Memaparkan catatan dengan label balik pulau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label balik pulau. Papar semua catatan

Rabu, 17 April 2013

Kuda Putih SInggah Makan Kat Barvin

Santai iskandarX, santai, Kuda Putih, Polis Traffik, Balik Pulau, singgah, makan, kat, kedai, nasi, kandar, Barvin

Ini malam tadi is sempat la snap gambar Kuda Putih Balik Pulau nie, rare woo sebab tak penah is tengok dia berhenti tepi jalan nak ambik gambar.

Tapi malam semalam adalah luck is la, sebab Kuda Putih nie berhenti, singgah makan kat kedai Nasi Kandar Barvin, Simpang Empat nie.

is pelan-pelan keluarkan phone is dan snap haaa dapat pun gambar kuda putih nie hehehehe.

Tapi lepas is tangkap gambar, penunggang kuda putih nie kalut, cepat-cepat dia basuh tangan, bayar kat kaunter dan terus menuju ke kud putih tu, capai helmet terus zrrrooooommmmmmm... makan asap is heheheehehe.

Bukan ada apa pun saje je lah is snap gambar kuda putih tu, dah penunggang nya lapar apa salah kan dia singgah makan jap?

Sack Truck And Trolley Manufacturer
The uk's leading designer and manufacturer of hand truck, carts, trolleys and platform trucks. Supplying major blue chips throughout the world.

Ahad, 24 Mac 2013

Pemandangan Sawah Musim Semai

santai, Santai iskandarX, gambar, Pemandangan, Bendang, Sawah, Padi, Balik Pulau, Sungai Nipah, Penang

is sempat la jugak ambil gambar bendang atau sawah padi nie, tapi padi belum naik, sebab dorang baru je tanam balik, tapi is terlambat ambik gambar kalau tidak boleh ambik gambar petani tengah semai anak padi tu.

santai, Santai iskandarX, gambar, Pemandangan, Bendang, Sawah, Padi, Balik Pulau, Sungai Nipah, Penang

Yang ada hanya anak-anak padi yang tengah naik, dan petak sawah yan di banjiri air dan juga baja organik. Kalau padi nie semua naik nanti is akan ambik lagi gambar, best cantik masa padi-padi nie semua dah matang, kekuningan dan kehijauan, sejuk mata memandang.

santai, Santai iskandarX, gambar, Pemandangan, Bendang, Sawah, Padi, Balik Pulau, Sungai Nipah, Penang

Inilah ubat mata kami yang berada di Balik Pulau nie, nak ambik gambar bagunan adalah sikit-sikit itu pun kena turun Tanjung lah, tapi kat sini gambar sawah, sungai, pantai atau market pasar basah dan sekolah memang cukup menhiburkan hati.

santai, Santai iskandarX, gambar, Pemandangan, Bendang, Sawah, Padi, Balik Pulau, Sungai Nipah, Penang

Kekadang tu nak ambik gambar banyak2 tapi karang nak publish pulak rasa malas heheheee itu kelemahan banyak blogger kan? Jadi harus ingat bila banyak gambar kasi publish cepat-cepat baru pembaca seronok nak baca betul tak?

Ini gambar sawah padi Sungai Nipah, ada banyak lagi kawasan sawah nie macam Pinang Nirai, Jalan Bharu dan  Sungai Rusa dan ada gak petak sawah yang di tebus guna buat pembanganunan perumahan, kalau semua petak sawah ditebus guna mana la pegi sawah-sawah padi kita semua itu nanti kan?

Sabtu, 23 Mac 2013

Pemandangan Indah Atas Bukit Baru Balik Pulau

Ini pemandangan yang bagi is pemandangan indah macam tajuk entri nie gak. Lokasi puncak Bukit Baru Balik Pulau, yang dipanggil Pemandangan Indah. Pemandangan memang indah tapi ada gak segelintir yang masih jugak buat pencemaran terhadap pemandangan yang indah dan permai ni.

Contoh, buang sampah, buat maksiat, menurun ekor dan sebaginya, sebab tu is tangkap gambar kat sini petang, sebab takda orang, dan nasib baik gak tak dak couple yang ada dok tengah bercekerama kalau tidak buta ja jadi model dan headline blog is nie hahahaha.

santai, Santai iskandarX, Pemandangan Indah, Puncak Bukit Baru, Bukit Baru, Balik Pulau, Penang

Kat atas nie selain pemandangan yang indah, ada gak gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman tapi sebelah malam lah dorang semua tu beroperasi sebab malam baru lepak best sikit kowt kan?

