Rabu, 1 Ogos 2012

Kes Gaduh, Hafiz AF7 Bakal Ke Mahkamah?



KL, 1 OGOS 2012: Rasanya sudah lebih setahun kes pergaduhan di antara penyanyi popular yang juga juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz Suip dengan seorang floor manager di sebuah stesen televisyen berlalu.

Namun, Murai Batu terkejut apabila tiba-tiba diberitahu satu sumber bahawa floor manager itu dikatakan telah memfailkan saman terhadap Hafiz AF7 di mahkamah, semalam.

Sebelum ini Murai Batu ada juga mengikuti perkembangan mengenai kes pergaduhan mereka itu yang dikatakan turut melibatkan penyanyi Adira AF8. Khabarnya, hebat juga pergaduhan mereka.

Pun begitu, Hafiz dikatakan tidak mahu memberi sebarang kenyataan atau mengulas lanjut menhgenai hal tersebut. Lama-kelamaan, ia semakin reda dan masing-masing telah mendiamkan diri. Tapi, tak sangka pula Murai Batu, kes ini boleh timbul semula.

Barangkali, floor manager tersebut masih tidak dapat memaafkan Hafiz hingga memaksa dia mengambil tindakan yang sebegitu. Tetapi jika betul apa yang Murai Batu diberitahu itu, mengapa baru sekarang dia mahu memfailkan saman itu?

Mungkinkah ianya kerana didorong pelbagai kejayaan yang dikecapi Hafiz sejak kebelakangan ini? Entahlah, Murai Batu sendiri tidak dapat pastikan. Apa-apa pun, Murai Batu harap kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Lebih-lebih lagi pada bulan ramadan yang mulia ini.

Adus ade ke patut pegi gaduh dengan Manager Hafiz oiii? Pasai pa check oii yang pi gaduh dengan melibatkan Adira tu? iskiskisk semuanya boleh dibawa berbincang. Tak tengok cerita Kongsi ker?

Neelofa memang cantik bila berkemban So What?



Heheheh kali nie is publish kan entri Neelofa lagi, sebab is suka Neelofa nie, comey, ranggi, elegan semua ada. Ok kali nie gambar neelofa berkemban (bukan tengah mandi ok?) kat Pameran Habib Jewel Diamonds 2012. Neelofa pakai baju ala berkemban menjadikannya sebagai antara artis yang hot lagi meletop-letooopp.


Korang balik kampung haa jaga-jaga ok?



Jangan sampai kena saman pulak karang bila nak balik kampung nanti. Is terbaca petikan berita kat blog brother ben yang berbunyi :

“ Semua pemandu dan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik perlu menyelesaikan saman mereka serta-merta atau kenderaan mereka akan ditahan, di mana ia merupakan satu cadangan kepada Kerajaan. “
Heheh jadi saper yang tak bawa duit tunia karang memang sahih kena angkut gi balai punya. Tapikan tak ke pelik kena kerajaan suruh bayar serta merta pulak? Kerajaan duit tak der ker? Asyik keluar dalam berita RM500 bantuan, RM300 Bantuan, RM1000 Bantuan diberi kepada rakyat, tup tup duit takder pulak? Mana pergi duit nie?

Dah la kita sebagai rakyat tak boleh pegi kerja kat telaga minyak negara kita sendiri, semua Petronas yang sapu habis, (mamat hijau tu memang celaka sikit) sepatutnya kita ada hak untuk kerja kat telaga tu sebab kita rakyat Malaysia.

Apa persediaan korang tentang merdeka?



Haat tengok tajuk diatas, Persediaan Merdeka? aik macam tak berapa kena ja tajuk tu, kan kita semua dah merdeka 55 tahun yang lalu? Nak buat persediaan untuk merdeka apa lagi? Patutnya persediaan menyambut ulang tahun merdeka.

Siapa kata kita sudah pun merdeka? Siapa kata kita dah merdeka? Kalau betul kita merdeka atau dah merdeka, kenapa perlu kita akur dan dipaksa membuang sejarah kita yang sebenar dan mengambil sejarah yang direka oleh penjajah? Kenapa perlu kita mempelajari siapa itu British, siapa iti Protugis, siapa itu Belanda? Kenapa perlu kita?

Cuba korang bayangkan, kerajaan Melayu, adalah benar dan bukan dongeng, sudah wujud sejak tahun 470M lagi, iaitu sezaman Nabi Allah Ibrahim A.S. Kenapa sejarah itu tidak ditunjukkan dan diceritakan kepada kita sekarang? Kenapa Sejarah itu ada rekodnya di Negara China, India, Monggol, italy, dan Mesir?

Cuba korang cari dulu penjelasannya is akan update kan entri baru mengenai sejarah Melayu yang sebenarnya di dalam post yang akan datang.


4 Cara Memujuk Lelaki Yang Merajuk



Biarkan sahaja si dia bersendirian 

Siapa di sini setuju jika kami katakan, lelaki adalah manusia yang paling kuat merajuk?

Kami bertanyakan soalan ini kerana beberapa hari yang lalu, terdapat sebuah email yang masuk ke inbox Tentang Cinta yang dihantarkan oleh salah seorang pembaca Tentang Cinta. Pengirim email tersebut bertanyakan kepada kami tips untuk memujuk lelaki yang merajuk.

Tetapi, sebelum kami dapat berkongsikan tips bagaimana cara untuk memujuk lelaki yang merajuk, kita perlu tahu terlebih dahulu apakah punca sebenar si dia merajuk.



