Umno Cheras gesa tindakan tegas pada Suaram

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee hari ini meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang didakwa menerima dana asing.

Selasa lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan sebuah NGO Amerika Syarikat, yang menjadi antara penyumbang dana terbesar kepada Suaram dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulator mata wang terkenal George Soros.

Umno Cheras gesa tindakan tegas pada Suaram

sponsored links


Beliau berkata pembabitan Soros, yang digelar 'penyangak mata wang' ketika krisis ekonomi di Asia Tenggara pada 1997 dan 1998, dalam urusan negara ini boleh mengancam keselamatan negara dan perpaduan rakyat.

"Pendedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti mengesahkan perancangan halus penyangak mata wang dan kuasa-kuasa Barat untuk menghancurkan negara ini dengan berselindung di sebalik nama NGO (pertubuhan bukan kerajaan)," kata Syed Ali dalam entri terbaharunya di www.umnobahagiancheras.blogspot.com.

- Bernama

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan