Saman Tengku Fakhry terhadap polis didengar 8 Okt

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 dan 9 Oktober tarikh perbicaraan adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, yang menyaman Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan tiga yang lain berhubung dakwaan kesilapan menahan beliau pada Ogos 2009.
 
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu dalam kamarnya hari ini.
 
Plaintif memfailkan saman RM150 juta itu pada 9 Disember tahun lepas menamakan Ismail, ketua pengawal peribadi Sultan Kelantan, ASP Norazman Ismail, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai penama pertama hingga keempat.
 
Saman Tengku Fakhry terhadap polis didengar 8 Okt

Dalam penyata tuntutannya Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau ditahan secara silap pada 30 Ogos 2009 di kawasan Istana Mahkota Kubang Kerian semasa memandu sebuah kereta jenis Bentley Brooklands.
 
sponsored links


Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau memandu kenderaan itu atas arahan Sultan Ismail Petra untuk dihantar ke Singapura, tetapi ditegah berbuat demikian oleh kakitangan polis yang menutup pintu istana atas perintah defendan kedua dan ketiga.
 
Plaintif mendakwa kakitangan polis menahannya selama satu jam sebelum membenarkannya keluar daripada istana tetapi tanpa kereta.
 
Merujuk kepada penahanan tersebut sebagai berniat jahat (mala fide) dan salah di segi undang-undang, beliau menuntut ganti rugi am RM100 juta, RM50 juta gantirugi buruk serta contoh, faedah pada kadar empat peratus, kos dan lain-lainnya.

- Bernama

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan