Kira-kira 600 pelajar dan 23 guru dari dua buah sekolah di Taman Sri Serdang dekat ibunegara, terpaksa diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat selepas terperangkap dalam kejadian banjir kilat semalam.
Hujan lebat selama dua jam sejak jam 4.30 petang itu menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah sehingga setinggi 1.5 meter dan menenggelamkan 100 kenderaan milik penduduk dan 30 milik guru di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah.
Tinjauan Bernama setakat pukul 8 malam tadi mendapati pelajar dan guru sesi petang dua buah sekolah berkenaan masih terperangkap.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul, operasi menyelamat dan memindahkan pelajar serta guru sedang giat dijalankan.
"Satu jentera dari Balai Bomba Serdang bersama-sama tujuh anggota digegas ke kawasan banjir untuk operasi itu," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama malam tadi.
Mohd Sani berkata laporan awal mendapati banjir kilat itu melibatkan kawasan sekolah dan beberapa kawasan perumahan di sekitar Seri Kembangan, Jalan Serdang Jaya dan kawasan Kajang.
Sementara itu, Pengerusi Rukun Tetangga Taman Sri Serdang Khalid Lambak berkata air mula surut sejak pukul 7 malam tadi, dan kebanyakan penghuni rumah yang terjejas sibuk membersihkan rumah mereka.
Sementara itu, jurucakap Trafik Bukit Aman ketika dihubungi, berkata banjir kilat mengakibatkan kesesakan sepanjang 15 kilometer dari ibu kota menghala ke selatan sejak pukul 5.30 petang semalam
Katanya kesesakan berpunca daripada penutupan jalan di Km 305 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Seremban.
Laluan hanya akan dibuka semula selepas banjir surut dan pengguna diminta menggunakan jalan alternatif untuk ke Bangi dan Kajang, katanya.
Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.