Tadi moto is kehabisan minyak la pulak


Aku Berlindung Dengan Nama Allah S.W.T Daripada Godaan Syaitan Yang Direjam, Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah S.W.T Dan Aku Bersaksi Bahawa Nabi Muhammad S.A.W Itu Pesuruh Allah S.W.T. Assalammualaikum W.B..T dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan pembaca blog is yang setia.

Alamak disebab kan is ada banyak keja tadi so lambat update lagi blog ini, tadi pukul 9.30 is pecut Naga Merah keluar dari rumah is menuju ke Flat Ijau iaitu lokasi tempat is mencari rezeki, kedai is yang terletak di block area lot kedai dalam Flat Ijau nie. 

Tengah Best2 berangan macam2, tiba-tiba Naga Merah is semput, aik takkan nak jam pulak engine nie. is cakap dalam hati tapi terkeluaq kat mulut.

Huupp Huuppp, bunyi kaberator UMA Racing is tu, is cuba perah lagi trotter, tapi angin je yang is rasakan tak rasa pecutan, aahhh minyak moto is nak habih dah la nie. Nasib baik dah nak sampai dah simpang masuk 

santai, Santai iskandarX, Naga Merah, minyak, habis, petrol, Flat ijau, Balik Pulau, Mat Arip


Flat Ijau tapi dalam nak belok masuk tu ada pulak keta Iswara Biru gelap nie, mangkuk ayun sikit sebab dah nampak is nak masuk boleh gak dok jolok nak keluar simpang, nasib baik minyak is dah nak habis kalau tidak mau jugak is whelly depan keta dia tu hehehehe.

Elok je sampai tepi tong sampah MPPP yang besar tu, terus enjin mati jadi secara officially Naga Merah sudah kehabisan makanannya. is angkat phone terus call Mat Arip, ahak kantoi Mat Arip tido lagi daaa, so is cakap kat dia lepas bersiap datang ke kedai is, tolong runner minyak petrol, is pakai petrol tau bukan gasolin. 

Macam biasa Mat Arip lepas 10 minit is call dia sampai dan ambik botol dalam kedai is terus runner minyak, 3 minit lepas dia pegi dia balik semula dia merunggut pulak. Aik awat hang Mat Arip? Tu yang attenden pam minyak tak bagi isi dalam botol. Aik selalunya bagi hari nie pulak discipline pulak dah? Emergancy daa, dah tak bagi isi dalam botol Mat Arip isi je dalam tank motonya, lepastu kena keluarkan balik la minyak tu tadi masuk botol baru boleh isi dalam tank is pulak kan?

Macam2 la hal terjadi memang susah gak kalau Arip tadak sekitar is nie, sebab dia seorang runner is yang terbaik sekali di atas muka bumi nie.

Ulasan