Muhammad Yusuf Demam Tapi Masih Ceria

Muhammad Yusuf, Muhammad Nuruddin, demam, kebah, Penang


Ini cerita tentang anak menakan is (anak saudara is), Muhammad Yusuf Bin Muhammad Nuruddin iaitu anak lelaki pertama abang kepada is sendiri. Sebelum nie is dah cerita kan yang abang is sekeluarga demam tak kebah-kebah, jadi ini gambar dia masa demam tapi masih ceria.



Dorang skang port kat rumah adik is nie iaitu Palmyra Residences, sebab dah pegi berubat kat pakar Ipoh dah failure so berubat kat Penang pulak la jawabnya, lagi pun senang nak tengok-tengokkan dorang semua.



Yusuf nie kalau orang lain dukung atau ampu dia, paling lama 5 minit ja kalau duduk dengan is boleh berjam-jam pulak, entah kenapa agaknya kan? hehehehe kalau dengan mak dia lagi lama la kan?



Maksud is selain mak dier yang jaga, tengok kak ipar is sibuk is tolong jadi babysitter jap, best boleh exercise sebb berat Yusuf dah mencapai 8.7kg itu pun seba dia tak lalu makan sangat, kalau tidak mau lenguh gak la tangan is, hehehe tak payah pegi gym pun, mengasuh budak kecik ja leh jadi masculine  nie kalau nak.



Nasib baik dia demam kalau tidak habis, Yusuf nanti bercakap tak henti-henti dalam bahasa babynya. Setakat nie alhamdulillah Yusuf makin kebah sebab is suka letak dia atas walker dan asyik main dengan dia, terus peluh keluar banyak, baru leh sihat kan? tak gitu?

Nampaknya is nak kena ada anak sendiri lah hehehehe lepas nie, baru tak gaduh is nak pegi trainning lama-lama kat padang kan?

Ada sapa-sapa yang belum berkahwin tapi jadi babysitter? Jom kongsi pengalaman korang dengan is nak tak? Kalau sudi la, leh komen kat entri nie di bawah ok?

Ulasan

  1. jaga bby seronok..tp tak tahan time diorng meragam..heehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm mesti best, tapi lenguh gak la tangan dan bahu is bila Yusuf nie meragam, dia nak is dukung dia keliling umah.

      Padam

Catat Ulasan

Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.