Dulu atas nie ada gak geng-geng keta fight speaker, speaker, speaker sapa yang kuat dan hebat bunyi dia menang la yang bunyi ciput tutup enjin terus, malu oooo kat sini gak leh buar tarheting market MLM, ramai gak MLM punya kaki dok attack kat sini.

Nak Hujan Pulak Kat Palmyra Residence nie

Semalam memang hujan lebat, nasib baik is keluar rumah cepat kalau tidak ditimpa hujan, deman terus, terus tak leh blogging 2-3 hari. Mendung punya mendung hujan pun turun, dan sekali lagi is sempat sampai umah adik is kat Palmyra Residence nie cepat.

santai, Santai iskandarX, nak, hujan, Palmyra Residence, balik pulau

santai, Santai iskandarX, nak, hujan, Palmyra Residence, balik pulau

santai, Santai iskandarX, nak, hujan, Palmyra Residence, balik pulau

Sempat gak la is snap2 suasana mendung sebelum hujan nie. Best sebab terik tak terik, sejuk tak sejuk, jadi suam suam aja lah suhu masa nie. Best gak kan bila hari hujan nie, panas pun hilang tapi kena hati-hati di jalan raya sebab jalan raya jadi licin, senang jatung bagi penunggang motosikal tu.

Balik Pulau Air Kelapa Muda Kongsi Mali

Yeeeaahh usahawan muda nie, fighting business kat Pekan Kongsi hanya dengan menjual Air Kelapa Muda. Hikmat Belah Kelapa dia pun memang amat hebat sekali is tengok.

Masa is nak beli air kelapa dia tu, is tunggu dulu, usha apa yang patut, dok riki-riki Hikmat yang dia dok guna tu, memang hebat, dalam 5 minit is dok parr, dekat 20 lebih kelapa habis di tetaknya. Wow, hebat hebat.

santai, Santai iskandarX, Air kelapa, Pekan, Town, Kongsi, Balik Pulau

santai, Santai iskandarX, Air kelapa, Pekan, Town, Kongsi, Balik Pulau

Lepas tu dia pun perasan is dok usha dia kan, dia pun berhenti tetak menetak kelapa2 tu tadi, dia tanya Ya Abang kita, nak air apa? Alamak ayat dia tu sopan dan santun, tapi soalan tu tak kena kowt? Sebab dia kan hanya jual air kelapa? Air apa lagi yang ada hehehehehehe.

opppsss dia ada jual juga air tebu, tapi is beli air kelapa je, air tebu manis sangat sebab is belikan untuk mak is, karang manis2 pening kepala pulak betul tak?

Selasa, 19 Mac 2013

Peter buat Senaman Tai Chi tepi Kedai Pak Kassim

Hehehehe sebenarnya Peter nie bukan dok senaman Tai Chi tapi tengah menari-nari ikut lagu yang berkumandang di speaker radio Pak Kassim nie haa.

Masa is sampai tudia aaaiihh punya ligat si Peter nie menari, nampak macam PSY dah rasanya PSY pun boleh kalah dengan Peter nie.

peter, buat, senaman, tai chi, tepi, kedai, pak kassim, Flat ijau, balik pulau, santai, Santai iskandarX,

Mahu tidaknya, is panggil nama dia berkali-kali tak ditolehnya, menari dengan penuh perasaan. Peter nie lagu apa pun dia boleh menari punya, lepas dia patah kaki 2 bulan lepas baik je tulang terus ligat menari, is pun tak tahu kenapa jadi macam tu ahak. Agaknya side effect ubat kuat tulang ker? entah heheheheee.

Steamroll Kecik Lalu Depan Kedai is

Ini cerita tak gempar la sangat tapi is terkejut aa menatang aper yang berbunyi bising kat depan kedai is nie? is tertanya-tanya tiba-tiba lalu steamroll kecik nie depan kedai is.

steamroll, kecik, Flat ijau, balik pulau, santai, Santai iskandarX,

steamroll, kecik, Flat ijau, balik pulau, santai, Santai iskandarX,

Ahaaa bahan untuk update blog dah sampai is cakap dalam hati, sambil keluarkan phone Nokia is untuk tangkap gambarnya. Mamat yang pandu steamroll tu senyum bila dia perasan is dok tengok kat dia, tapi tetiba dia lajukan steamroll tu sebab nampak is tengah tangkap gambar dia hehehehe.

