Ella Kekok, Tapi Cuba Belajar Uruskan Suami



SHAH ALAM, 3 OGOS 2012: Tidak sampai sebulan bergelar isteri, penyanyi rock, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin akui gembira apabila dapat menguruskan suami tercinta, Azhar Ghazali dengan tugas-tugas sebagai seorang isteri.

Meskipun agak kekok dan sukar baginya, namun Ella berkata dia sudah semakin seronok memikul tanggunggjawab sebagai seorang isteri pada usia 46 tahun ini.

"Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar walaupun saya akui agak susah juga untuk membiasakan diri dengan kehidupan sebagai seorang isteri. Namun saya cuba menyesuaikan diri perlahan-lahan untuk belajar sedikit demi sedikit mengenai perihal menguruskan suami supaya dia dijaga rapi oleh saya.

"Tanggungjawab saya setiap hari bermula dari lepas solat Subuh bersama suami kerana saya tidak akan tidur dan terus menguruskan keperluan suami untuk dia keluar bekerja seperti pakaiannya dan sarapan pagi (sebelum berpuasa).

"Tetapi apa perkara paling ketara adalah saya kini perlu meminta izin suami untuk keluar dari rumah dan dalam apa jua perkara saya terpaksa memikirkan untuk dua orang iaitu suami dan saya ," katanya selepas rakaman Mentor 6 Raya di Studio 2, Plaza Alam Sentral, kelmarin.

Pertama kali menjalani ibadah puasa bersama suami tercinta, Ella memberitahu dia amat bersyukur dan sangat teruja apabila berpeluang bersolat terawih bersama suami.

"Saya gembira sangat kerana berpeluang bersolat terawih bersama suami kerana bukan mudah untuk kami bersama di bulan puasa ini disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja.

"Namun masa yang kami ada dimanfaatkan dengan baik. Selepas bersolat terawih bersama kami sempat ke kedai Mamak untuk menikmati teh tarik bersama,"beritahu Ella yang kini dalam proses pembikinan album kompilasi bersama penyanyi-penyanyi lain.

Sementara itu, Ella turut memberitahu dia sempat menyediakan juadah sahur untuk suaminya selain menyifatkan Azhar tidak banyak kerenah dalam soal memilih makanan.

Ella dan Azhar yang juga seorang juruterbang bernikah pada 7 Julai lalu di rumah keluarga pihak wanita di Klang, Selangor.

Tak payah kekok, layan je suami tu hehehehe. Dia bukan boleh kompaint, kalau dia komplaint gak, bagi buah penamat wwf sure dia mengalah punya hehehe.

Ulasan