ISLAMABAD: Beberapa anggota polis semalam digantung kerja selepas dituduh mengarak sepasang lelaki dan wanita yang mereka bogelkan di tempat awam.
Rakaman kejadian di bandar Gambat di wilayah Sindh itu menunjukkan lelaki berkenaan, Mumtaz Mirbahar ditolak dan dipukul oleh polis di kediamannya.
Dia kemudian dipaksa berjalan dengan berbogel ke balai polis bersama-sama seorang wanita di depan orang ramai.
Kedua-duanya, bukan suami isteri, sebelum itu ditangkap kerana melakukan seks. Selepas kejadian berkenaan, Mumtaz berkata, dia begitu takut. Dia kini dibebaskan dengan ikat jamin tetapi wanita yang terlibat, masih lagi ditahan.
Polis berkata, mereka bertindak demikian selepas menerima aduan orang ramai mengenai perbuatan Mumtaz yang mengadakan majlis minum arak dan tari-menari sepanjang Ramadan.
Jirannya mengesahkan dakwaan itu tetapi berkata, polis tidak berhak untuk memalukan sesiapa sedemikian. Seorang pemerhati berkata, tindakan memalukan seseorang di khalayak ramai bukan luar biasa di Pakistan tetapi kejadian kali ini mengejutkan kerana ia dilakukan oleh polis dan dirakam dengan menggunakan telefon bimbit.
Tahun lalu, beberapa lelaki ditangkap kerana membogelkan seorang wanita separuh usia dan mengaraknya sekeliling kampung sebagai hukuman selepas anaknya dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan wanita dalam keluarga mereka.
Wanita berkenaan, Shahnaz Bibi berkata, hidupnya musnah akibat kejadian itu dan dia tidak berani lagi pulang ke kampungnya. - AFP
sumber : myMetro
Patutnya kat Malaysia pun buat hukum yang macam nie baru dorang sedar apa yang dorang buat tu memalukan diri sendiri dan keluarga dorang.

ishk. nauzubillah~
BalasPadamermmm patutnya kat Malaysia pun buat macam nie gak baru dorang malu.
BalasPadam