Isnin, 18 Mac 2013

Pemandangan Pagi Di Depan Kedai Pak Kassim

Assalammualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog is dan juga kawan2 serta sahabat2 is diluar sana. Ini gambar is snap depan kedai Pak Kassim a.k.a KZAMAN ENTERPRISE sementara menunggu roti bakar 3 set yang is pesan kat situ.

is pagi2 mesti datang beli punya roti bakar, tapi disebabkan oleh tadi pagi2 is mencuci baju is yang bundel tu so is terlewat sikit untuk keluar dari rumah, hmm kalau tidak leh la is beli roti canai, nasi lemak, kuih muih kat Kzaman Enterprise nie.

santai, Santai iskandarX, Flat ijau, pak kassim, Kzaman Enterprise, balik pulau, gambar, Pemandangan

Asyik is ambik gambar depan kedai is je sekali sekala nak gak ubah angle gak kan? Macam photographer pulak is rasakan bila ambik gambar nie, cuma cam is just phone Nokia je kalau pakai Android ker Samsung Galaxy is rasa ramai orang akan jealous nanti, so is biarkan tahap pengambilan gambar is tahap ameteur je. api kalau modal ada besar tunggu la Galaxy III nanti mai ajaq hehehehe.

Suasana pagi amat harmoni, is suka keadaan macam nie, mungkin lepas nie kalau is keluar rumah lagi awal is nak ambik beach punya gambar pulak, dan juga sawah bendang, lagi cantik dan indah permai.

Korang suka tak gambar pemandangan? Komen lah sikit nak is ambik gambar aper? gambar harimau belang pun is boleh ambik tapi takut kena tangkap pulak kalau publish kan?

Ahad, 17 Mac 2013

Tadi moto is kehabisan minyak la pulak

Aku Berlindung Dengan Nama Allah S.W.T Daripada Godaan Syaitan Yang Direjam, Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah S.W.T Dan Aku Bersaksi Bahawa Nabi Muhammad S.A.W Itu Pesuruh Allah S.W.T. Assalammualaikum W.B..T dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan pembaca blog is yang setia.

Alamak disebab kan is ada banyak keja tadi so lambat update lagi blog ini, tadi pukul 9.30 is pecut Naga Merah keluar dari rumah is menuju ke Flat Ijau iaitu lokasi tempat is mencari rezeki, kedai is yang terletak di block area lot kedai dalam Flat Ijau nie. 

Tengah Best2 berangan macam2, tiba-tiba Naga Merah is semput, aik takkan nak jam pulak engine nie. is cakap dalam hati tapi terkeluaq kat mulut.

Huupp Huuppp, bunyi kaberator UMA Racing is tu, is cuba perah lagi trotter, tapi angin je yang is rasakan tak rasa pecutan, aahhh minyak moto is nak habih dah la nie. Nasib baik dah nak sampai dah simpang masuk 

santai, Santai iskandarX, Naga Merah, minyak, habis, petrol, Flat ijau, Balik Pulau, Mat Arip

Flat Ijau tapi dalam nak belok masuk tu ada pulak keta Iswara Biru gelap nie, mangkuk ayun sikit sebab dah nampak is nak masuk boleh gak dok jolok nak keluar simpang, nasib baik minyak is dah nak habis kalau tidak mau jugak is whelly depan keta dia tu hehehehe.

Elok je sampai tepi tong sampah MPPP yang besar tu, terus enjin mati jadi secara officially Naga Merah sudah kehabisan makanannya. is angkat phone terus call Mat Arip, ahak kantoi Mat Arip tido lagi daaa, so is cakap kat dia lepas bersiap datang ke kedai is, tolong runner minyak petrol, is pakai petrol tau bukan gasolin. 

Macam biasa Mat Arip lepas 10 minit is call dia sampai dan ambik botol dalam kedai is terus runner minyak, 3 minit lepas dia pegi dia balik semula dia merunggut pulak. Aik awat hang Mat Arip? Tu yang attenden pam minyak tak bagi isi dalam botol. Aik selalunya bagi hari nie pulak discipline pulak dah? Emergancy daa, dah tak bagi isi dalam botol Mat Arip isi je dalam tank motonya, lepastu kena keluarkan balik la minyak tu tadi masuk botol baru boleh isi dalam tank is pulak kan?

Macam2 la hal terjadi memang susah gak kalau Arip tadak sekitar is nie, sebab dia seorang runner is yang terbaik sekali di atas muka bumi nie.

Sabtu, 16 Mac 2013

Wow Angin Kencang Dan Potensi Tornado!!!

