Kenapa? untuk memudahkan Alexa Traffic Rank tersebut yang korang install pada Google Chrome tu bekerja merekodkan segala backlink dan linkback korang. Makin banyak backlink dibuat dan diklik maka lagibanyak rekod yang dibuat dan site/blog korang akan mendapat angka giliran yang sewajarnya.

Ok tiba Tutorial untuk Claim site/blog korang, tapi tutorial nie is khaskan untuk pengguna platform blogger.com dahulu ok?

Ikuti tutorial bergambar dibawah.



Sila ke Alexa.com, klik Dashboard.


Scroll mouse korang kebawah dan klik button biru Add a site.


Di page yang korang di redirectkan itu, adalah page untuk keahlian percuma, dan lain lain mengikut bujet korang. Kalau bajet cekang sampai terkuyak poket korang leh beli keahlian yang berbayar dan amat bagus untuk promosikan blog korang, tapi bajet cekang tak cekang is sarankan pakai yang percuma pun dah ok sebab blogger2 yang power2 yang dah menempa nama kat luar sana pun sengkek gak kedikut pakai yang percuma gak.


Masukkan url blog korang ke dalam tempat kosong itu dan klik continue button.

Ada tiga method untuk verifykan blog korang ke Alexa, iaitu dibawah title blog korang, di meta html, dan keyword. is sarankan korang pakai meta verify sebab memang terbukti cara nie yang paling berkesan.

Copy code Alexa yang macam nie : <!-- sWmZyfXKkZ7WycXdxGAwOL9fS5I --> .






Seterusnya ke blogger dashboard, Template >>> Edit HTML >>> Klik ke HTML tu dan hit button keyboard korang CTR + F, dan cari <head>. Dah jumpa <head> pastekan code Alexa betul-betul dibawahnya, dan klik Save Template.



Kembali Ke Alexa tadi, Klik button Verify my ID.


Dah klik akan keluar notice Your site is successfully claimed dan blog korang sekarang dah berada dalam database Alexa. Klik Button continue.


Ok, disini korang perlu isi detail tentang maklumat blog korang dan juga maklumat diri korang bagi memudahkan promosi yang akan dijalankan oleh Alexa, dan juga bagi memudahkan Advertiser menghubungi korang direct bila blog korang dah hits ranking yang mengalihkan perhatian dorang kepada blog korang itu. Selalunya kalau Advertiser hubungi korang nie adalah disebabkan blog korang dah hits, Global Ranking ke tangga 1k.


  1. Masukkan Maklumat Blog.
  2. Pilih Nagara Mana korang Nak tengok persaingan, kalau is is pilih Malaysia.
  3. Masukkan butiran maklumat diri untuk memudahkan perhubungan.
  4. Sudah selesai masukkan kesemua butiran klik Save & Continue.



Apabila korang nampak paparan ini, makan tahniah selamat datang ke dunia Internet Marketing dan selamat datang ke dunia iskandarX. Selamat Maju jaya dan selamat mencuba, kalau ada apa-apa pertanyaan sila komen dibawah ok?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...