Polis meminta dua wartawan akhbar Suara Keadilan supaya mengenalpasti individu yang terlibat dalam serangan ke atas bas yang digunakan dalam satu kempen PKR di Melaka.
Laporan online akhbar itu, Keadilan Daily menyebut, polis meminta dua wartawannya, pemberita Aedil Asri dan jurugambar Yuisriah Yusof supaya mengenalpasti individu berkenaan dalam satu kawad cam petang ini.
Laporan yang memetik kenyataan setiausaha pengelola PKR, Radin Shamsulakmar Radin Shamsudin juga menyebut, petugas parti yang berada di dalam bas terlibat semasa serangan pada 8 September itu juga diminta mengenalpasti suspek.
Bagaimanapun, laporan laman itu petang ini menyatakan bahawa wartawan dan jurugambar berkenaan tidak melakukan pengecaman.
Sebaliknya, kawad cam itu dijalankan setiausaha Wanita PKR Maisuri Hamzah yang hadir ke ibu pejabat polis daerah Jasin hari ini.
Maisuri dalam laporan itu berkata beliau berjaya mengecam seorang suspek yang memakai topi merah ketika kejadian tersebut.
Beliau mendakwa individu berkenaan merupakan suspek yang bertanggungjawab melempar cat ke bas tersebut.
“Polis kemudian mengambil keterangan berhubung kawad cam, dan memberitahu bahawa saya ada mengambil gambar (suspek),” katanya seperti dipetik lidah parti PKR itu.
Laporan laman itu juga menyebut nama suspek yang dicamnya.
PKR mendakwa, dalam kejadian di Kampung Rim, Jasin itu bas berkenaan dihalang oleh sekumpulan kira-kira 20 orang "samseng" BN sehingga menyebabkan berlaku perbalahan.
Katua Angkatan Muda Keadilan Syamsul Iskandar Md Akin mendakwa, beliau salah seorang daripada anggota kumpulan tersebut merupakan ahli jawatankuasa Umno Jasin.
sponsored links
Kejadian ini merupakan serangan kedua yang dilakukan ke atas bas untuk program Jelajah Merdeka Rakyat anjuran parti itu.
Bas sama disimbah dengan cat merah di Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada awal pagi 1 September lalu, ketika bas tersebut diparkir di hadapan Pasar Siti Khadijah.
Selain itu, PKR mendakwa ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim turut diserang semasa menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Alor Setar keesokan harinya.
Pemimpin PKR mendakwa sekumpulan yang didakwa anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA mengganggu acara di Masjid Pumpong dekat ibu negeri di Utara Semenanjung itu.
Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.