Wow... itu aje yang leh mampu tuturkan sementara ini kerna, hujan turun lebat-selebatnya... tapi sebelum ia turun, ada tanda2 potensi tornado atau puting beliung ternampak jelas dengan derasan kelajuan angin bertiup dan halanya secara berpusing2.

is ada pengalaman masa puting beliung nie terjadi di laluannya iaitu di tengah Block A Flat Ijau nie aaa, isk isk isk pegi la attack tempat lain naper cari kedai is gak, pintu cermin is bagai dihempas-hempas dek pukulan angin yang kencang, tapi nasib baik pemati angin sampai, iaitu hujan.

santai, Santai iskandarX, Flat ijau, simpang empat, Simpang 4, balik pulau, penang, Tornado, Puting Beliung

Ya hujan turun menyusul meredakan kemarakan puting beliung itu tadi dengan selamba menyimbah serta membasahi sesuka hatinya di atas bumi Balik Pulau ini. Ya Allah Ya Tuhan ku, semoga hujan2 yang turun ini adalah merupakan rahmatMU serta limpahan rezekiMU kepada kami, dan jangan lah adalah disebabkan atas kemurkaanMU kepada kami, sesungguhnya kami tidak layak serta menerima keselurahan limpahan serta rezekiMU yang banyak itu, maka kami pinta agar hujan yang turun ini beralih ke pokok2 kayu yang lebih memerlukannya, sungai2 yang kering airnya dan tanaman2 petani yang amat memerlukannya, amin rabalalamin.

Rabu, 13 Mac 2013

Akhirnya dapat gak Air Tongkat Ali Jaga Minggu nie

Alamak is lewat updatekan blog is hari nie. Apakah yang telah terjadi sehingga is membuatkan semua kawan2 serta pembaca setia blog is nie tertunggu2 nie? isk isk isk.

Jawapannya ialah.... Tongkat Ali Jaga, hahahahahaa exited sampai lupa nak update blog ngan isk isk isk. Punya la lama is dok target nak minum air nie kat kedai Pak Kissim The Legend tapi kempunan sampai berbulan, adalah dah dekat 2 bulan kan? kalau tak salah, is yang salah kira kowt hari hmm.

santai, Santai iskandarX, Tongkat Ali Jaga, Balik Pulau

Memang susah nak dapat air tu kat mana2 kedai kopi nie, is pun heran van yang hantar kppi2 paket ke warung2 dan gerai2 hanya bekalkan satu papan je kopi setiap satu kedai? Kalau is jumpa van tu mau kena rompak dengan is di buatnya lepas tu torture dorang sebab kedekut stock.

Demand tinggi tapi stock takder memang sajer cari pasal dorang nie isk isk isk.Aper pun thanks la sebab ada gak la stock untuk kitaorang Balik Pulau merasai Kopi ongkat Ali Jaga nie, tapikan memang is cakap betul la is jumpa van kopi tu is karate dorang yeeeeeeeeeeaaah.

Selasa, 12 Mac 2013

is Pegi Pasar Basah Beli Ayam

Aku Berlindung Dengan Nama Allah S.W.T Daripada Godaan Syaitan Yang Direjam, Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah S.W.T Dan Aku Bersaksi Bahawa Nabi Muhammad S.A.W Itu Pesuruh Allah S.W.T. Assalammualaikum W.B..T dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan pembaca blog is yang setia.

Santai, Santai iskandarX, Ayam, Gerai Basah JKKK Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang

Santai, Santai iskandarX, Ayam, Gerai Basah JKKK Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang

Ala hari nie is tak sempat nak sarapan anasik lemak atau roti canai.... aik roti canai? is tak cita pun pasal roti canai nie? roti bakar ade lah kan? Hmmm manu baru kat Kedai Pak Kassim The Legend ahak. Takper esok is snap pic dier dan letak dalam blog nie. So is bangun pukul 7 pagi tadi, siap mandi mak is terus call, mak is suruh beli ayam katanya.

Santai, Santai iskandarX, Ayam, Gerai Basah JKKK Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang

Jadi is bergegas lah ke Market kecik Simpang empat nie, nama pasar nie Gerai Basah JKKK Simpang Empat Balik Pulau, Pulau Pinang. is terus menuju kat penjual ayam tu, is cakap is nak ayam, BESAR PUNYER!!!! hehehehehe tiru iklan meggi terkejut semua yang dalam market tu wakakakakakaa.

