Polis tembak lepas diserang kumpulan bersenjata

Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan setelah diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang, dalam  cubaan samun di kafe siber di Teluk Intan, malam semalam.
 
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang berkata dalam kejadian  jam 11.20 malam itu, polis bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai kehadiran sekumpulan lelaki mencurigakan di luar premis tersebut.

Ketika tiba di sana, polis melihat lima lelaki mengacu parang ke arah dua pekerja premis tersebut, katanya ketika dihubungi di Ipoh hari ini.
 
Polis tembak lepas diserang kumpulan bersenjata, Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan setelah diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang, dalam  cubaan samun di kafe siber di Teluk Intan, malam semalam.

sponsored links


Beliau berkata seorang daripada anggota polis terbabit memperkenalkan diri namun seorang suspek bertindak menyerang anggota berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pistol dan melepaskan lima das tembakan.
 
Kumpulan penjenayah itu kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga dan polis percaya tembakan mengenai sekurang-kurangnya seorang suspek berdasarkan tompokan darah di luar premis berkenaan, katanya.
 
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di nombor telefon 05-6299222.
 
- Bernama

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan