Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan syarikat penerbangan tambang murah yang baharu dikenali sebagai Malindo Airways.
Najid berkata syarikat penerbangan itu, hasil usahasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group, akan mula beroperasi pada 1 Mei tahun depan dan akan berpangkalan di KLIA 2.
Usahasama itu, katanya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.
"Pada pendapat saya, akronim MALINDO - gabungan indah nama Malaysia dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, tetapi juga memaparkan pertalian sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.
"Dari segi untuk menjadi syarikat penerbangan terkenal, saya percaya nama ini akan menjadi jambatan bagi kedua-dua negara, menerusi rangkaian penerbangan yang luas yang akan menghubungkan banyak bandar raya dan bandar di rantau ini, membuka destinasi baharu untuk pelawat di Nusantara ini dan sekitarnya," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara kedua-dua syarikat berkenaan.
Cabaran besar
Najib berkata cabaran besar dihadapi industri penerbangan hari ini termasuk peningkatan ketara kos operasi,dan kenaikan harga bahan bakar, dan perkongsian pintar seperti yang dimeterai hari ini akan menawarkan pelbagai penjimatan kepada syarikat penerbangan baharu dan keefisienan daripada segi penyenggaraan pesawat serta peluang menerokai pasaran cergas oleh syarikat penerbangan tambang murah (LCC) yang baru.
"Syarikat penerbangan perlu inovatif dan kreatif untuk membolehkannya terus mengaut keuntungan dan kekal sebagai satu perniagaan, tanpa berkompromi terhadap tahap perkhidmatan, kebolehpercayaan dan kebolehmampuan," katanya.
Mengenai unjuran dalam industri penerbangan global, Najib berpendapat aliran trafik udara dunia dijangka mengalami pertumbuhan pada kadar 5.1 peratus setahun untuk tempoh 20 tahun akan datang, manakala perjalanan udara di rantau Asia Pasifik dijangka berkembang sebanyak 6.7 peratus.
"Rantau Asia Pasifik menyumbang sebanyak 34 peratus daripada aliran trafik penumpang global dan ini dijangka meningkat hampir tiga kali ganda daripada 779.6 juta pada 2010 kepada lebih 2.2 bilion pada 2030 dengan Malaysia dijangka menyumbang 200 juta penumpang.
"Ini merupakan angka yang amat besar. Dan ia mewakili peluang amat besar bagi syarikat penerbangan dan amnya pemain industri penerbangan di rantau ini.
"Kita perlu bersedia untuk menerokai pasaran amat menguntungkan ini dan kesediaan bermakna memanfaatkannya dan melakukan perubahan pada hari ini bagi keadaan pasaran yang kita jangkakan esok," katanya.
Mungkin tiket lebih murah
Sementara itu, syarikat penerbangan itu dijangka memulakan operasi pada 1 Mei tahun depan i KLIA2 di Sepang.
Melalui usahasama itu, NADI akan memegang kepentingan 51 peratus dalam Malindo Airways dan baki 49 peratus oleh PT Lion Grup.
Presiden Direktor PT Lion Grup Rusdi Kirana berkata syarikat itu mengkaji menjual tiket mengikut harga AirAsia atau kemungkinan lebih rendah lagi.
Katanya Malindo Airways akan terbang menggunakan 12 pesawat Boeing 737-900ER ke destinasi antara bandar raya besar di Malaysia dan Indonesia sebelum berkembang ke negara Asia yang lain.
Untuk menjadi kompetitif di dalam pasaran, katanya selain menawarkan tiket penerbangan yang lebih murah, pesawat yang akan digunakan akan dilengkapi dengan sistem hiburan dalam penerbangan dan hubungan dalam penerbangan.
sponsored links
Katanya syarikat penerbangan itu berhasrat untuk menambah 12 pesawat setahun, yang termasuk Boeing 737 Max dan 787 untuk menjadikan bilangan pesawatnya kepada lebih 100 dalam sedekad.
“Pesawat itu akan diambil dari buku tempahan semasa Lion Air," katanya.
Bagaimana pun, Rusdi tidak mendedahkan sebarang butiran kewangan.
Sementara itu, Presiden NADI Tan Sri Ahmad Johan berkata perjanjian yang ditandatangani hari ini tidak akan sahaja "membantu kami mengembangkan tawaran perkhidmatan malah menyediakan kami platform dan sumber untuk membangunkan modal insan bagi merangsang industri itu di Malaysia dan di seluruh rantau ini."
“Perkongsian strategik ini akan memanfaatkan Malaysia dan Indonesia yang merupakan pangkalan kedua-dua syarikat dan keseluruhan rantau yang akan disediakan perkhidmatan," katanya
Di bawah perjanjian itu, PT Lion Grup akan menguruskan syarikat penerbangan manakala NADI akan menguruskan penyelenggaraan dan latihan.
NADI adalah syarikat pegangan pelaburan Bumiputera yang terlibat dalam pelbagai industri aeroangkasa dan pertahanan.
Syarikat-syarikat di bawah Kumpulan NADI ialah Airod, Airod Techno Power dan Aerospace Technology Systems Corp yang khususnya melakukan penyelenggaraan, pembaikan dan rombak rawat, pengubahsuaian enjin, dan menaik taraf, pengeluaran alat ganti aeroangkasa dan avionik.
PT Lion Grup adalah syarikat penerbangan swasta terbesar Indonesia yang menyediakan perkhidmatan di 72 destinasi di Indonesia dan rantau Asia menggunakan Boeing 737 New Generation dan ATR 72-500/600.
- Bernama
Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.