Restoran caj bayaran ‘pembaziran’

RIYADH: Sebuah restoran di Arab Saudi dipuji kerana mengenakan bayaran terhadap pelanggan sekiranya mereka tidak menghabiskan makanan yang dipesan.

Beberapa laman sosial melaporkan, restoran di Dammam, wilayah timur Arab Saudi, mengenakan bayaran ‘pembaziran’ terhadap pelanggan yang memesan makanan secara berlebihan tetapi gagal menghabiskannya.



Menurut pemilik restoran itu, membazir makanan dilarang Islam dan bertentangan dengan norma sosial serta menggesa orang ramai berfikiran dan bertindak secara bertanggungjawab.

Bagaimanapun, tidak semua orang bersetuju dengan tindakan restoran terbabit dengan ada yang menyifatkan bayaran itu sebagai ‘cukai agama’ yang tidak boleh diterima.

“Pemilik restoran tidak berhak untuk menghukum pelanggan yang tidak habis makan,” kata seorang pelanggan. - SG

sumber : myMetro

Hahahaha memang patut pun caj bebanyak, bazir amalan syaitan bak kata tongga dalam filem Sifu Tongga tu.

Ulasan