S'gor masih berkuasa ke atas Langat 2, kata MB

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memberi peringatan bahawa kerajaan negeri masih mempunyai bidang kuasa dalam projek loji rawatan air Langat 2 yang kini diteruskan tanpa persetujuan Selangor.

Katanya, Selangor antara lainnya berkuasa untuk memberi kebenaran untuk memasuki kawasan projek dan juga dalam memberi kebenaran merancang bagi projek tersebut.

"Kerajaan negeri mahu mengingatkan petender dan kerajaan persekutuan bahawa kerajaan negeri ada kuasa tertentu yang termaktub dalam perlembagaan dan Kanun Tanah Negara mengenai tanggungjawabnya.

S'gor masih berkuasa ke atas Langat 2, kata MB, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memberi peringatan bahawa kerajaan negeri masih mempunyai bidang kuasa dalam projek loji rawatan air Langat 2 yang kini diteruskan tanpa persetujuan Selangor.

"Kerajaan negeri akan mengingatkan bahawa tangggungjawab ini akan dijaga," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Tambahnya, beliau akan meminta penasihat undang-undang negeri dan peguam yang dilantik untuk berbincang bagi mengeluarkan "kenyataan undang-undang" berhubung bidang kuasa kerajaan negeri dalam isu tersebut.

S'gor masih berkuasa ke atas Langat 2, kata MB, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memberi peringatan bahawa kerajaan negeri masih mempunyai bidang kuasa dalam projek loji rawatan air Langat 2 yang kini diteruskan tanpa persetujuan Selangor.
Beliau menjangkakan, perkara itu akan dapat diumumkan pada minggu depan.

"Ini untuk membolehkan mereka yang akan menyertai tender yang dibuka oleh kerajaan persekutuan (menyedari) tanggungjawab dan tanggungan ketika berhadapan dengan kerajaan negeri," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan negeri bersetuju dengan projek tersebut, Khalid berkata kerajaan negeri boleh bersetuju jika projek tersebut "digabungkan" dengan pengurusan semula air di negeri itu.

Beliau juga diminta menjelaskan sama ada kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang memandangkan kerajaan persekutuan telahpun membuka tender untuk projek tersebut.

"(Persoalannya) sama ada (projek) itu boleh dilaksanakan ataupun tidak. Itu sahaja," tegas ahli parlimen Bandar Tun Razak itu.

sponsored links


Kerajaan persekutuan hari ini mengumumkan bahawa tender bagi loji rawatan air Langat 2 dibuka walaupun gagal untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan Selangor bagi meneruskan projek bernilai berbilion ringgit itu.

Notis yang dimuatkan di laman Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan -  menyatakan tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November.

Iklan tender, yang disiarkan di lamanweb PAAB, menyebut bahawa taklimat mengenai tender itu akan diadakan di Menara Multi Purpose di Kuala Lumpur esok.

Dokumen tender, yang berharga RM10,000 akan dikeluarkan pada hari yang sama.

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan