Merintih nak tengok ibu

SEREMBAN: “Memilukan apabila saya dapat mendengar semua mangsa menjerit meminta tolong, tetapi kami tidak dapat mengeluarkan mereka berikutan tersepit di tempat duduk masing-masing,” kata Muhamad Nasir Jaafar, 29, saksi kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 14.8, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus, di sini, semalam.



Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, seorang warga emas, Rohani Saidin, 52, maut, manakala lapan yang lain parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kereta.

Muhamad Nasir berkata, dia yang memandu sendirian dari Seremban ke Kuala Pilah terkejut sebaik melihat kemalangan itu dan bergegas untuk membantu mangsa.

“Saya melihat pemandu Proton Waja dinaiki lima sekeluarga tersepit di tempat duduk pemandu dan sedang meraung kesakitan.

“Dalam kereta itu juga kelihatan seorang wanita warga emas berlumuran darah berada di bawah tempat duduk belakang ditindih seorang lagi wanita dan seorang bayi berusia tujuh bulan yang menangis,” katanya.

sumber : myMetro

Macam mana boleh kemalangan jika tidak disebabkan kecuaian dan ego? Kepana perlu di akhiri dengan cerita sedih sedangkan semuanya boleh berbahagia? is kekadang tak faham kenapa perlu kemalangan? bukan ke semua belajar memandu ker? Memang takdir is tau benda tu tapi kenapa manusia tidak pernah nak mengikut peraturan?

Ulasan