Makanan berbuka puasa pilihan iskandarX #16



Makanan yang menjadi pilihan is hari ini untuk juadah berbuka puasa ialah, Roti Jala. Lama sangat dah is tak makan roti jala nie sejak-sejak puasa nie memang is tak berapa nak jumpa penjual roti jala daa, sebab kat Pekan Simpang Empat nie tempat penjual roti jala nie dia tak buka perniagaannya, mungkin dia pegi berniaga kat  Pasar Ramadhan.


Roti Jala oh roti jala... is leh masuk hantu kalau roti jalanya bila nak makan boleh habis. Is nanti paksa pembuat roti jala buat lagi jala untuk is kalau tidak is nanti jala dia pulak. Bukan nak samseng tapi kempunan daa nak makan roti jala nie. Korang pernah makan tak roti jala nie? Cicah dengan kari ayam errrrmmmmm, "toksah dok bagi tau laaaaaa" orang Penang cakap, bila menikmati roti jala yang segar dengan dicicah... kari ayam.



Kari ayam nie pulak is cukup pelik, kenapakah kari ayam untuk kuah pencicah roti jala nie teramat sangat sedap berbanding yang orang buat untuk makan bersama nasi? Punya lemaknya punya karinya cukup terasa perrrghhh... aaaaaaa air liur is dah kecur niee tak leh cerita banyak-banyak is on da way gi beli roti jala ok? Tapi sebelum tu korang tahu tak roti jala biasa berwarna kuning, tapi ada gak yang berkaler-maler (berwarna-warni).






Ulasan