Oppocot Celaka Punya Budak 1


Hahahahaha padan muka korang, haa nak main mercun dengan meriam tin sangat. Dah main mercun tu pegi baling sebelah site yang telah naik pembinaan. Sekali incharge site telefon Polis terus semua kecut perut.

Yang tak best nya Polis-polis nie bila datang tak cari orang lain punya, mesti ke kedai is. Is lah tukang menjawab soalan-solan yang ditujukan oleh Polis ini. Tapi is tak kisah kalau setakat nak aju soalan sebab is suka bersembang lagipun is tadak masalah dengan Polis nie. is berniaga ada lesen siap daftar dengan MPPP tapi belum terima lesen sepenuhnya lagi sebab PRU nak dekat.

Bab lesen dengan MPPP nie is pelik sebab dah 3 tahun is berniaga masih belum diluluskan, tapi kalau kedai cina terus saja bulan hadapan tu siap lesennya. Pelik kan? Tapi benar. Pahal is bukan buka kedai judi cyber pun, pintu pun cermin cerah boleh nampak dalam apa yang is dengan client buat. Kedai-kedai cina nie semua nya dorang tutup, cermin dah la gelap, siap bubuh dindin papan lagi untuk hadang orang dari melihat keadaan dalamnya.

Cakap banyak-banyak pun tak guna jugak sebab kangtak pasal dorang kata is nie jenis perkauman tapi hakikatnya memang macam nie lah, sebagai peniaga Melayu memang sentiasa akan ditindas dalam Pulau Pinang nie. Sapa lah yang sudi membela nasib kami sebagai peniaga Melayu? Ada yang sudi?

Ulasan