Memaparkan catatan dengan label Advertlets. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Advertlets. Papar semua catatan

Khamis, 13 September 2012

Budak Nie kaya Setakat duit tu dia main macam lego je


Perrghh kaya nyer budak kecik nie. Duit kertas tu dia main macam susun lego je. Siap leh buat kipas lagi hehehehe.











Mana lah datangnya duit2 tu semua is pun tak tahu tapi kepada korang yang pun juga ada duit sedemikian rupa banyaknya, is harap korang bersyukur lah kehadrat Illahi kalau tak tahu duit tu nak buat apa boleh bagi kat is. Belambak agenda is nak kena buat kalau ada duit banyak tu ok?

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Rabu, 12 September 2012

Lalalalalala Alhamdulillah Hujan turun ke bumi Balik Pulau


Assalamualaikum, is asyik copy paste berita je so rindu lah jari jemari is nie nak tekan bebutang keyboard nak cerita kat korang apa yang terjadi pada is sekarang nie.

Sekarang nie hujan sedang turun, habih tak nampak apa (lebat la tu) kata orang2 utara. Alhamdulillah rezeki dilemparkan sekali lagi ke atas bumi bertuah Balik Pulau walaupun kami disini Melayu hampir terpinggir akibat pembangunan yang dijalankan oleh orang2 yang tak suka perkampungan Melayu terus-terusan membiak disini.

Lalalalalala Alhamdulillah Hujan turun ke bumi Balik Pulau

sponsored links


Hujan oh hujan, didoakan oleh setiap makhluk Allah S.W.T setiap waktu agar turun ketempat kami, agar diberi kan kami rezeki yang melimpah ruah, agar tanaman kami segar, dan hidup, agar sungai dan telaga kami tidak kering kerana kurangnya air, agar tanah kama subur tidak kontang, maka sesungguhnya hujan adalah satu Rahmat Allah S.W.T yang amat besar pada kami, sekelian alam.

Bukan musibat atau bencana alam ataupun mala petaka mahupun azab serta kebinasaan apabila hujan ini turun bagaikan menggila menerjah kesetiap ruang atas muka bumi ini, tetapi semata-mata Rahmat Allah S.W.T kepada hambaNYA yang tercinta, walaupun kawasan ini ada yang engkar serta menolak suruhanNYA. Tak pernah lagi kita dengar bukan Islam mati kebuluran tak makan disebabkan tiada rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T, semuanya ada rezeki masing2.

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Blogwalking in progress Untuk Busuk.org Shout


Ok disini is nak nyatakan dengan secara rasminya, (aik macam ucapan2 menteri pulak bunyinya) is nak blogwalking dan is minta owner2 blog diluar sana tak kira blog apa pun termasuk adult atau pun XXX sila lah paste kan link anda kat komen dibawah.

Tapi....... hahahahaha ada syaratnya, is kan melayari ke blog korang atau pun blogwalking korang hari2, termasuk tekan2 banner serta komen blog korang dengan syarat korang letakkan shout box yang disediakan oleh Busuk.org.

Blogwalking in progress Untuk Busuk.org Shout

sponsored links

Kenapa busuk.org pulak? Sebab busuk.org baik, peramah... lawak, jujur, dan best. Dan disebabkan shout oleh busuk.org tu hanya perlu login sekali je selagi browser tak tutup lagi kalau tutup kena la login shout tu sekali lagi. Makna kata is login kat shout di blog is sendiri, di blog korang nanti is tak payah nak login2 dah terus shout jer. Korang pun sama bila korang login shout kat blog masing2 kat blog is korang just shout je nick dengan link still stay there.

Ok kalau tak da aral melintang yang bulat datang bergolek yang bujur lalu yang melintang kita karate bagi putuih buang ok? All the best jumn kita tingkatkan visitor serta komen kat blog kita masing2 dengan blogwalking with busuk.org shout.

Post Tag: Santai blogwalking

Enam agensi bincang isu Suaram pagi ini



Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersama lima agensi lain akan mengadakan perjumpaan bersama pagi ini bagi menentukan secara terperinci mengenai kedudukan bidangkuasa Suara Rakyat Malaysia (Suaram), kata  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
 
Beliau berkata lima agensi yang terlibat adalah Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM).
 
Katanya, ROS telah mengesahkan semalam bahawa SUARAM merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar.
 

"Jadi isu Suaram ini perlu dibincangkan bersama. Orang ramai di luar sana tidak boleh terus fokus kepada SSM seolah-olah ini salah mereka semata-mata," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SSM di ibunegara semalam.

Mesyuarat itu akan berlangsung di ibupejabat SSM.
 
