Cangkul kepala isteri

MADIUN: Polis menyiasat insiden seorang lelaki membunuh isterinya dengan mencangkul kepala mangsa di Kampung Sidorejo, Madiun, semalam.

Jurucakap polis berkata, Taufik Hidayat tiba-tiba menghayun cangkul berkenaan ke kepala isterinya ketika mereka berada di rumah ibu bapa tiri tertuduh.



“Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi dan keluarga terbabit menginap di rumah berkenaan sejak tiga hari lalu,” katanya. Jurucakap itu berkata, Taufik bukan saja memukul isterinya, Nur Sayekti, malah seorang daripada dua anaknya turut diserang dengan cangkul sama. Akibat serangan itu, kata jurucakap terbabit, anak Taufik, Naswa, cedera di paha dan kiri perut.

Katanya, Taufik melarikan diri sejurus selepas kejadian, tetapi berjaya ditahan tidak lama kemudian. “Naswa bernasib baik kerana kecederaannya tak parah dan dibenarkan pulang dari hospital,” katanya. Ketika ini, menurutnya, polis masih menjalankan siasatan untuk mengetahui motif serangan itu. Sementara itu, saksi berkata,

Nur Sayekti datang ke rumah itu mencari suami dan anaknya yang menginap di situ sejak tiga hari lalu. Namun, tanpa sebab yang jelas, Taufik memukul kepala isterinya dengan cangkul sebelum menyerang anaknya. Taufik pula berkata, sejak akhir-akhir ini dia sering terdengar bisikan yang mendakwa Nur Sayekti curang. - Republika

sumber : myMetro

Adakah patut pegi cangkul kepala isteri dia? Ingat apa kepala isteri tu tanah ker? bodoh sungguh, macam mana lah boleh pegi kahwin dengan orang yang tak bertamadun macam nie?

Ulasan