Remaja Gengster satu trend yang tak lagi baharu


"Kanak-Kanak Gelandangan Hadapi Risiko Terlibat Jenayah"
Kenapa baru sekarang nak naik isu pasal remaja terlibat dengan jenayah nie? Takkan sebab dah keluar cerita Lorong Haji Taib, Anak Halal, Gadoh, Chow Kits, 8 jam, baru kerajaan nak buka mata? Is bukan nak salah kan sesiapa, tapi masyarakat kat Malaysia nie yang sebenarnya tak prihatin.

Dah nampak remaja berkeliaran kat lorong-lorong, panggil dorang tanya dorang punya masalah, cuba dekatkan diri mereka kepada motivasi, Dedahan kepada Islam, serta memulihkan akhlak dorang dengan memberi aktiviti yang berfaedah. Masalahnya sekarang bukan kerana kerajaan tak nak tolong, tapi orang ramai pun tak nak tolong.

Orang ramai pandang jijik dan sampah, toleh pun tak nak kepada budak-budak lorong nie. Kesian dorang, bukan dorang pinta nasib nak jadi kelahiran dilorong. Cuba korang pulak yang alami nasib demikian? Apa yang akan korang rasa, is rasa tak payah masuk lorong lah, cuba bayangkan korang pegi suatu tempat (melancong ke apa ke) misalanya, tiba-tiba korang sesat, pastu sesat berhari-hari pulak tu, apa korang rasa masa tu? Takut, seram, lapar, dahaga, sunyi, sejuk, panas.

Macam tu juga lah apa yang budak-budak lorong nie rasa, dan melalui perjalanan ini setiap hari. Is cerita nie baru mukadimahnya pasal is tahu cerita budak-budak lorong nie sebab is pernah bercampur dengan dorang cari pengalaman. Bukan semua budak lorong nie jahat dan suka buat jenayah. Dorang nie rajin bekerja, kalau tak kerja satu hari maka tak makan lah hari tu korang tau tak?

Rumah pun ikut lah apa yang boleh jadi bumbung, bagi yang masih tak dapat kerja tetap, yang buat jenayah nie yang masih kecil, belum ada kerja tetap dan terpaksa sebab mak ayah dorang ada yang masih ada tapi tak boleh sara dan ada yang sudah tak da mak dan ayah....

Korang fikirkan lah apa yang patut korang nak anggap atau pandang pada budak-budak lorong nie. yang pasti, kalau is jumpa balik dorang suatu hari nanti is nak angkut kesemua budak-budak lorong nie jadi adik-adik is.

Ulasan