Sebelum ini ROS mengeluarkan kenyataan bahawa Suaram tidak mengikuti Akta Pertubuhan 1966, di mana mereka perlu memenuhi keperluan Jadual 1 Akta Pertubuhan 1966 yang meliputi alamat urusan, sekurang-kurangnya tujuh orang ahli (Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966), kutipan yuran ahli serta perlembagaannya.
 
Ismail Sabri berkata Akta Pertubuhan 1966 mempunyai mekanisme tersendiri untuk menangani isu ini.
 
"Bagi saya secara logiknya tentulah ada sesuatu yang boleh kita ambil tindakan kalau tidak, lebih baik tak payah kita register pertubuhan kita dengan Akta Pertubuhan 1966.
 
"Saya harap melalui perjumpaan dengan mereka nanti, akan ada pihak yang bertanggungjawab terhadap kes Suaram ini," katanya.

sponsored links


Sementara itu, ROS dalam slatu kenyataan semalam menegaskan bahawa Suaram  merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar.
 
Menurut jabatan itu, rekod pendaftaran pertubuhan mendapati Suaram tidak berdaftar dan tidak pernah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan.
 
Menurut kenyataan itu lagi, untuk pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan 1966, Suaram perlu memenuhi keperluan Jadual 1 Akta Pertubuhan 1966 yang meliputi alamat urusan, sekurang-kurangnya tujuh orang ahli (Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966), kutipan yuran ahli serta perlembagaannya.
 
Sebuah pertubuhan berdaftar perlu mengadakan mesyuarat agungnya dan mengemukakan penyata kewangannya dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat tersebut, menurut kenyataan itu.
 
Suaram menimbulkan isu apabila dikaitkan secara langsung dengan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), yang menerima sumbangan dana daripada pihak asing.

- Bernama

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Soi Lek terima 'wang kertas orang mati'


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menerima dua keping 'wang kertas orang mati' - yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' -  bersama dengan keratan akhbar yang dihantar kepadanya dalam satu sampul surat pagi semalam.

Sambil menunjukkan wang kertas itu serta keratan akhbar berkenaan kepada pihak media petang tadi, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA, Chua menyifatkan tindakan itu sebagai satu "ancaman mati" terhadapnya.

Soi Lek terima 'wang kertas orang mati'

sponsored links


Keratan akhbar itu, dipercayai dari akhbar Sin Chew Daily, adalah mengenai komen Presiden organisasi pendidikan Cina, Dong Zong, Yap Sin Tian mengenai pewujudan semula sekolah tinggi persendirian Cina di Segamat.

Chua berkata wang kertas itu adalah ancaman mati terhadapnya kerana ianya dihantar kepadanya sekarang - iaitu pada bulan ketujuh kalendar Cina, yang merupakan bulan 'Hantu Lapar'.

"Setiap kali saya berkata sesuatu, mereka akan marahi saya. Jika saya tidak berhati-hati, saya boleh menjadi hantu," katanya.

Bagaimanapun, Chua menegaskan bahawa beliau tidak merasa terancam dengan taktik kotor seumpama itu.

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Projek nyamuk GM di Bentong berhasil


Penyelidik mendakwa projek percubaan nyamuk pengubahsuaian genetik (GM) di Bentong sebagai berjaya dan mencadangkan ujian sama dibuat di kawasan kediaman.

Percubaan yang dijalankan di hutan yang tidak diduduki itu bertujuan menguji keupayaan nyamuk itu membiak di kawasan liar, sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan keserasiannya untuk digunakan sebagai kaedah kawalan perosak.





sponsored links


Penyelidik juga berkata, keputusan yang diperoleh juga akan digunakan untuk menilai risiko untuk kajian berikutnya.

Ini termasuk kajian bagi menilai keupayaan nyamuk itu untuk bersenyawa di kawasan liar, yang masih dirancang tetapi perlu berlaku di kawasan dengan kawasan populasi berskala lebih besar.

Penyelidik berkata, keputusan itu menggalakkan ekoran nyamuk yang diubahsuai secara genetik mati lebih awal dan tidak merebak melebihi beberapa ratus meter.

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Mosti serah pada pihak berkaitan tangani anti-Lynas


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata beliau akan menyerahkan kepada pihak berkaitan sekiranya kumpulan Anti Lynas membuat sekatan di Pelabuhan Kuantan bagi menghalang bahan nadir bumi berkenaan di bawa masuk ke negara ini.

Pada masa yang sama, beliau berkata kementerian itu akan terus mengadakan forum untuk menerangkan kepada orang ramai bahawa loji berkenaan adalah selamat.
 
