Makanan berbuka puasa pilihan iskandarX #12


Makanan menjadi pilihan is hari ini ialah Oblog, atau oblong, dan bermacam-macam lagi nama yang dorang bagi untuk burger jenis nie. Yang asalnya islah steak burger yang di modify menjadi oblog atau McDonald panggil Burger Prosperity.


Oblog ini sesuai untuk dimakan oleh semua peringkat dan golongan umur (errrkk ada unsur-unsur lucah ke?), kerana ia mengandungi protein yang cukup untuk tumbesaran badan manusia normal. Kalau tak normal is tak tahu lah nak cakap ape yer? hehehehe.


Yang pastinya oblog/prosperity/steak burger nie akan dapat memecahkan kebuntuan selera korang sepanjang Ramadhan ini, tapi janji poket kena tebal sikit lah, burger nie agak mahal harganya. Kat tempat is nie pun yang paling murah RM6, yang paling mahal RM18. Tapi lagi mahal, lagi best perrrghh daging tebal macam kereta kebal, dengan limpahan black pepper cream sauce.

Ulasan