KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan berlumuran darah hampir sejam apabila kepalanya luka teruk akibat didera pembantu rumah warga Indonesia dalam kejadian di sebuah rumah di Kepong, di sini.
Bayi itu ditemui ibunya berusia 30 tahun jam 3.30 petang Jumaat lalu selepas wanita itu pulang dari bekerja manakala pembantu rumah berusia lewat 20-an yang bekerja lebih setahun itu, menghilangkan diri.
Wanita berkenaan segera membawa anaknya itu ke Hospital Selayang (HS), di sini, sebelum mangsa diberi rawatan kecemasan dan menerima lapan jahitan di kepala.
Sehubungan itu, wanita terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, kelmarin untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sumber polis berkata, sebaik tiba di rumahnya, ibu mangsa terkejut apabila mendengar bayinya itu menangis dengan kuat.
“Dia bergegas ke bilik bayi berkenaan sebelum mendapati seluruh tubuh iaitu dari kepala hingga ke kaki anaknya itu dipenuhi darah membuatkannya tergamam,” katanya.
Sumber berkata, wanita itu segera membawa mangsa ke hospital berhampiran kediamannya dan mangsa dirawat lebih satu jam di situ termasuk menerima lapan jahitan di kepala.
“Mangsa (bayi) dilaporkan stabil namun pegawai perubatan mendapati dia masih trauma dan ditahan di wad hospital berkenaan untuk pemantauan,” katanya.
Katanya, biarpun berulang-kali menghubungi pembantu rumahnya itu, wanita berkenaan gagal berbuat demikian membuatkan dia mula mengesyaki kejadian menimpa anaknya itu berpunca daripada pembantu rumahnya.
Difahamkan, penduduk sekitar memberitahu pembantu rumah terbabit meninggalkan rumah mangsa antara jam 2 hingga 2.30 petang.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
sumber : myMetro
Adus is nak komen berta nie pun is dok rasa nak pitam pitam dah, is nie sayang sangat bayi so please lah janagn la dera dera baby ok? kalau xnak baby atau tak der orang nak mengasuh mai hantar kat is ok? Nak huang bayi pun sekalipun xpayah buang kasi je kat is is nak bela.

Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.