"Tiada projek di dunia yang 100 peratus diterima oleh orang ramai, apatah lagi dalam bidang ini. Tetapi kita akan terus berhubung dengan mereka, akan terus memberi penerangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pembangunan Pekerja Berpengetahuan MSC Malaysia di Cyberjaya hari ini.
 
Mosti serah pada pihak berkaitan tangani anti-Lynas

Mosti serah pada pihak berkaitan tangani anti-Lynas

sponsored links


Dilaporkan kumpulan alam sekitar Himpunan Hijau berikrar mahu menyekat Pelabuhan Kuantan sekiranya Lynas mula menghantar bahan berkenaan ke negara ini, untuk diproses di loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan, selepas Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) meluluskan Lesen Pengendalian Sementara (TOL) untuk menjalankan kemudahan berkenaan.

Ongkili berkata sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, langkah-langkah yang perlu telah diambil sebelum memberi TOL kepada Lynas, termasuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai isu berkenaan.
 
"Seluruh negara mahu ekonomi berkembang dan ini adalah antara sumber pertumbuhan di masa depan. Berdasarkan peraturan dan amalan saintifik, tiada apa lagi yang boleh dikatakan kecuali untuk berkata ia adalah selamat," katanya.
 
- Bernama

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Langat 2: Noh dakwa S'gor terus kelirukan rakyat


Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini membidas kerajaan Selangor yang didakwanya terus mengelirukan rakyat berhubung isu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Katanya isu itu tidak ada kaitan dengan urusan pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) oleh kerajaan Selangor seperti yang didakwa seorang exco kerajaan negeri tersebut.

"Itu urusan syarikat, urusan mengambil alih syarikat. Loji Langat 2 ini apa kaitannya dengan urusan pengambilan syarikat? Ia projek yang kerajaan sudah rancang sejak tahun 2000 ketika krisis air di Selangor," katanya kepada pemberita di Serdang, Selangor.

Langat 2: Noh dakwa S'gor terus kelirukan rakyat Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini membidas kerajaan Selangor yang didakwanya terus mengelirukan rakyat berhubung isu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Beliau mengulas kenyataan Dr Xavier Jayakumar yang mendakwa pembinaan loji itu tidak akan dapat dilaksanakan selagi kerajaan pusat tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan kerajaan Selangor dalam urusan mengambil alih Syabas.

sponsored links


Kenyataan Jayakumar itu adalah respon kepada laporan yang memetik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, tender pembinaan loji terbabit akan dikeluarkan dalam masa terdekat walaupun tidak mendapat kelulusan perintah pembangunan daripada kerajaan Selangor.

Mengulas lanjut, Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani berkata kerajaan Selangor menerusi pemimpinnya seringkali memberi alasan berbeza setiap kali isu pembinaan loji dibangkitkan.

Loji Air Langat 2 dijangka dapat memastikan lapan juta penduduk di kawasan berkenaan mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan dari tahun 2014 sehingga 2025 tanpa perlu membina loji rawatan air tambahan.

- Bernama

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

PM umum syarikat baru penerbangan tambang murah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan syarikat penerbangan tambang murah yang baharu dikenali sebagai Malindo Airways.
 
Najid berkata syarikat penerbangan itu, hasil usahasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group, akan mula beroperasi pada 1 Mei tahun depan dan akan berpangkalan di KLIA 2.
 
Usahasama itu, katanya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.
 
"Pada pendapat saya, akronim MALINDO - gabungan indah nama Malaysia dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, tetapi juga memaparkan pertalian sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.

PM umum syarikat baru penerbangan tambang murah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan syarikat penerbangan tambang murah yang baharu dikenali sebagai Malindo Airways.

"Dari segi untuk menjadi syarikat penerbangan terkenal, saya percaya nama ini akan menjadi jambatan bagi kedua-dua negara, menerusi rangkaian penerbangan yang luas yang akan menghubungkan banyak bandar raya dan bandar di rantau ini, membuka destinasi baharu untuk pelawat di Nusantara ini dan sekitarnya," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara kedua-dua syarikat berkenaan.

Cabaran besar
   
Najib berkata cabaran besar dihadapi industri penerbangan hari ini termasuk peningkatan ketara kos operasi,dan kenaikan harga bahan bakar, dan perkongsian pintar seperti yang dimeterai hari ini akan menawarkan pelbagai penjimatan kepada syarikat penerbangan baharu dan keefisienan daripada segi penyenggaraan pesawat serta peluang menerokai pasaran cergas oleh syarikat penerbangan tambang murah (LCC) yang baru.
 
"Syarikat penerbangan perlu inovatif dan kreatif untuk membolehkannya terus mengaut keuntungan dan kekal sebagai satu perniagaan, tanpa berkompromi terhadap tahap perkhidmatan, kebolehpercayaan dan kebolehmampuan," katanya.

Mengenai unjuran dalam industri penerbangan global, Najib berpendapat aliran trafik udara dunia dijangka mengalami pertumbuhan pada kadar 5.1 peratus setahun untuk tempoh 20 tahun akan datang, manakala perjalanan udara di rantau Asia Pasifik dijangka berkembang sebanyak 6.7 peratus.

"Rantau Asia Pasifik menyumbang sebanyak 34 peratus daripada aliran trafik penumpang global dan ini dijangka meningkat hampir tiga kali ganda daripada 779.6 juta pada 2010 kepada lebih 2.2 bilion pada 2030 dengan Malaysia dijangka menyumbang 200 juta penumpang.
 
"Ini merupakan angka yang amat besar. Dan ia mewakili peluang amat besar bagi syarikat penerbangan dan amnya pemain industri penerbangan di rantau ini.

"Kita perlu bersedia untuk menerokai pasaran amat menguntungkan ini dan kesediaan bermakna memanfaatkannya dan melakukan perubahan pada hari ini bagi keadaan pasaran yang kita jangkakan esok," katanya.

Mungkin tiket lebih murah

Sementara itu, syarikat penerbangan itu dijangka memulakan operasi pada 1 Mei tahun depan i KLIA2 di Sepang.

Melalui usahasama itu, NADI akan memegang kepentingan 51 peratus dalam  Malindo Airways dan baki 49 peratus oleh PT Lion Grup.
 
Presiden Direktor PT Lion Grup Rusdi Kirana berkata syarikat itu mengkaji menjual tiket mengikut harga AirAsia atau kemungkinan lebih rendah lagi.
 
Katanya Malindo Airways akan terbang menggunakan 12 pesawat Boeing 737-900ER ke destinasi antara bandar raya besar di Malaysia dan Indonesia sebelum berkembang ke negara Asia yang lain.

Untuk menjadi kompetitif di dalam pasaran, katanya selain menawarkan tiket penerbangan yang lebih murah, pesawat yang akan digunakan akan dilengkapi dengan sistem hiburan dalam penerbangan dan hubungan dalam penerbangan.
 
sponsored links


Katanya syarikat penerbangan itu berhasrat untuk menambah 12 pesawat setahun, yang termasuk Boeing 737 Max dan 787 untuk menjadikan bilangan pesawatnya kepada lebih 100 dalam sedekad.

“Pesawat itu akan diambil dari buku tempahan semasa Lion Air," katanya.
 
Bagaimana pun, Rusdi tidak mendedahkan sebarang butiran kewangan.
 
Sementara itu, Presiden NADI Tan Sri Ahmad Johan berkata perjanjian yang ditandatangani hari ini tidak akan sahaja "membantu kami mengembangkan tawaran perkhidmatan malah menyediakan kami platform dan sumber untuk membangunkan modal insan bagi merangsang industri itu di Malaysia dan di seluruh rantau ini."
 
“Perkongsian strategik ini akan memanfaatkan Malaysia dan Indonesia yang merupakan pangkalan kedua-dua syarikat dan keseluruhan rantau yang akan disediakan perkhidmatan," katanya

Di bawah perjanjian itu, PT Lion Grup akan menguruskan syarikat penerbangan manakala NADI akan menguruskan penyelenggaraan dan latihan.

NADI adalah syarikat pegangan pelaburan Bumiputera yang terlibat dalam pelbagai industri aeroangkasa dan pertahanan.

Syarikat-syarikat di bawah Kumpulan NADI ialah Airod, Airod Techno Power dan Aerospace Technology Systems Corp yang khususnya melakukan penyelenggaraan, pembaikan dan rombak rawat, pengubahsuaian enjin, dan menaik taraf, pengeluaran alat ganti aeroangkasa dan avionik.

PT Lion Grup adalah syarikat penerbangan swasta terbesar Indonesia yang menyediakan perkhidmatan di 72 destinasi di Indonesia dan rantau Asia menggunakan Boeing 737 New Generation dan ATR 72-500/600.

- Bernama

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Umno Cheras gesa tindakan tegas pada Suaram


Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee hari ini meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang didakwa menerima dana asing.

Selasa lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan sebuah NGO Amerika Syarikat, yang menjadi antara penyumbang dana terbesar kepada Suaram dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulator mata wang terkenal George Soros.

Umno Cheras gesa tindakan tegas pada Suaram

sponsored links


Beliau berkata pembabitan Soros, yang digelar 'penyangak mata wang' ketika krisis ekonomi di Asia Tenggara pada 1997 dan 1998, dalam urusan negara ini boleh mengancam keselamatan negara dan perpaduan rakyat.

"Pendedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti mengesahkan perancangan halus penyangak mata wang dan kuasa-kuasa Barat untuk menghancurkan negara ini dengan berselindung di sebalik nama NGO (pertubuhan bukan kerajaan)," kata Syed Ali dalam entri terbaharunya di www.umnobahagiancheras.blogspot.com.

- Bernama

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Kemalangan: Timbalan ketua MCA Bkt Bendera maut


Seorang ahli veteran MCA maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori simen di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, pagi tadi.
 
Sumber polis berkata dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, mendiang Quah Eng Lam, 66, yang juga timbalan ketua MCA bahagian Bukit Bendera dalam perjalanan menghantar mekanik yang telah membaiki van miliknya pulang ke bengkel yang terletak di Gat Lebuh Presgrave.    

"Sebelum kejadian mekanik itu menghantar van yang telah siap dibaiki ke pejabat Quah di Gat Jalan

Kemalangan: Timbalan ketua MCA Bkt Bendera maut

sponsored links


Perangin dan mendiang kemudiannya menawarkan diri untuk menghantarnya pulang dengan menaiki motosikal," katanya kepada pemberita di George Town.
 
Sumber itu berkata Quah maut di tempat kejadian sementara mekanik yang membonceng mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Anak lelaki mendiang, Lean Huat, 40, berkata bapanya menyertai MCA pada tahun 1970-an dan turut menyandang jawatan Pengerusi Persatuan Penduduk Padang Tembak.

"Beliau baru pulang dari percutian di Genting Highlands bersama ibu petang Isnin lepas," katanya.

Mayat Quah dijadual akan menjalani upacara pengebumian di Krematorium Batu Gantung, Sabtu ini.

- Bernama

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

K'jaan S'gor alu-alukan mahkamah alam sekitar


Kerajaan Negeri Selangor menerima baik berita pembentukan Mahkamah Alam Sekitar yang telah bermula pada minggu ini.

"Pembentukan Mahkamah Alam Sekitar ini telah lama disokong oleh kerajaan negeri kerana kami percaya ia amat diperlukan untuk menangani kesalahan alam sekitar di Selangor," kata Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, penguatkuasaan undang-undang alam sekitar secara berkesan memerlukan hukuman yang pantas.


Kegagalan untuk berbuat demikian, katanya, membolehkan pihak tertuduh terus melanggar undang-undang alam sekitar sementara menunggu pendengaran mahkamah.

"Usaha kerajaan negeri dan agensi-agensi berkaitan kerap diperlahankan oleh proses kehakiman yang bakal mengambil beberapa tahun sebelum pihak tertuduh menghadapi perbicaraan.

sponsored links


"Oleh demikian, kami menyambut baik kenyataan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Hamzah bahawa kes-kes alam sekitar perlu diselesaikan dalam masa enam bulan dari tarikh tertuduh dikemukakan di mahkamah.

"Bagaimanapun, kami berharap Mahkamah Alam Sekitar ini bukan sahaja akan mengambil alih kes-kes baru tetapi kes-kes yang masih belum selesai," tegasnya.

Menurut Elizabeth, kerajaan Selangor amat mementingkan isu-isu alam sekitar dan "kami mengalu-alukan kerjasama dengan Mahkamah Alam Sekitar untuk melindungi alam sekitar Selangor dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab".

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

MB: Tanah pada KTMB tapi tak diguna, milik negeri


Kerajaan negeri Selangor bimbang tindakan menswastakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), apatah lagi keputusan tersebut telah dibuat melalui runding terus, akan menyebabkan aset-aset milik rakyat jatuh ke tangan pihak swasta.

Oleh itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri memandang berat cadangan kerajaan pusat untuk menswastakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kepada sebuah syarikat swasta.

Rancangan ini, tambahnya, akan mengakibatkan aset dan pegangan tanah milik KTMB yang dianggarkan bernilai RM50 bilion akan jatuh kepada syarikat berkenaan.

MB: Tanah pada KTMB tapi tak diguna, milik negeri, Kerajaan negeri Selangor bimbang tindakan menswastakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), apatah lagi keputusan tersebut telah dibuat melalui runding terus, akan menyebabkan aset-aset milik rakyat jatuh ke tangan pihak swasta.

MB: Tanah pada KTMB tapi tak diguna, milik negeri, Kerajaan negeri Selangor bimbang tindakan menswastakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), apatah lagi keputusan tersebut telah dibuat melalui runding terus, akan menyebabkan aset-aset milik rakyat jatuh ke tangan pihak swasta.

sponsored links


Katanya, ia bertentangan dengan hasrat awal kerajaan negeri menyerahkan hartanah tersebut kepada KTMB.

Menteri besar berkata, memandangkan KTMB adalah syarikat utiliti milik penuh kerajaan pusat, maka penyerahan harta itu telah dibuat atas semangat federalisme antara kerajaan negeri dan pusat.

Bagi mengelak aset-aset milik rakyat itu jatuh ke tangan pihak swasta, Abdul Khalid berkata, tanah yang diberi untuk perkhidmatan keretapi tetapi tidak digunakan, adalah milik negeri.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri mengingatkan mana-mana tanah negeri yang pernh digunakan untuk tujuan perkhidmatan keretapi tetapi tidak dirizabkan atau diberi milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan atau diletakkan kepada Perbadanan Aset Keretapi dan kini tidak diduduki atau digunakan bagi tujuan perkhidmatan keretapi, adalah tanah negeri.

"Mana-mana pihak tidak boleh membuat sebarang urusniaga atau sebarang urusan ke atas tanah tersebut.

"Kerajaan negeri berpendirian bahawa peringatan ini perlu dibuat agar hak dan kepentingan rakyat terhadap aset ini terjamin," katanya.

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

MB S'gor anggap saman untuk air percuma 'satu ujian'


Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengalu-alukan saman oleh lebih 700 pengguna bekalan air di negeri itu yang menuntut ganti rugi atas dakwaan gagal menerima subsidi air percuma.

Khalid berkata, tuntutan ganti rugi berjumlah hampir RM500,000 itu dianggap sebagai ujian ke atas syarat bagi subsidi yang ditawarkan kerajaan negeri.

"Kes ujian ini akan memberi satu pandangan mahkamah tentang kebajikan. Contohnya pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

MB S'gor anggap saman untuk air percuma 'satu ujian' Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengalu-alukan saman oleh lebih 700 pengguna bekalan air di negeri itu yang menuntut ganti rugi atas dakwaan gagal menerima subsidi air percuma.

sponsored links


"Jika orang tidak ikut syarat-syaratnya, adakah orang yang tidak mengikut syarat itu akan dibenarkan peruntukan itu?

"(Jadi) kita percaya perkara ini perlu dibincangkan di mahkamah," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Dilaporkan, seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi daripada Khalid atas kegagalan menerima subsidi air percuma.

Penduduk di kawasan Shah Alam itu juga menamakan kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd sebagai defendan.

Kumpulan penduduk berkenaan memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada pukul 9.30 pagi melalui Tetuan Kamarudin & Partners dan ia akan disampaikan kepada kerajaan negeri dalam dalam tempoh seminggu.

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Saman Tengku Fakhry terhadap polis didengar 8 Okt


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 dan 9 Oktober tarikh perbicaraan adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, yang menyaman Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan tiga yang lain berhubung dakwaan kesilapan menahan beliau pada Ogos 2009.
 
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu dalam kamarnya hari ini.
 
Plaintif memfailkan saman RM150 juta itu pada 9 Disember tahun lepas menamakan Ismail, ketua pengawal peribadi Sultan Kelantan, ASP Norazman Ismail, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai penama pertama hingga keempat.
 
Saman Tengku Fakhry terhadap polis didengar 8 Okt

Dalam penyata tuntutannya Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau ditahan secara silap pada 30 Ogos 2009 di kawasan Istana Mahkota Kubang Kerian semasa memandu sebuah kereta jenis Bentley Brooklands.
 
sponsored links


Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau memandu kenderaan itu atas arahan Sultan Ismail Petra untuk dihantar ke Singapura, tetapi ditegah berbuat demikian oleh kakitangan polis yang menutup pintu istana atas perintah defendan kedua dan ketiga.
 
Plaintif mendakwa kakitangan polis menahannya selama satu jam sebelum membenarkannya keluar daripada istana tetapi tanpa kereta.
 
Merujuk kepada penahanan tersebut sebagai berniat jahat (mala fide) dan salah di segi undang-undang, beliau menuntut ganti rugi am RM100 juta, RM50 juta gantirugi buruk serta contoh, faedah pada kadar empat peratus, kos dan lain-lainnya.

- Bernama

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Tumpuan pada lawatan William & Kate ke Sabah


Duke Cambridge Putera William dan isterinya Catherine Middleton pasti diperhatikan secara dekat semasa lawatan mereka ke Sabah, yang dijangka dihoskan oleh Ketua Menteri Musa Aman.

