Kenapalah nak belajar sihir dan menyihirkan orang?

KUALA LUMPUR: Orang yang ‘berguru’ dengan bomoh mahupun dukun aktif melakukan sihir dan santau tidak wajar dijadikan sahabat, berikutan keperibadian mereka mencerminkan seorang kuno, kolot serta tak bertamadun.

Pakar Motivasi dan Psikologi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, pada zaman moden ini dengan negara menghampiri kemajuan, masyarakat sepatutnya tidak dipenuhi golongan begitu yang jelas mempunyai hati kotor dan busuk.



“Mereka berguru dengan bomoh atau dukun yang berkawan dengan jin, pertamanya sudah melakukan syirik dan juga menghimpun dosa besar yang pelbagai, malah jika tidak bertaubat takkan sesekali diampunkan Allah.

“Orang begini juga menanggung dosa yang lebih teruk daripada dosa membunuh kerana perbuatan sihir dan santau menyebabkan mangsa menderita terlalu lama sama ada mungkin membawa maut atau tidak. Dia sudah menganiaya orang.


“Ia juga menunjukkan mereka tergolong dalam orang yang jahil agama dan tak patuh pada perintah Allah kerana orang yang menjaga solatnya takkan sesekali terbabit dengan amalan terkutuk ini.


sumber : myMetro

Ulasan