Santai, Santai iskandarX, Ayam, Gerai Basah JKKK Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang

Sebenarnya dorang memang kenal is dan famili sebab kitaorang suka shopping barangan basah kat situ. Tetiba sad story, abang ayam besar takder la, kecik2 je stock yang mai nie. Hmmm takpa yang mana pun boleh, kasi potong. Siap RM10 je semuanya. Bila is sampai umah adik is, mak is buka pintu is cakap la ayam tu kecik je, alamak!!! kecik ker? aduh kita nie semua ramai, pegi beli sekor lagi lah, so is cakap beli kat adik beradik kita lah kat Simpang Empat tu Adam.

Santai, Santai iskandarX, Ayam, Gerai Basah JKKK Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang

Sampai kat Adam is cakap Besar Punyerrr, terus memang besar yang ada hehehe memang cukup makan sungguh ayam2 nie semua kan? Apa lagi RM11.5, aik murah la pulak kat Adam nie kan? Hmmmm kalau is tahu is beli dua dua ekor kat sini je tadi, maybe harga adik beradik kowt? Mungkin jugak la kan? Tak kisah is memecut Naga Merah is kembali ke rumah adik is.

Santai, Santai iskandarX, Ayam, Gerai Basah JKKK Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang

Mak is cakap kita goreng je lah ayam nie jeng jeng jeng jeng... memang best ayam nie kalau di goreng dan makan panas2 hahahahaa tapi makruh tau makan kalau terlampau panas nie, ok ikuti entri selanjutnya pasal Makanan tengahari is pulak tentang ayam goreng nie ok?

Isnin, 11 Mac 2013

Belang Tarung And The Gang Makan Awal

Haaa nie kisah si Belang Tarung and the gang, kucing liar yang dok lepak depan kedai is nie, heheh nasib dorang cukup baik sebab hari nie pagi2 buta dah boleh dapat makan dah.

Tapi macam mana lah nasib kucing2 nie kan kalau is takder nanti? Saper nak kasi dorang makan pulak? Memang rezeki Allah Taala Yang Bagi, tapi sikap penduduk flat nie memang tak suka kucing pun, semua dibiarkan terbiar je, kurus kering dan berkurap.

santai, Santai iskandarX, Flat ijau, balik pulau,

santai, Santai iskandarX, Flat ijau, balik pulau,

santai, Santai iskandarX, Flat ijau, balik pulau,

Bila is dah rawat dah kurap2 tu semua, bagi makan gemuk2 terus datang depan kedai is nak claim eh nie kucing aku nie, lama dah dok cari tak jumpa. Aik tak jumpa ker? dah setahun kucing nie lepak depan kedai is, umah dia pun block depan kedai is takkan tak jumpa kowt? Penampaq mau ka?

Nasib baik tangan is pendek kalau tidak dah lama dah mamat nie kena backhand dengan is. Dah kucing tu dah comel  dah tak der kurap baru nak ambik macam sial je perangai kan? Yang apek kat atas tingkat lima tu aper cer? Bela anjing dalam rumah takder pulak yang nak mereport ker aper ker, kalau kucing nie biar kena langgar keta, moto lori, report MPPP suruh tangkap, anjing??? Biar je. Ini kawasan Flat Melayu mana pi Melayu is pun tak tau dah. Keep it up guys.

Malas is nak komen sikap penduduk flat nie.

Flat Ijau Suasana yang hening pagi flat ijau

Tengok nie dah pukul 7.15 pun masih lagi gelap, lampu TNB pun belum lagi padam kat dalam Flat Ijau nie. isk isk isk. Tapi adalah bebudak sekolah yang dah turun nak ke sekolah, yang berhenti dulu pekena sebatang dua rokok dulu pun ada, iyerlah karang isap dalam sekolah kena tangkap dek pengawas pulak kan?

Yang best dan brutalnya Flat Ijau nie, dengan berpakaian sekolah pun berani tau isap rokok walaupun orang tua2 dok lalu-lalang, nasib baik dok lepak depan kedai cina, kalau depan kedai is dah lama makan penyepak bebudak nie, tak repect langsung Sekolah is tu kan?

Santai iskandarX, santai, Flat ijau, balik pulau,
is ingat moto je merempit tapi keta pun sama hati2 di jalan raya,
tengok terlampau laju sampai gambar is blur

Santai iskandarX, santai, Flat ijau, balik pulau,

Santai iskandarX, santai, Flat ijau, balik pulau,

Santai iskandarX, santai, Flat ijau, balik pulau,

Santai iskandarX, santai, Flat ijau, balik pulau,

Santai iskandarX, santai, Flat ijau, balik pulau,

Pagi2 nie tak der pulak benda2 ajaib yang berlaku dalam flat nie ha, macam motor hilang, besi longkang hilang, rumah pintu terkopek semuanya selamat dan terkawal, alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...