Musa (kiri) kini menjadi tumpuan siasatan oleh pasukan pendakwaan Swiss atas dakwaan perbankan gergasi negara itu UBS membantunya dalam aktiviti pengubahan wang, lapor AP pada 31 Ogos.

Tumpuan pada lawatan William & Kate ke Sabah Duke Cambridge Putera William dan isterinya Catherine Middleton pasti diperhatikan secara dekat semasa lawatan mereka ke Sabah, yang dijangka dihoskan oleh Ketua Menteri Musa Aman.

sponsored links


Tabloid British Daily Mail hari ini melaporkan, siasatan itu mendorong perhimpunan di luar Istana James minggu lalu, apabila pasangan diraja itu digesa menyatakan cemuhan kepada Musa.

Musa dipercayai memainkan peranan penting menguruskan lawatan pasangan itu ke Sabah dan hampir pasti menjadi hos sejurus selepas ketibaan mereka pada Jumaat.

Bagaimanapun, Istana St James memberitahu harian itu bahawa lawatan William dan Kate akan berlangsung seperti dirancang tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada mereka akan bertemu Musa.

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Bekas pesuruhjaya Suhakam sokong Suaram


Sebuah organisasi yang dianggotai bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyuarakan sokongannya kepada Suaram, serta menyeru kerajaan BN berhenti menakut-nakutkan NGO hak asasi manusia itu.

Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya tidak membuat kenyataan yang tidak berasas tetapi menjalankan penyiasatan yang adil dan telus terhadap perakaunan kewangan dan keperluan undang-undang lain Suaram.

"Agensi itu mesti menjalankan siasatan, penuh, menyeluruh dan saksama serta mengumumkan laporan itu, untuk rakyat menilai integritinya," kata Proham dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.



Bekas pesuruhjaya Suhakam sokong Suaram Sebuah organisasi yang dianggotai bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyuarakan sokongannya kepada Suaram, serta menyeru kerajaan BN berhenti menakut-nakutkan NGO hak asasi manusia itu.


sponsored links


Ia menegaskan bahawa menerima pembiayaan dari mana-mana sumber yang sah untuk promosi dan perlindungan hak asasi manusia, tidak boleh dianggap menyalahi undang-undang atau anti-nasional dalam apa cara jua.

Proham menegaskan bahawa dana asing telah diperolehi bukan sahaja oleh pertubuhan sukarela dan masyarakat sivil tetapi juga oleh kerajaan.

"Perlu dinyatakan bahawa kerajaan sendiri menerima bantuan dan pinjaman untuk tujuan pembangunan kebajikan yang sangat asing dan pinjaman untuk tujuan pembangunan, antaranya Bank Dunia, ADB dan IDB.

"Namun, kerajaan tidak pernah mengkompromikan integriti dan kedaulatannya. Soalan kami, mengapa pihak berkuasa mesti melihat secara berbeza pembiayaan asing yang diterima oleh Suaram?" soalnya.

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

S'gor masih berkuasa ke atas Langat 2, kata MB


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memberi peringatan bahawa kerajaan negeri masih mempunyai bidang kuasa dalam projek loji rawatan air Langat 2 yang kini diteruskan tanpa persetujuan Selangor.

Katanya, Selangor antara lainnya berkuasa untuk memberi kebenaran untuk memasuki kawasan projek dan juga dalam memberi kebenaran merancang bagi projek tersebut.

"Kerajaan negeri mahu mengingatkan petender dan kerajaan persekutuan bahawa kerajaan negeri ada kuasa tertentu yang termaktub dalam perlembagaan dan Kanun Tanah Negara mengenai tanggungjawabnya.

S'gor masih berkuasa ke atas Langat 2, kata MB, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memberi peringatan bahawa kerajaan negeri masih mempunyai bidang kuasa dalam projek loji rawatan air Langat 2 yang kini diteruskan tanpa persetujuan Selangor.

"Kerajaan negeri akan mengingatkan bahawa tangggungjawab ini akan dijaga," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Tambahnya, beliau akan meminta penasihat undang-undang negeri dan peguam yang dilantik untuk berbincang bagi mengeluarkan "kenyataan undang-undang" berhubung bidang kuasa kerajaan negeri dalam isu tersebut.

S'gor masih berkuasa ke atas Langat 2, kata MB, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memberi peringatan bahawa kerajaan negeri masih mempunyai bidang kuasa dalam projek loji rawatan air Langat 2 yang kini diteruskan tanpa persetujuan Selangor.
Beliau menjangkakan, perkara itu akan dapat diumumkan pada minggu depan.

