Polis Melaka hari ini menerima satu rakaman video memaparkan insiden mengacukan pistol ke arah orang awam oleh individu dipercayai pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim di majlis anjuran PKR di Kampung Baru Rim, Sabtu lepas.
Rakaman berdurasi kira-kira empat minit milik seorang pegawai media siber tempatan itu diserahkan pada pukul 6 petang di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jasin.
Lelaki berusia 29 tahun itu yang ditemui di IPD selepas menyerahkan rakaman video itu, berkata rakaman tersebut diserahkan bagi membantu pihak polis menyelesaikan siasatan berhubung insiden tersebut.
sponsored links
"Ini kerana perbuatan (acu pistol) itu mendatangkan ancaman kepada orang ramai di tempat kejadian," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi mengesahkan menerima rakaman tersebut.
Katanya polis akan meneliti rakaman itu untuk siasatan dan mungkin akan memanggil pembangkang bagi membantu siasatan sekiranya perlu.
"Anwar berada di dalam bas ketika kejadian dan tidak pasti sama ada beliau nampak kejadian itu atau sebaliknya, namun ia terserah pada pegawai penyiasat sama ada perlu memanggil beliau atau tidak," katanya.
- Bernama
Eh-eh main koboi-koboi tak ajak is pun... nie nak marah nie is pun terror gak guna pistol tu.
Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.