Hafiz AF7 Jawab Pasal Isu Saman

KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2012: Penyanyi serta juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz Suip akui tidak tahu menahu mengenai kes saman yang telah difaikan pengurus pentas, Nur Haniza Mohd Azhar, 25, terhadapnya yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pergaduhan yang tercetus di antara mereka pada pertengahan Mei tahun lalu.

Malah, Hafiz AF7 yang juga juara Mania itu berkata dia sendiri sudah menganggap kes yang turut mengheret nama Adira AF8 sebagai punca pergaduhan mereka sebagai sudah selesai.

"Terus-terang saya sendiri tidak tahu menahu mengenai hal ini kerana tiada apa-apa notis pun yang sampai kepada saya. Namun, kalau boleh, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal ini lagi kerana menganggap ianya sudah lama selesai.

"Saya sendiri terkejut apabila ditanya mengenai hal ini, namun jika benar dia mahu mengambil tindakan tersebut, saya sendiri sudah bersedia untuk berhadapan dengannya bersama peguam peribadi saya," jelasnya ringkas ketika dihubungi oleh murai.com.my

Penyanyi lagu Awan Nano itu walaubagaimanapun tidak mahu memberi keterangan lanjut mengenai perkara tersebut kerana bimbang isu reme- temeh seperti itu boleh menjejaskan reputasinya sebagai artis.

Semalam, pengurus pentas tersebut telah pun menyerahkan surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap Hafiz AF7 ekoran insiden itu.

Bintang juara Mania itu khabarnya memaksa beliau untuk berjumpa namun Nur Haniza menolak dengan baik kerana sedang menjalankan tugas ketika itu, namun tetap didesak

Surat tuntutan telah pun di'serahkan kepada Hafiz AF7 pada 25 Jun lalu namun juara Akademi Fantasi 7 itu enggan mengaku bersalah & membayar ganti rugi.

Terdahulu, Hafiz dilaporkan pernah bergaduh dengan seorang pengurus pentas untuk sesi rakaman sebuah program bual bicara. Difahamkan pergaduhan mereka berpuncar kerana Adira AF8.

Ulasan