Separuh daripada perkhidmatan feri penumpang ke Pulau Tioman tidak mematuhi syarat yang ditetapkan Jabatan Laut Malaysia (JLM) terutamanya dalam aspek keselamatan.
Pengarah JLM Wilayah Timur, Wan Endok Wan Salleh berkata daripada lapan buah feri penumpang yang beroperasi di perairan Tanjung Gemok-Tioman-Mersing, empat daripadanya tidak memenuhi keperluan alatan keselamatan yang melayakkan ia beroperasi.
Sehubungan itu, katanya empat feri itu tidak dibenarkan beroperasi sehinggalah syarikat pengendali atau pengusahanya terlebih dahulu memenuhi syarat yang ditetapkan jabatan berkenaan.
Beliau berkata kesalahan yang dilakukan itu dikesan dalam kempen 'Ambil Tau' yang diadakan bermula Jumaat lepas hingga hari ini, di sepanjang perairan Mersing oleh JLM dengan kerjasama Pasukan Gerakan Marin, Jabatan Taman Laut Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
"Sepanjang operasi itu lapan buah feri penumpang, 10 buah bot pendaftaran boleh tamat dan 70 buah bot berlesen telah diperiksa," katanya pada sidang media Kempen Keselamatan Jeti, Feri dan Bot Penumpang di sini, hari ini
Wan Endok berkata sebanyak 44 saman telah dikeluarkan kepada pengusaha dan nakhoda feri serta bot penumpang sepanjang kempen tersebut diadakan.
sponsored links
Katanya antara kesalahan yang dilakukan adalah beroperasi tanpa lesen bot yang sah dan nakhoda tidak memiliki kecekapan mengemudi bot, membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan dan tidak mempunyai peralatan keselamatan di atas bot dan feri.
Katanya kesalahan-kesalahan itu dilakukan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang mana, kesalahan beroperasi tanpa lesen sah boleh dikenakan kompaun RM1,000 manakala membawa lebih penumpang dikenakan denda RM300 atau penjara satu bulan bagi setiap penumpang.
"Saya memohon kerjasama semua pihak terutamanya pengusaha feri dan bot serta nakhoda supaya mematuhi undang-undang dan mengutamakan penumpang bagi mengelak tragedi bot terbakar yang mengorbankan tujuh nyawa pada 2007 berulang," katanya.
- Bernama
Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.