Penganjur perhimpunan Janji Demokrasi mempertahankan tindakan individu yang mengaku mengibarkan bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan ambang kemerdekaan, 30 Ogos lalu dengan menyifatkannya sebagai satu tindakan berani.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Gabungan JANJI turut menyeru akhbar dan ahli politik supaya tidak lagi mengecam remaja yang bertanggungjawab mengibarkan bendera tersebut.
"Dua anak muda telah dengan gagah berani mengakui bahawa mereka mengibarkan bendera bersejarah ini.
"Ini bertujuan untuk mengingati kembali sejarah para pejuang kemerdekaan yang telah dilupakan.
"Gabungan JANJI menyeru semua ahli politik dan media terutama Utusan Malaysia untuk memberhentikan perangai bodoh mengancam anak-anak muda yang berani ini.
Gabungan 47 NGO itu turut menyelar tindakan polis yang berhasrat untuk menyiasat Datuk A Samad Said kerana membaca sajak pada malam tersebut.
"Pada 28 Ogos, Pak Samad telah menulis sebuah sajak bernama Janji Demokrasi dan dibacakan pada malam ambang Merdeka 30 Ogos. Gabungan JANJI meminta pihak polis dan kerajaan hentikan perangai bodoh yang ingin mengancam dan menggangu ini.
"Pak Samad membaca sajak kerana itu adalah hak kebebasan beliau.
"Gabungan Janji menyeru semua sektor – politikus, media dan pihak kerajaan agar tidak meneruskan perangai bodoh mempolitikkan pekara tersebut. Janji Demokrasi datang ke Dataran Merdeka untuk merayakan ambang Merdeka bersama orang ramai," kata kenyataan itu lagi.
Gabungan NGO berkenaan bagaimanapun tidak menyokong tindakan segelintir individu yang dilaporkan memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan juga gambar pengerusi Suruhanjay Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
"Kami tidak bersetuju dengan Najib dan Rosmah – cara kami ialah melalui perbincangan. Kami harap memijak gambar ini tidak akan berlaku lagi. Sesiapa yang melakukannya wajib bertanggung jawab."
Dalam gambar insiden tersebut yang kini beredar di Internet, seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an, kelihatan melondehkan seluarnya dan menunjukkan punggungnya pada gambar Najib, Rosmah serta Abdul Aziz.
Manakala dalam video yang dimuat naik ke YouTube oleh blogger pro-BN Yuseri Yusoff, orang ramai memijak gambar Najib dan Rosmah yang telah koyak, yang dikatakan selepas insiden tersebut.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata ia memandangkan perbuatan mengibarkan "bendera baru" Sang Saka Malaya dengan serius.
Ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abd Rahim Mohd Radzi berkata tindakan itu dijalankan individu yang tidak bertanggungjawab.
"Jelas sekali jika perkembangan seperti yang berlaku baru-baru ini tidak dibendung dan masyarakat keseluruhannya tidak memahami kesan dan implikasi negatif daripada perbuatan seumpama ini, ia dikhuatiri akan menjejas kepentingan awam dan menyemai rasa benci di kalangan masyarakat.
"Masyarakat perlu faham bahawa apa yang berlaku adalah bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia. KDN dengan penuh komited akan bersama-sama membantu pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," katanya.
Polis Diraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.
Dapat bebudak nie semua kat is akan is "Hadiahkan" Tendangan Padu Maut Tak Terbatas kebanggaan is nie kat sekoq2 monyet nie. Is marah bukan sebab apa is marah sebab dorang tukar bendera Malaysia kepada seakan bendera Singapore. Bodoh tak berotak mana pegi akal fikiran student2 bangang nie?
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.