Mengapakah si dia merajuk?


Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.

Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 cara yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

Selain daripada 4 tips ini, kami juga ada menulis beberapa artikel mengenai tips memujuk mereka yang merajuk. Di antaranya adalah:

Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?, dan

Perlu ke merajuk lama-lama?

Diharapkan dengan tips yang kami kongsikan di sini, dapatlah anda gunakan untuk memujuk pasangan lelaki anda itu. InsyaAllah, mudah-mudahan si dia akan kembali menghubungi anda dan perhubungan anda pulih seperti sedia kala.

Sekiranya anda mempunyai tips memujuk lain yang anda ingin kongsikan, sudi-sudilah memberikan komen di bawah ini. Agar kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain memujuk pasangan lelaki kita yang sedang merajuk itu.

Sumber Artikel 4 Cara Memujuk Lelaki Yang Merajuk


Tapi tak payah lah memujuk lelaki yang merempit nie, asyik dengan cikaro dengan belen korang leh tahan ker kasih dimadukan senyap-senyap?

Cara Lelaki Menguji Wanita



Lelaki… Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.

Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.

Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.

Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:

Memberi hadiah murah

Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.

Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

Mengajak menikmati hidangan yang murah

Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.

Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya

Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.

Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu

Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3. Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki

Reaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.
#TTAutoTopUp saves you the trouble of constantly reloading mobile prepaid credit, check it out!

Reaksi kamu: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.

Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?

Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan

daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu

dengan cara berikut:

Pergi melancong

Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu

Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

Kalau ada korang pernah kena dengan boy korang macam yang tertera di atas, jangan la lepas nie korang melenting tak tentu pasal ok? tapi yang last sekali tu kalau korang kena sila bagitau alamat boy korang kat mana supaya is boleh bagi "Hikmat Penendang Padu Maut Tak Terbatas" kat sidia sebab bodoh dan bangang suruh orang lain try awek dia ok?

Kalau korang pernah kena macam tu is nasihatkan supaya minta putus terus, cari orang lain lagi bagus, jenis manusia tak reti bersyukur main-mainkan hati dan perasaan makhluk yang lemah adalah dayus!!!


Sumber Utama Cara Lelaki Menguji Wanita

Makanan berbuka puasa pilihan iskandarX #12



Makanan menjadi pilihan is hari ini ialah Oblog, atau oblong, dan bermacam-macam lagi nama yang dorang bagi untuk burger jenis nie. Yang asalnya islah steak burger yang di modify menjadi oblog atau McDonald panggil Burger Prosperity.


Oblog ini sesuai untuk dimakan oleh semua peringkat dan golongan umur (errrkk ada unsur-unsur lucah ke?), kerana ia mengandungi protein yang cukup untuk tumbesaran badan manusia normal. Kalau tak normal is tak tahu lah nak cakap ape yer? hehehehe.


Yang pastinya oblog/prosperity/steak burger nie akan dapat memecahkan kebuntuan selera korang sepanjang Ramadhan ini, tapi janji poket kena tebal sikit lah, burger nie agak mahal harganya. Kat tempat is nie pun yang paling murah RM6, yang paling mahal RM18. Tapi lagi mahal, lagi best perrrghh daging tebal macam kereta kebal, dengan limpahan black pepper cream sauce.

10 Tips Pikat Lelaki



Tips ini khas untuk perempuan cara-cara bagaimana untuk pikat lelaki. Tetapi ianya tips untuk yang belum berpasangan. Yang sudah berpasangan tu, janganlah cuba memikat orang lain kerana akan hancur leburlah hati pasangan anda itu andai dia tahu anda membuat dirinya sedemikian. Ok? Semoga berjaya!


  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri2 utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lekukan apa yang dia tidak suka.
  6. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan berlemah lembut.
  8. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  9. Jangan terlalu mengokong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.


Ok bila dah berjaya nanti, jangan lupa belanja is makan aiskrim ok? Is suka aiskrim betik, best dan sedap.

Sumber 10 Tips Pikat Lelaki

Tilam ..tilam..tilam..lama tukaq baru...



Korang pernah dengar tak bunyi suara radio yang dirakam, pelat cina cakap Melayu, bunyi macam nie, pin..pin.pinn, tilam..tilam..tilam lama tukaq baru..pin..pinn.pinn.?

Baru tadi is dengar dia masuk kat kawasan kampung is. Dorang nie jual tilam jenis "direct selling". Tilam kat dorang murah la jugak, ada yang patern lama ada patern baru, jenis ada spring macam dreamland pun da kadang-kadang dia bawak jual.

Tapi is bukan nak promote jualan tilamnya, yang is nak bagi tau yang tu lah spy yang kita mau dok jaga. Dorang spy tempat dan kediaman Melayu dengan masuk ke kawasan kita dengan menjual tilam, aiskrim, dan membeli besi buruk. Besi buruk sekarang dah bertukar bangsa iaitu india pulak ambik alih bahigian spy nie. Bukan niat is nak lagakan orang tapi inilah salah satu daripada pengalaman is dengan "Hutan".

Korang nak tak 46” Samsung Smart TV?




Sekarang nie Samsung buat kontest, boleh menang Tv gedabak punya besar tu kalau korang main game kat #ArteGame dan juga chat kat Chatroom dia. Senang kan? Nak tahu macamana? Klik kat gambar kat atas tu atau pun kat sini je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...