Rabu, 3 April 2013

Lagu Kenangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad Pulang Dari Kilang


santai, Santai iskandarX, Lagu Kenangan, Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Pulang Dari Kilang



Aw aw huu...

Lihat dia pulang dari kerja aw aw
Bersama rakannya aw aw
Sungguh ayu dan pemalu
Serba sederhana

Lihat itu teratur langkahnya aw aw
Lembutnya bicara aw aw
Ingin rasanya di hatiku
Berkawan dengannya

*
Ku dapat tahu akan kisahnya
Datang dari desa
Kerja membantu ibu dan ayah
Menyara adik ke sekolah aw aw

Aw aw huu...

Ingin aku dekat kepadanya aw aw
Tapi malu jua aw aw
Sudikah ia menerimaku
Sebagai kawannya

(Ulang dari *)

Aw aw huhuhu......





Google Plus Header Picture dah Bertambah besar


google, google plus, header, cover, dah, jadi, besar


Hmmm is pun terkejut gak, sebab tetiba ja is menjenggah ke Profile G++ is terus Google suruh update kan gambar header tu sebab dorang kasi bagi besar, leboh tembam dan mantap.

Hehehee tapi tak lah besar sangat pun sebab is kena crop gak header is sebab size header is tu size sebenarnya 1600, tapi apa pun best la tengok gambar profile tu jadi tembam, nampak comey macam is hehehehe.

Sarapan Heavy Metal Pagi nie




Aik, is sarapan makan Heavy Metal?? is makan besi tumpat yang berat?? hahahahaa kan pelik bunyinya kan? Bukan laa maksud is sarapan pada pagi nie agak berat sikit, sebabnya, Nasi Goreng Sambal Ikan Bilis + Ayam Goreng Homemade + Telur Setengah Masak.

Amacam, hebat kan kombinasi sarapan is pada pagi nie kan? Tenaga + Tenaga + Tenaga +++++ Nuklear terus power is hari nie hahahahaha, tidak lagi lesu yang is rasakan, di tambah dengan Kopi Mahkota Dewa +  Radix memang mencergaskan is.



Ek eleh is kan bukannya buat keja kontrak pun yang nak makan benda-bend mencergaskan nie? Sapa kata? Blogging nie pun memerlukan tenaga tau, nak berfikir secara waras, kekadang idea nak tulis blog banyak tapi kalau is pakai loghat Penang, mesti ramai yang kecik hati sebab bahasa yang is faham dan guna seharian adalah Pelat Utopian North (Utara Pekat) Penang + Kedah, so kalau is pakai loghat yangs edemikian rupa, bahasa dia agak kasar la.

Jadi is minta pada kawan-kawan dan sahbat-sahabat is walau pun sahabat senegeri seblogger sendiri pun, is minta supaya jangan la cakap dengan is kat blog is nie loghat utara ok? Nanti kasar bunyinya sebab is susah nak kontrol, cuba bayangkan sekali is tempik kat flat ijau nie Polis terus datang punya 5 minit kemudian, nampak dasyat tak?

Penduduk flat terus call Polis sebab ingat is nak bergaduh hahahahaha, padahal nak pesan Radik Suam Bungkus je dari jauh, hehehehee.

Jadi is banyak kurangkan loghat loghat dalam penulisan is di dalam blog dan insyaallah dalam kesemua blog-blog is dan social network, dan pergi kepada bahasa yang lebih baku. Bukan bakui.

Korang makan aper tadi? Nasi Goreng dengan ayam goreng yang is makan tadi mak is yang masak, ayam dengan telur setengah is pegi beli, korang beli kat luar ker atau buat sendiri sarapan tadi?

Opss lupa nak mention, mak is goreng cucur jagung sekali, best sedap ranggup dan lazat, betapa nikmatnya rezeki Allah Taala.

Muhammad Yusuf Demam Tapi Masih Ceria


Muhammad Yusuf, Muhammad Nuruddin, demam, kebah, Penang


Ini cerita tentang anak menakan is (anak saudara is), Muhammad Yusuf Bin Muhammad Nuruddin iaitu anak lelaki pertama abang kepada is sendiri. Sebelum nie is dah cerita kan yang abang is sekeluarga demam tak kebah-kebah, jadi ini gambar dia masa demam tapi masih ceria.



Dorang skang port kat rumah adik is nie iaitu Palmyra Residences, sebab dah pegi berubat kat pakar Ipoh dah failure so berubat kat Penang pulak la jawabnya, lagi pun senang nak tengok-tengokkan dorang semua.



Yusuf nie kalau orang lain dukung atau ampu dia, paling lama 5 minit ja kalau duduk dengan is boleh berjam-jam pulak, entah kenapa agaknya kan? hehehehe kalau dengan mak dia lagi lama la kan?



Maksud is selain mak dier yang jaga, tengok kak ipar is sibuk is tolong jadi babysitter jap, best boleh exercise sebb berat Yusuf dah mencapai 8.7kg itu pun seba dia tak lalu makan sangat, kalau tidak mau lenguh gak la tangan is, hehehe tak payah pegi gym pun, mengasuh budak kecik ja leh jadi masculine  nie kalau nak.



Nasib baik dia demam kalau tidak habis, Yusuf nanti bercakap tak henti-henti dalam bahasa babynya. Setakat nie alhamdulillah Yusuf makin kebah sebab is suka letak dia atas walker dan asyik main dengan dia, terus peluh keluar banyak, baru leh sihat kan? tak gitu?

Nampaknya is nak kena ada anak sendiri lah hehehehe lepas nie, baru tak gaduh is nak pegi trainning lama-lama kat padang kan?

Ada sapa-sapa yang belum berkahwin tapi jadi babysitter? Jom kongsi pengalaman korang dengan is nak tak? Kalau sudi la, leh komen kat entri nie di bawah ok?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...