Tender Langat 2 dibuka tanpa 'lampu hijau' S'gor

Kerajaan persekutuan membuka tender bagi loji rawatan air Langat 2 walaupun gagal untuk mendapatkan lampu hijau daripada kerajaan Selangor bagi meneruskan projek bernilai berbilion ringgit itu.

Menurut notis di lamanweb Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan -  tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November.

Iklan tender, yang disiarkan di lamanweb PAAB, menyebut bahawa taklimat mengenai tender itu akan diadakan di Menara Multi Purpose di Kuala Lumpur esok. Dokumen tender, yang berharga RM10,000 akan dikeluarkan pada hari yang sama.

Tender Langat 2 dibuka tanpa 'lampu hijau' S'gor, Kerajaan persekutuan membuka tender bagi loji rawatan air Langat 2 walaupun gagal untuk mendapatkan lampu hijau daripada kerajaan Selangor bagi meneruskan projek bernilai berbilion ringgit itu.

Tender Langat 2 dibuka tanpa 'lampu hijau' S'gor, Kerajaan persekutuan membuka tender bagi loji rawatan air Langat 2 walaupun gagal untuk mendapatkan lampu hijau daripada kerajaan Selangor bagi meneruskan projek bernilai berbilion ringgit itu.



Menurutnya, butiran mengenai lawatan tapak akan diumumkan dalam taklimat tersebut.

Kerajaan negeri Selangor enggan memberikan kelulusan untuk projek Langat 2 atas alasan ia mesti dirundingkan bersama dengan langkah penstrukturan semula air di negeri ini.

Bagaimanapun, kerajaan persekutuan berkeras bahawa dua isu tersebut perlu dibincangkan secara berasingan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mempengerusikan jawatankuasa kabinet mengenai isu itu pada bulan Julai, telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara untuk pergi meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.

sponsored links


Isnin lalu, China Press memetik sumber-sumber kerajaan sebagai berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memberitahu jawatankuasa itu untuk meneruskan tender tersebut walaupun ditentang oleh Selangor.

Selangor menentang projek itu, yang termasuk bekalan air paip dari Pahang, kerana ia berpendapat bahawa negeri itu mempunyai bekalan air yang lebih daripada mencukupi.

Projek Langat 2 dianggarkan menelan kos RM8.7 bilion dan akan digunakan untuk merawat air yang disalurkan dari Pahang melalui terowong sepanjang 45km.

Selangor cuba untuk menguasai Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi menyusun semula syarikat itu sebelum menyerahkannya kepada kerajaan persekutuan.

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan