Bersama Yusuf dan adik is Aya Hidayah

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca Santai iskandarX semua. Ini entri postpone semalam gak iaitu selepas subuh is pergi melawat adik is kat Palmyra Resident kerana abang is balik dan menginap disana. Dia bawak balik anak dia sekali iaitu Muhammad Yusuf korang boleh ke sini untuk baca blog Semua Tentang Yusuf.

Kesian kat anak menakan is nie, dia selesema, malam Sabtu itu hari iaitu malam selepas is pergi uruskan jenazah mak saudara is tu Yusuf tak boleh tidur malam asyik nganga je sebab selesema. Biasalah budak nie baru je usia 6 bulan dah dok ulang alik, dan asyik berkereta je hidup dia. Macam kami iaitu adik beradik is membesar dalam kereta jugak. Asyik travel sana sini.

Adik is nie Aya Hidayah nie seorang usahawan dan dia berniaga segala ubat-ubatan dan peralatan yang berkaitan dengan permasalahan wanita remaja dan dewasa mahupun warga emas dan juga beliau adalah seorang pengajar dan cikgu di Pusat Tuisyen Aya Hidayah iaitu miliknya sendiri di Taman Palmyra Resident, Balik Pulau. Kiranya is memang respect dengan dia sebab ketabahan hatinya dan kekerasan hati dan kepala berjuang menghadapi cabaran hidup. Korang boleh ke blog nya disini.









Ulasan