"Ini untuk membolehkan mereka yang akan menyertai tender yang dibuka oleh kerajaan persekutuan (menyedari) tanggungjawab dan tanggungan ketika berhadapan dengan kerajaan negeri," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan negeri bersetuju dengan projek tersebut, Khalid berkata kerajaan negeri boleh bersetuju jika projek tersebut "digabungkan" dengan pengurusan semula air di negeri itu.

Beliau juga diminta menjelaskan sama ada kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang memandangkan kerajaan persekutuan telahpun membuka tender untuk projek tersebut.

"(Persoalannya) sama ada (projek) itu boleh dilaksanakan ataupun tidak. Itu sahaja," tegas ahli parlimen Bandar Tun Razak itu.

sponsored links


Kerajaan persekutuan hari ini mengumumkan bahawa tender bagi loji rawatan air Langat 2 dibuka walaupun gagal untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan Selangor bagi meneruskan projek bernilai berbilion ringgit itu.

Notis yang dimuatkan di laman Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan -  menyatakan tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November.

Iklan tender, yang disiarkan di lamanweb PAAB, menyebut bahawa taklimat mengenai tender itu akan diadakan di Menara Multi Purpose di Kuala Lumpur esok.

Dokumen tender, yang berharga RM10,000 akan dikeluarkan pada hari yang sama.

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

PKR: Siasat NFC atas dakwaan penggubahan wang haram


PKR menggesa National Feedlot Corporation (NFC) milik keluarga bekas menteri wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil disiasat atas dakwaan terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram.

Pengarah strateginya Rafizi Ramli mendakwa, NFC terlibat dalam transaksi menggunakan syarikat lain dengan pemilik sama untuk pembelian lembu dan melibatkan pelanggaran Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram.





sponsored links


Beliau mendakwa, surat kredit yang dikeluarkan NFC digunakan oleh National Meat & Livestock Corporation (NMLC) untuk membayar pembelian lembu.

Bagaimanapun, pembelian ini, dakwa Rafizi, dibuat oleh Global Biofuture Pte Ltd, sebuah lagi syarikat milik anggota keluarga Shahrizat.

"Bagaimana sebuah syarikat boleh membuat pembayaran terhadap invois syarikat lain?" soal Rafizi.

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Kebakaran: 5 sekeluarga termasuk bayi nyaris maut


Lima sekeluarga termasuk bayi perempuan berusia tujuh bulan nyaris maut setelah kediaman mereka di Kampung Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu hangus dijilat api dalam kebakaran malam tadi.
 
Mangsa Mohd Kamarul Arifin Ismail, 39, berkata ketika kejadian jam 9 malam itu, dia sedang menonton televisyen di tingkat bawah manakala isteri dan tiga anaknya baru naik ke tingkat atas untuk masuk tidur.
 
Terhidu bau terbakar datang dari dalam rumah, beliau yang merupakan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan Kuala Berang, Hulu Terengganu, lantas memeriksa seluruh rumah namun tidak menemui sebarang kejadian pelik.
 
Kebakaran: 5 sekeluarga termasuk bayi nyaris maut Lima sekeluarga termasuk bayi perempuan berusia tujuh bulan nyaris maut setelah kediaman mereka di Kampung Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu hangus dijilat api dalam kebakaran malam tadi.

Beliau kemudiannya membuka pintu hadapan rumah dan ternampak kepulan asap serta bahang api dari kedai pendawaian elektrik bersebelahan rumahnya dan api telah mula menjilat sebahagian kediamannya.
 
"Panik dengan kejadian itu, saya terus menjerit menyuruh anak dan isteri keluar selamatkan diri dan tidak lama kemudian, api mula marak membakar rumah saya. Saya hanya sempat menyelamatkan komputer riba saja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
 
sponsored links


Sementara itu, pemilik kedai pendawaian elektrik dan butik pakaian wanita, Safarin Ismail berkata sebelum kejadian, bekalan elektrik kedainya tiba-tiba terputus dan kemudian dia terlihat kepulan api mula membakar pekarangan luar bangunannya.
 
"Masa itu saya bersama isteri dan anak berada di butik pakaian dan tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Masa nak keluar melihat apa terjadi, saya nampak api dan terus arahkan keluarga saya lari tanpa sempat menyelamatkan barangan," katanya.
 
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Zulkhairul Razilah berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.13 malam di mana lima jentera dengan 29 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
 
Katanya ketika pihak bomba sampai, api membakar kira-kira 60 peratus rumah serta dua premis itu.
 
"Tindakan pantas pihak bomba kami berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke keseluruhan premis separa kekal itu di mana kita mengambil masa kira-kira satu jam untuk memadamkan api," katanya.
 
Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca sebenar kejadian serta nilai kerugian masih disiasat.

- Bernama

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...