Semalam is tengok cita Sifu dan Tongga


Hehehe citer nie is ska gak tengok sebab sengal jek cita nie. Dorang cakap bahasa terbalik. Aaa binatang kaki bulat marah. hAhahahahahaha, ada ka patut tangkap kambing lepas masak kat tengah aroundabout? Siap jemput orang join sekaki pulak tu.

Cita nie first time is tengok Fauzah Ghous berlakon, agak sengal lah dia berlakon tapi dalam banyak banyak watak Sifu lagi sengal, lakonan Apek yang sememangnya segal semulajadi, di bantu oleh Tongga lakonan Nabil remaja sengal yang tengah pukui naik lani.

Tapi sengal sengal pun best cerita nie. Haa dalam cita nie gak first time is tengok Rozita Che Wan berlakon lakonan aksi, selalunya lakon lawak dengan doktor-doktor je hehehehe.

Filem ini bermula dengan pemburuan Mama Tammy dan Izaq untuk mencari orang-orang Watson yang masih hidup. Izaq telah menculik Mila dengan menggunakan helikopter dan telah membawanya ke Bandar. Chief iaitu ketua kepada keturunan Watson berasa sangat sedih apabila mengetahui yang Mila telah diculik.

Kerana terlalu bersimpati dengan kesedihan yang dihadapi oleh chief, Sifu dan kawan baiknya, Tongga berjanji akan menyelamatkan Mila. Sifu memiliki keistimewaan untuk berkomunikasi dengan dunia ghaib untuk mendapat panduan. Ini telah membantunya untuk meninggalkan hutan yang selamat untuk pergi tempat yang penuh dengan cabaran dan moden di Kuala Lumpur.

Kerana tidak pernah keluar dari hutan,Sifu dan Tongga tidak pernah melihat kerusi, kereta, komputer, motor, tandas dan pelbagai alatan canggih yang telah tercipta pada zaman ini.

SIFU & TONGGA adalah sebuah filem yang sangat menarik yang akan menarik minat semua lapisan masyarakat.

Hmmm saper yang suka tengok cerita nie? Is suka tengok part scene Sifu cerita Malaya kena serang Jepun tu best hhehehee. Bazir amalan syaitannn... ok?


Ulasan